Tuesday, July 7, 2009

Kepimpinan Kolektif (Berjamaah) PAS Mampu Selesaikan Masalah Dengan Segera

- Presiden PAS Akan Turun Bertemu Rakyat di Manek Urai

KUALA KRAI – Walaupun PAS bukan hanya berhadapan dengan jentera parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata InsyaAllah PAS akan memenangi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.

Beliau berkata, Manek Urai adalah kawasan tradisi yang dimenangi oleh PAS sejak pilihanraya yang pertama pada tahun 1959.

”Kita akan menghadapi cabaran kerana Barisan Nasional bukan sahaja menggunakan jentera parti dalam masa yang sama jentera kerajaan digunakan, (Gambar - Presiden PAS mendengar penjelasan dari Mursyidul AM)


”namun demikian kita (PAS) yakin Manek Urai akan terus kita menang sejak tahun 1959 sehingga kini,"cuma pada tahun 2004 kita kalah dengan majoriti tipis, tidak sampai 100 undi,”katanya apabila ditemui pihak media semasa proses penamaan calon di SMK Yahya Putra 1, disini semalam.




Oleh itu katanya, PAS yakin (InsyaAllah) dapat pertahankan DUN Manek Urai dengan kekuatan jentera DUN Manek Urai dan PAS Kelantan serta bantuan dari jentera parti dari seluruh Negara.

Pada masa yang sama, katanya, PAS tidak memandang ringan kekuatan UMNO dan BN

Katanya isu-isu tempatan akan menjadi lebih penting dalam Pilihanraya Kecil Manek Urai kerana ia adalah satu pilihanraya peringkat negeri dan lokasinya agak ke pedalaman.

Beliau turut menyatakan komitmen akan turun membantu kempen di Manek Urai.

”Ini bukan pilihanraya pusat, ini pilihanraya negeri, ini kawasan pedalaman, lebih bergantung kepada isu-isu tempatan.

”saya sendiri akan turun ke sini beberapa hari untuk berjumpa dengan rakyat,”tegasnya.

Ketika ditanya tentang isu kerajaan perpaduan katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah bersepakat tidak meneruskan perbincangan dengan UMNO dan BN kerana menurutnya UMNO dan BN menyalahgunakan isu tersebut.

”Itu (isu kerajaan perpaduan) kita dah tutup, kerana Barisan Nasional menyalahgunakan isu ini,

”sekarang kita berhadapan dengan Barisan Nasional dan memperkuatkan Pakatan Rakyat,”jelasnya.

Katanya hubungan beliau dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah sangat baik kerana PAS adalah parti berdasarkan pimpinan kolektif (berjamaah) yang dapat menyelesaikan apa-apa masalah yang timbul dengan segera.

”Hubungan sangat baik, PAS berdasarkan kepimpinan kolektif, pimpinan secara berjamaah dan berkumpulan,

”sebab itu tudak ada apa-apa masalah, kamu boleh melihat sendiri bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah kita dalam masa yang cepat, berbeza dengan parti-parti lain,”ujarnya.

BuletinOnline

No comments:

Post a Comment