Thursday, August 20, 2009

Era Hishamuddin Cium Keris : Dakwa pengendali laman web dan blog yang lakukan kesalahan mengeluar kenyataan persenda agama, lucah, palsu atau hasutan

The Four Horsemen

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien,"

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama,



ISA dipinda Oktober ini

PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.

Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.

''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.

'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.

''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.

Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.

''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.

''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.

No comments:

Post a Comment