Tokoh politik Dr Syed Hussin Ali menyatakan rasa kesal dengan nada perkauman melampau akhbar pro-kerajaan Utusan Malaysia.
Syed Hussin : Nada Perkauman Utusan Jejas Keharmonian Kaum

Beliau menyifatkan Utusan kini terputus dari tradisi progresif suatu masa dahulu dan sudah tidak relevan hari ini.
Sambil menyifatkan akhbar bertaraf lidah rasmi kerajaan itu bersalah kerana menyelewengkan fakta mengikut telunjuk segelintir ahli politik yang mahu mempertahankan kuasa masing-masing.
"Utusan sekarang ni maaf cakaplah bukan sahaja alat tapi barua paling tidak beretika yang bertungkus lumus buat apa sahaja untuk mempertahankan segelintir orang yang berkuasa dari segi politik dan ekonomi," ujar Syed Hussin.
“Sekarang nie banyak suara rakyat banyak ditenggelamkan oleh suara akhbar milik kerajaan. utusan bukan sahaja menenggelamkan fikiran rakyat tapi tidak mahu nyatakan fakta- fakta bahkan lebih terus lagi mereka menyelewengkan cerita- cerita untuk menyembunyikan fikiran rakyat yang sebenarnya,“ tambahnya lagi.
Semalam Utusan dengan angkuhnya menyiarkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang lantang menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat terbesar perjuangan orang melayu dan pemimpin lidah bercabang yang memutar belitkan fakta untuk manafaat politik semata- mata.
Namun, Muhyiddin bagai terlupa kenyataanya itu juga bersifat perkauman yang boleh menyuburkan tunas ketidakselesaan kaum lain dinegara ini.
"Itu bukan sahaja bersifat perkauman tetapi bersifat fitnah. Pengkhianat bangsa yang sebenarnya ialah beberapa kerat pemimpin- pemimpin besar yang rakus yang korup yang benarkan kekayaan negara negara dirompak begitu terangan- terangan, yang benarkan kroni- kroni mereka kaya dan benarkan korupsi yang besar misalnya RM 500 juta dalam pembelian kapal selam dan pembelian kapal perang sukoi," katanya.
"Pengkhianat yang paling besar sekarang ini ialah yang melakukan rasuah besar- besar. Orang politik yang kononnya mahu menolong kaum melayu tetapi hanya mengkayakan segelintir kroni- kroninya," Syed Hussin menambah.
Dr Syed Husin, yang berkecimpung dalam dunia politik berkata akhbar 70 tahun itu kini sudah berubah dan tidak lagi mendokong aspirasi bangsa Melayu negara ini.
Walaupun masyarakat Melayu beramai-ramai menyokong Pakatan Rakyat, namun Utusan terus-menerus memusuhi majoriti ini.
"Sebenarnya utusan dulu dengan sekarang tak usah dibanding. Utusan dulu merupakan wadah untuk memperjuangkan pertama sekali kemerdekaan, keduanya keadilan sosial dan yang ketiganya kebajikan untuk rakyat. Sekarang ini semua itu habis dilempar kedalam laut. Kerana Utusan sekarang ini sudah menjadi alat dan badan suruhan kepada UMNO tetapi bukan seluruh UMNO, sebab bukan semua jahat. Sebaliknya menjadi alat kepada mereka yang berkuasa yang rakus membolot kekayaan negara ini," kata Syed.
"Utusan menjadi pejuang untuk rakyat dan menjadi saluran terutama sekali untuk perkembangan kebudayaan, bahasa, sastera tapi sekarang ini peranannya sudah hampir tak ada lagi selepas mogok Utusan dan seterusnya diambil alih oleh UMNO. Dan sekarang ini bertambah buruk sebab dia tidak segan dan tidak silu jalankan dasar mengeluarkan tulisan- tulisan yang sebenarnya tidak ada nilai dari segi kewartawanan dan tidak ada nilai dari segi etika," katanya lagi.
Pada 15 April lalu Utusan menyeru agar bangsa Melayu bersatu untuk ‘berhadapan dengan bangsa lain”. Pengamal politik mempertikaikan apakah rasional Utusan mengeluarkan berita yang tebal sentimen perkaumannya.
Sebagai lidah berpengaruh di Negara ini, Utusan sepatutnya bertanggungjawab untuk mengajak rakyat agar keluar daripada kepompong perkauman, sejajar dengan konsep “Satu Malaysia” yang digagaskan oleh Perdana Menteri Najib Razak.
Tetapi apa yang mendukacitakan ialah dalam keadaan Malaysia hampir menjangkau 52 tahun kemerdekaan, akhbar masih lagi memainkan polemik perkauman sempit sebagai modal politik murahan.
"Utusan sekarang ini gunakan perkauman untuk dapatkan sokongan orang melayu supaya mereka dapat jalankan segala kerakusan dan merugikan rakyat," sinis Syed Hussin lagi.
Bernada sinis, Syed Hussin yang juga naib presiden parti keadilan rakyat itu berpendapat akhbar ini sudah tidak ada tempat di hati masyarakat malaysia.
“Tak tahulah nak sedih ke nak ketawa nak kecewa, dia bercampur- campur. Akhbar seperti ini sepatutnya tidak diberikan peluang lagi untuk berperanan,” ujarnya.
TVA/Kelab GB

No comments:
Post a Comment