Siri video gaya dokumentari pendek yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor semakin hilang sambutan sejak klip pertama diterbitkan di internet sebulan lalu.
Klip keempat yang terbaru - memuatkan tuduhan bahawa isteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan khidmat bomoh - mendapat 17,438 tontonan sahaja berbanding klip terawal 219,335 tontonan.
Klip pertama itu memuatkan ringkasan individu-individu yang didakwa ahli keluarga terdekat wanita pertama negara dan jiran di kampung lamanya di Negeri Sembilan.
Klip kedua dan ketiga semakin sedikit jumlah tontonannya - masing-masing 129,245 dan 86,869 - walaupun dakwaan yang dimuatkan itu sensasi dan menyentuh kehidupan peribadi Rosmah.
Siri pertama, kedua dan ketiga klip video terbitan pihak yang memperkenalkan mereka "C4 Production House" dimuatkan di Youtube.com masing-masing pada 9 Jun, 11 Jun dan 15 Jun lalu.
Klip terbaru juga bertarikh 15 Jun tetapi semakan Malaysiakini pada 25 Jun lalu mendapati ia belum dimuatnaik di laman perkongsian video paling popular itu.
MALAYSIAKINI

No comments:
Post a Comment