Friday, May 22, 2009

Acara Nyalaan Lilin : 16 Lagi Ditangkap Semalam, Polis Dikecam Berlagak Seperti Negara Polis

Dalam satu lagi tindakan yang dianggap anti-demokrasi polis menahan enam belas orang termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee di luar pusat khidmatnya di Ampang kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram.

Mereka ditahan ketika mengadakan acara nyalaan lilin sebagai sebahagian daripada perkabungan kematian demokrasi.

Polis membuat penahanan selepas memberi amaran supaya mereka yang berhimpun bersurai.

Kesemua mereka dibawa ke balai polis Pandan Indah.

Menurut Ketua Polis Daerah Abdul Jalil Hassan mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Walau bagaimanapun Jenice acara tersebut mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.

Sebelum ini, sekumpulan kecil berhimpuan di pusat khidmat Jenice pada kira-kira jam 8.30 malam untuk mengadakan nyalaan lilin tanda berkabung 'kematian demokrasi" di Perak serta dikawal oleh kira-kira 40 anggota polis.

Ini adalah kali kedua dalam minggu ini Jenice ditahan. Beliau ditahan polis selama enam jam dalam selepas menyertai nyalaan lilin Selasa lalu.

Antara yang ditahan ialah Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialist DAP (DAPSY), Ooi Leng Hang, Lim Swee Kuan, iaitu pembantu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, ahli DAPSY dan seorang awam.

Dalam reaksi kepada penahanan 16 aktivus itu Sekretariat DAPSY berkata dalam satu kenyataannya penahanan tersebut adalah lebih dahsyat daripada sebuah negara polis.

"DAPSY amat kesal terhadap insiden terbaru penangkapan malam ini. Ini adalah satu lagi contoh serangan terhadap amalan demokrasi negara yang semakin terhakis.

"Kita telah jatuh lebih dahsyat daripada sebuah negara polis di mana polis menangkap rakyat sesuka hati. Setakat ini hampir 150 orang diseluruhn negara telah ditangkap berhubung bantahan terhadap krisis politik di Perak," kata kenyataan itu lagi.

DAPSY mendesak supaya semua yang ditahan dibebaskan dengan segera dan Kementerian Dalam Negeri menghentikan perbuatan penangkapan rambang terhadap rakyat.

No comments:

Post a Comment