Parti Sosialis Malaysia (PSM) menuntut supaya satu hari ditetapkan bagi mengambil tindakan politik yang menyeluruh dan aman "Hartal" bagi menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak yang menjurus kepada pilihan raya baru peringkat negeri diadakan.
Desakan ini antara 15 resolusi yang duluskan pada Kongres PSM ke 11 yang berlangsung di Ipoh, Perak selama tiga hari 31 Mei lalu.

PSM juga menuntut kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia melaksanakan tujuh langkah bagi menangani masalah ekonomi yang melanda negara.
Resolusi Kongres PSM yang bersidang selama tiga hari di Ipoh, Perak mengusulkan:
1. Satu tindakan politik yang menyeluruh dan aman “Hartal” satu hari di seluruh negeri Perak, untuk menuntut pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan pilihanraya peringkat negeri Perak dilaksanakan.
2. PSM menuntut kerajaan melaksanakan 7 tuntutan untuk menangani krisis ekonomi. Sepertimana memorandum yang diberikan oleh PSM kepada Menteri Sumber Manusia pada 25 Februari 2009
Ø Laksanakan Tabung Pembuangan Kerja
Ø Laksanakan Akta Gaji Minima
Ø Wujudkan peluang pekerjaan
Ø Catuan makanan
Ø Longgarkan skim bayaran balik pinjaman bank
Ø Tanah untuk pertanian
Ø Kekalkan cukai korporat
3. PSM membantah segala polisi penswastaan air, hospital, pendidikan dan perkhidmatan asas yang lain. Kita juga membantah sebarang cadangan menambah kenaikan tambang pengangkutan awam, minyak dan cadangan Kerajaan tidak mahu mensubsidi tepung, gula dan roti pada masa hadapan. Pada masa yang sama, kami menuntut kerajaan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital awam dan memberhentikan serta merta pembinaan hospital swasta.
4. PSM menuntut supaya dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Inggeris (PPSMI) dimansuhkan dan kembalikan bahasa ibunda dalam setiap aliran sekolah.
5. PSM menuntut kerajaan melaksanakan IPCMC untuk menghentikan salahguna kuasa polis dan penangkapan sewenang-wenangnya oleh pihak polis. Polis harus menjaga keselamatan rakyat dan menangani jenayah, dan bukannya menyekat hak demokrasi rakyat. PSM juga menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu lebih berintegriti dalam menangani kes-kes rasuah.
6. PSM menuntut kerajaan supaya memansuhkan akta-akta zalim seperti ISA, Akta Hasutan, AUKU, OSA dan sebagainya. PSM menuntut Kem Kamunting ditutup dan dijadikan Bangunan bersejarah untuk mengenali salahguna ISA.
7. PSM menuntut supaya memansuhkan undang-undang yang menghalang wakil rakyat yang meletak jawatan tidak dibenarkan untuk bertanding selama 5 tahun dan menggubal undang-undang yang menghalang wakil rakyat daripada melompat parti.
8. PSM membantah sebarang jenis penindasan dan pencabulan peperangan di Afghanistan, Sri Lanka, Palestin dan sebagainya.
9. PSM menuntut supaya golongan hak orang asli dan golongan rakyat Marhaen ditegakkan. PSM menuntut kerajaan menggubal undang- undang supaya kesatuan eekerja diiktiraf secara otomatik.
10. PSM menuntut perspektif sejarah mengenai kemerdekaan ditulis balik dan mengiktirafkan sumbangan golongan kiri dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Kerajaan juga digesa menghormati Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1989 dan menuntut kerajaan supaya semua bekas PKM harus dibenarkan pulang ke tanahair seperti dalam perjanjian tersebut.
11. PSM menolak sebarang amalan dasar diskriminasi kaum dan gantikan semua dasar perkauman kepada dasar berasaskan keperluan. Dan untuk memulihkan hubungan antara kaum, PSM menuntut Kerajaan Selangor membuat kajian tentang kerugian, ketidakadilan, kecederaan dan kematian dialami oleh rakyat di Selangor semasa Peristiwa Mei 13.
12. PSM menuntut Kerajaan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan dilaksanakan serta merta dan menuntut kerajaan supaya melaksanakan Tuntutan BERSIH:
- Gunakan dakwat pada jari
- Hapuskan undi Pos
- Pembersihan senarai nama pengundi
- Akses kepada media
13. PSM menuntut supaya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dibatalkan.
14. PSM menuntut kerajaan supaya melaksanakan dasar yang melindungi alam sekitar demi menangani masalah perubahan iklim secara serius.
15. PSM menyokong perjuangan rakyat seluruh dunia yang menentang sistem kapitalis yang memaksa kelas pekerja bayar untuk krisis ekonomi yang disebabkan oleh kegagalan kapitalis itu sendiri.
TVA

No comments:
Post a Comment