
Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa menafikan dakwaan bahawa beliau dihalang oleh Badan Perhubungan PAS Kelantan daripada berkempen untuk Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai.
Katanya, ketidak hadiran beliau untuk berkempen adalah atas halangan kesihatan kerana beliau baru selesai menjalani pembedahan kecil di bahagian usus, di Hospital Serdang Khamis lalu.
“Saya sudah buat persiapan untuk hadir tetapi ada temujanji di hospital, terpaksa berada di hospital. Hari Khamis lepas pembedahan saya dan selepas itu saya datang ke sini,” katanya pada sidang medianya bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
No comments:
Post a Comment