Friday, May 22, 2009

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN TIDAK MENGHORMATI DAN BIADAP TERHADAP WANITA

Saya merakamkan kekesalan saya atas sikap Menteri WP yang baru YB Senator Dato Raja Nong Chik yang sangat tidak menghormati Ahli Parlimen malah biadap tehadap wanita. YB Menteri dalam 'Lawatan Mengejut' ke Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam Khamis 20 Mei telah mengeluarkan kata-kata berikut apabila saya mengkritik dia kerana tidak memaklumkan lawatan tersebut kepada saya selaku Ahi Parlimen Titiwangsa.

" I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?"

Kata-kata seperti ini sangat tidak layak dikeluarkan oleh seorang Menteri apatah lagi Menteri yang baru dilantik malah belum lagi pun mengadakan sebarang pertemuan rasmi dengan Ahli-Ahli Parlimen WP seperti yang dijanjikan.

Sebagai seorang wanita yang terhormat, seorang Wanita Islam yang menjaga syahsyiah diri, saya merasa terhina dan tidak dapat menerima kata-kata tersebut keluar dari mulut seorang Menteri lebih-lebih lagi saya seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat. Ada ramai rakan-rakan yang berpendapat ini satu bentuk gangguan seksual walau pun tidak berapa jelas tujuan dan maksud kata-kata tersebut dikeluarkan.

Apa yang dikatakan 'Lawatan Mengejut' adalah tidak benar kerana turut serta dalam lawatan tersebut adalah KSU Kementerian WP dan beberapa pegawai tinggi kementerian, Dato Bandar KL, Ketua Pengarah DBKL dan sebahagian besar Pengarah-Pengarah Jabatan-Jabatan serta Pegawai-pegawai Tinggi sehinggalah kepada kakitangan rendah DBKL.

Saya juga lihat dalam majlis tersebut ada atur-cara rasmi yang disediakan dalam helaian bercetak, taklimat oleh konsultan, jamuan dan persiapan-persiapan lain. Persatuan Peniaga WP cawangan Pasar Dato Keramat juga diwakili oleh semua AJK, dan yang paling menonjol adalah kehadiran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa bersama Timbalan, AJK, Wanita dan Pemuda UMNO. Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa diberi tempat istimewa sebelah Menteri WP sepanjang majlis tersebut.

Saya ambil kesempatan ini untuk maklumkan secara terbuka kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak yang saya kira telah mengambil keputusan yang kurang tepat dengan melantik seorang yang bukan Ahli Parlimen, yang tiada latar belakang Pentadbiran dan hanya seorang Ketua Bahagian yang berlatar belakangkan dunia korporat untuk menerajui sebuah Kementerian yang penting seperti Kementerian WP; sehinggakan beliau tidak mampu memposisikan diri beliau sebagai seorang Menteri kepada semua warga WP dan bukan hanya seorang Ketua Bahagian UMNO.

Saya telah melalui pengalaman selama setahun bekerja dengan Menteri WP yang lalu DS Zulhasnan yang jauh lebih matang, berhemah dan sering bersikap prpfesional terhadap saya dan juga Ahli-ahli Parlimen WP yang lain. Saya curiga apakah kesalahan besar yang dilakukan Menteri WP yang lalu sehingga beliau disingkirkan sedangkan beliau juga adalah seorang Ahli Parlimen.

Slogan Satu Malaysia PM kini semakin terbukti hanya retorik semata-mata kerana tidak dapat dihayati oleh Menteri Kabinet lantikan beliau sendiri dan oleh agensi kerajaan seperti DBKL yang dikongkong sedemikian rupa oleh UMNO/BN. Namun saya kira ini akan memberi 'Political Mileage' kepada Pakatan Rakyat kerana sikap Menteri yang keterlaluan dan DBKL yang tidak mesra Wakil-wakil Rakyat akan menambah ketidak-puasan hati rakyat kepada UMNO/BN.

Sekian, terima kasih atas kerjasama semua ahli-ahli Yang Berhormat, Wanita Pakatan Rakyat, NGO-NGO, kakitangan Pejabat Agung PAS dan terutamanya pihak media yang sudi hadir.

Dr Lo'lo' bt Dato' Hj Mohamad Ghazali
Ahli Parlimen Titiwangsa
21 Mei 2009

artikel asal : http://docpearl.blogspot.com/




klip video ehsan : tvpas09

1 comment:

  1. Alah kat KL biasa aku tgk perempuan kelantan bertudung bersedudukan dgn jantan. Klu kelantan perempuan PAS lah. Pura-pura alim tapi hancur..

    ReplyDelete