Mohd Sabri Said
Wed Nov 04, 09 12:10:23 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 4 Nov : Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafi memalsukan sijil Sarjana Muda yang diperolehi dari Univesiti di Jordan dan menganggap tuduhan oleh seorang Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai liar dan satu fitnah.
Beliau ketika menjawab pertuduhan tersebut dalam program 'Gelombang Fitnah' di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam semalam menambah, sikap Jakim itu membuktikan mereka tidak profesional dalam kenyataan dan tindakan.
Sebaliknya, Asri mendakwa, ia dibuat berdasarkan arahan orang tertentu yang tidak mahu menerima angin perubahan yang di bawa demi kebaikan Islam agar lebih dimartabatkan bukan sekadar penghias zaman.
"Sungguh malu saya nak jawab tuduhan liar pegawai Jakim kononnya saya palsukan sijil Sarjana Muda yang saya perolehi dari Univesiti dari Jordan tempuhari.
"Bayangkan bagaimana saya nak palsukan sijil ketika saya minta kerja sebagai Pensyarah di Univesiti Sains Malaysia (USM) mesti kemukakan sijil yang sah. Masa nak jadi mufti pun mesti kemukakan sijil yang sah. Kenapa bila hadapi keadaan macam ini mereka kata saya palsukan sijil, " ujarnya.
Beliau berkata demikian di hadapan ratusan orang yang mahu mendengar kejadian penangkapannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta sepasukan polis selepas mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang baru-baru ini.
Akibat daripada itu tegas beliau, membuatkannya terpaksa mencari semula sijil yang disimpan lama dan menganggap perbuatan tersebut membuang masa dan tidak lojik dipertikaikan.
Sesiapa pun, sambung beliau, mesti simpan sijil dan memastikan ia tidak dibuang merata-rata apatah lagi beliau turut menggunakan sijil untuk mendapatkan PhD.
Beliau juga mencabar pihak Jakim supaya membuktikan pembabitannya mencerca para ulamak muktabar seperti Imam Ghazali dan Imam Nawawi.
Mereka boleh mencari di mana lokasi beliau mengeluarkan kenyataan menghina para ulamak, perkataan apa yang dinyatakan dan sebagainya.
Jangan hanya mendengar menerusi mulut orang yang senantiasa mencari kesalahan dan sering menggunakan senjata fitnah untuk membunuh kerjaya seseorang, katanya.
"Saya nak tanya mereka di mana lokasi, bila dan hari apa yang saya hina ulamak. Itu sahaja," tambahnya.
Adakah beliau disifatkan sebagai mencerca sekiranya berbeza pendapat dengan Imam Al-Ghazali atau Imam Nawawi berkaitan hadith dan seumpamanya.
Perkataan cerca, katanya, tidak boleh disamakan dengan perbezaan pendapat atau pandangan sebaliknya mencerca ditakrifkan mengeluarkan perkataan seperti bodoh, tolol, bongok dan sebagainya.
Jakim dan Jais kena kaji dulu kenyataanya sebelum bertindak kerana tindakan melulu membawa padah, tambah beliau.
Perbezaan pendapat tidak boleh dipertikaikan kerana di zaman para ulamak dulu memang berlaku dan tidak mustahil ia terjadi sekarang kerana ia tidak jadi satu kesalahan tambahan lagi di era teknologi terkini serta ruang demokrasi yang menjadi amalan negara.
"Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dan tidak timbul ia mencerca sesiapa. Perbezaan pendapat dalam sesebuah negara dibolehkan lebih-lebih lagi Malaysia yang mengamalkan demokrasi, " jelas Dr Asri adalah pengasas Institut Al-Qayyim, Mengkuang.
Harakahdaily

No comments:
Post a Comment