Thursday, August 20, 2009

Era Najib-Altantuya Bersumpah : Bersumpah jika perlu - TPM



''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.

''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah,"


sumber : petikan kenyataan wak sembab di Utusan Meloya kah..kah...kah...


Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman akan tampil memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar berhubung isu tindakan Majlis Peguam ke atasnya.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting supaya tidak ada mana-mana pihak lagi yang boleh menyelewengkan fakta sebenar berhubung kedudukan Rohaizat.

''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.

''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat sekitar Permatang Pauh di sini hari ini. Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hasfarizam Harun turut hadir.

Menurut Muhyiddin, Rohaizat bukannya terlibat dalam sebarang pelanggaran undang-undang yang serius seperti kes pecah amanah.

Sebaliknya, kata beliau, Rohaizat dikenakan tindakan oleh badan yang mengawal selia profesion guamannya dan ia sama seperti mana yang berlaku dalam profesion profesional yang lain.

''Atas sebab-sebab tertentu orang itu tak dibenarkan jalankan profesionnya tetapi selepas beberapa tempoh dia akan diterima balik," katanya.

Ditanya tindakan pantas Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan media memaklumkan status Rohaizat, Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak memahami agenda sebenar badan itu.

Katanya, SPR yang bertanggungjawab dalam hal pilihan raya tidak pun membangkitkan apa-apa perkara, sebaliknya Majlis Peguam pula seakan terlalu sibuk.

''Kalau ada pihak lain yang hadapi masalah seperti ini, dia tak pula timbulkan, seolah menyebelahi pihak tertentu. Jadi tentulah ada agendanya.

''Namun saya yakin Rohaizat tidak bersalah kerana kalau dia bersalah dah tentu ada pihak yang bawa dia ke mahkamah dan dakwa dia dengan pecah amanah," ujarnya.

Tambah Muhyiddin, selain itu Rohaizat sendiri sudah menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat pembayaran semula kepada koperasi berkenaan yang jumlahnya mencecah RM140,000.

Katanya, malah surat dari koperasi tersebut yang menyatakan perkara itu telah selesai juga sudah diserahkan kepada pihak tatatertib.

''Justeru kalau telah selesai ia sepatutnya tak berbangkit.

''Saya bukan pakar tetapi saya lihat secara zahir, tak harus berbangkit lagi soal itu," katanya.

Mengenai sama ada isu tersebut mengganggu tumpuan kempen BN, Muhyiddin berkata, perkara itu adalah lumrah.

''Kita juga banyak bahan tentang apa yang berlaku terhadap pembangkang, politik mereka yang secara tidak bermoral, tindakan yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan, buat fatwa yang menyeleweng.

''Jika ikut hukum, itu lebih teruk, kalau dari sudut agama lebih tersongsang berbanding apa yang disebut tentang Rohaizat. Itu yang patut dijelaskan kepada pengundi. Saya lihat ada juga pengundi tahu parti yang mendokong calon adalah BN dan mereka tahu kita boleh membantu memajukan kawasan ini dan atas dasar itu kita masih dapat sokongan mereka," ujarnya.

No comments:

Post a Comment