
Walaupun media arus perdana melonggokkan puji-pujian ke atas Najib Razak sempena 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri kedudukan Malaysia dalam isu kebebasan akhbar masih tidak menampakkan ianya akan berubah. Malah pengamal media beranggapan kebebasan media di bawah pentadbiran Najib akan terus merana.
Tahun lalu Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia oleh ‘
Reporters Without Borders’ mencatatkan Malaysia di tangga ke 132 dan merupakan kedudukan terburuk pernah dicatatkan.
Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Media Bebas, V. Gayathri, Najib tidak mengemukakan usaha dari segi hak kebebasan dan demokrasi tetapi sebaliknya masih lagi menggunakan taktik lama menahan aktivis yang memperjuangkan kebebasan media.
Katanya, media di negara ini juga tidak pernah diberi kebebasan mutlak selagi kerajaan masih tidak memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1948.
Sehubungan itu,
Centre for Independent Journalism (CIJ) mendesak kerajaan memulakan usaha menubuhkan jawatankuasa terpilih di Parlimen bagi mengkaji semula undang-undang yang mempunyai kesan ke atas media.
No comments:
Post a Comment