Thursday, December 24, 2009

Dakwaan RM 100 billion hangus : Kit Siang mahu Dr Mahathir saman sekarang

Lim Kit Siang tidak tunggu lama untuk menjawab kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menyahut cabarannya ditubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan RM 100 billion hangus semasa pentabiran bekas Perdana Menteri itu selama 22 tahun seperti yang terkandong dalam buku karangan Barry Wain " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ".


Orang kuat DAP itu yang kini berada di Tokyo, Jepun dalam reaksi segera yang ditulis dalam laman blognya sebaliknya mempersoalkan mengapa Dr Mahathir tidak terus saman beliau jika cabarannya itu satu fitnah.

Beliau bertanya kenapa Dr Mahathir hanya akan samannya selepas memperolehi hasil siasatan suruhanjaya itu.

Beliau sebaliknya mendakwa Dr Mahathir akan berusaha menyekat pembentukan suruhanjaya dengan mendakwa mendapat sokongan ramai secara terbuka untuk tujuan itu. – 23/12/2009

--------------------------------------------------------------------------------

Dakwaan RM100 billion hangus : Dr Mahathir bersuara...

Sejak buku " Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times ", tulisan,Barry Wain dilancarkan awal bulan Disember ramai yang tertunggu-tunggu apakah reaksi Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tuduhan macam-macam yang dibuat oleh bekas wartawan Asian Wall Street Journal itu khususnya bekas Perdana Menteri itu bertanggongjawab menyebabkan wang negara berjumlah RM100 billion ‘ hangus’ untuk projek mega dan rasuah semasa pemerintahannya selama 22 tahun menjadi bualan hangat.

Petang Selasa Dr Mahathir bertindak.Menerusi laman blognya yang popular http://chedet.co.cc/ beliau menyahut cabaran yang dibuat oleh orang kuat DAP Lim Kit Siang agar kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat setelus mungkin segala dakwaan itu.

Serentak dengan itu beliau meminta kerajaan melepaskan jualan buku itu jika ia ditahan ‘ kerana saya tidak memerlukan perlindungan kerajaan’.

Katanya suruhanjaya berkenaan tidak harus dianggotai oleh wakil kerajaan tetapi mereka yang berkelayakan termasuk orang asing dan ahli Transparency International.

Namun kata Dr Mahathir siasatan suruhanjaya itu tidak harus terikat pada beliau sahaja tetapi juga meliputi zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Beliau antara lain menyebut siasatan harus meneliti bagaimana wang Petronas sebanyak RM270 billion yang dibayar semasa zaman Abdullah dibelanjakan, kerugian dialami kerajaan kerana membatalkan projek Jambatan Bengkok di Tambak Johor dan kos jambatan kedua Pulau Pinang.

Katanya untuk memastikan siasatan suruhanjaya itu berjaya kerajaan harus setuju untuk memberi akses penuh kepada suruhanjaya itu semua dokumen dan akaun kerajaan dari tahun 1981 hinggalah 2009.

Bekas Perdana Menteri itu berkata penulis Barry Wain harus membekalkan bukti berbentuk dokumen segala wang yang beliau dakwa ‘ hangus ’ semasa pentabirannya.

Dr Mahathir memberi jaminan beliau akan kerjasama penuh pada siasatan yang dijalankan.

Dalam pada itu katanya, bergantung pada hasil siasatan suruhanjaya itu beliau berhak saman fitnah terhadap Barry Wain, Lim Kit Siang dan portal berita internet Malaysiakini.com untuk satu jumlah yang ditentukan kemudian.-22/12/2009

AgendaDaily

No comments:

Post a Comment