Wednesday, April 15, 2009

Krisis politik Terengganu bukan krisis besar - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.
"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.
SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.
Najib, yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian skim jaminan modal kerja dan skim jaminan penstrukturan semula industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, berkata beliau telah bercakap dengan Ahmad yang menjelaskan bahawa SMS itu bukan dari pejabatnya.
Perdana Menteri berkata, kesahihan SMS itu belum dipastikan.
Najib berharap kesemua wakil rakyat itu akan kembali menghadiri persidangan dewan.
Kepada satu soalan, Perdana Menteri berkata kumpulan wakil rakyat itu menafikan ada cubaan untuk menyingkirkan Ahmad.
Mengenai dakwaan kononnya terdapat persamaan antara konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, katanya, beliau akan menerangkannya kepada Kabinet esok dan kemudian kepada orang ramai.

mStarOnline

Najib Kata Krisis Terengganu Bukan Besar, Muhyiddin Khuatir BN Tumbang

No comments:

Post a Comment