Wednesday, August 5, 2009

Opis exco Selangor diserbu lagi oleh SPRM era Najib

kemaskini 4.12pm Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba di pejabat exco kerajaan Selangor, Rodziah Ismail, sekarang untuk menyiasat isu peruntukan DUN yang dibelanjakannya.

Lima pegawai suruhanjaya itu sedang menunggu di pejabat wakil rakyat PKR bagi Batu Tiga sejak 2.45 petang tadi tetapi dihalang pembantu sementara menunggu ketibaan Rodziah yang sedang berada dalam mesyuarat exco.

Beberapa peguam sedang berunding dengan kumpulan pegawai SPRM tersebut di bangunan sekretariat kerajaan Selangor di Shah Alam.

Pegawai-pegawai itu meninggalkan pejabat exco berkenaan pada jam 3.55 petang tadi selepas perundingan tersebut.


Serbuan ini kali kedua dibuat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat di bangunan sekretariat negeri itu selepas siasatan di pejabat Ean Yong Hian Wah, 15 Julai lalu.

Siasatan ini dipercayai susulan aduan Gerakan Rakyat dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) pada 30 Julai lalu.

Dakwaan itu membabitkan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di kawasan seorang wakil rakyat, yang tidak dinamakan, berjumlah RM375,000.

Satu dokumen 17 halaman itu diserahkan oleh Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunos kepada pegawai penyiasat SPRM di pejabat suruhanjaya itu di Shah Alam.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment