Wednesday, June 24, 2009

GURU KUMPULAN A BERPOLITIK TAK BOLEH, MENTERI BERKEMPEN POLITIK PADA GURU BOLEH


Oleh Angkasanuri

Mengikut pekeliling Perkhidmatan Awam Guru dan Kakitangan Awam Kumpulan A tidak dibenarkan aktif berpolitik. Tetapi ramai sedia maklum klausa larangan itu hanya difokuskan kepada kakitangan awam kumpulan A yang menyokong parti pembangkang atau Pakatan Rakyat. Bagi kakitangan awam yang aktif berpolitik dalam Umno dan Barisan Nasional perkara ini dibuat seperti tak nampak sahaja. Walaupun mereka terlibat secara terang-terangan dan memegang jawatan penting dalam Umno@BN. Malah ada yang berlagak selamba menampal logo Umno atau dacing senget sebelah serta bendera Umno@BN di kenderaan mereka, dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.


Maka ramailah di kalangan kakitangan awam yang aktif atau hanya menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang ditukarkan ke pedalaman dan ditukarkan berjauhan dengan isteri, anak-anak dan keluarga atau dikenakan tindakan tatatertib kerana dikatakan melanggar etika dan pekeliling perkhidmatan awam.

Larangan berpolitik kepada kakitangan awam kumpulan A oleh kerajaan ternyata bersifat prejudis dan menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik yang diiktiraf dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Ternyata larangan berpolitik ini berniat serong dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Timbalan Menteri terus memperalatkan dan melacurkan kakitangan awam dengan memaksa mereka untuk ke majlis yang bersifat politik yang dihadiri oleh mereka. Mana-mana yang tidak menghadiri majlis berkenaan akan dikenakan surat tunjuk sebab dan diambil tindakan.

Lihatlah apa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kempen politik kepada guru-guru di Manek Urai hari ini dengan meminta mereka supaya mengundi Umno@BN. Tindakan Timbalan Menteri berkenaan menunjukkan bahawa Umno@BN dalam keadaan terdesak dalam Pilihanraya Kecil di Manek Urai sehingga sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri.

DetikDaily

Wakil PKR mohon ketepi waran tangkap

Anggota parlimen PKR S Manikavasagam memfailkan permohonan hari ini untuk mengetepikan waran tangkap kerana mengelak memberikan keterangan dalam inkues kematian aktres K Sujatha.

Manikavasagam memfailkan permohonan itu melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh di pejabat pendaftar Mahkamah Majistret pada pukul 10.30 pagi tadi.

Beliau juga memfailkan satu sijil kesegeraan untuk tarikh pendengaran bagi permohonan tersebut, lapor Bernama.

Koroner Mohd Faizi Che Abu akan mendengar permohonan tersebut esok.

Semalam, Mohd Faizi mengeluarkan waran tangkap setelah mahkamah itu dimaklumkan oleh timbalan pendakwa raya Geethan Ram Vincent bahawa wakil rakyat Kapar itu mengelak daripada polis menyerahkan sepina itu.

Manikavasagam dalam afidavit sokongan berkata beliau hanya menyedari mengenai waran tangkap itu melalui media yang beliau menafikan mengelak daripada disepina.

Beliau berkata seorang pegawai polis menghubunginya dua hari lepas mengenai sepina itu dan beliau memberitahu pegawai tersebut untuk menyerahkannya di rumah atau pejabat beliau di Kapar oleh kerana bangunan Parlimen bukan tempat yang betul untuk menyerahkan perintah berkenaan.

Manikavasagam mendakwa bahawa tidak pernah terlintas di fikirannya untuk mengelak sepina itu, dan menambah bahawa beliau berharap untuk memberikan keterangan di Mahakamah Koroner itu oleh kerana beliau telah membuat laporan polis berkaitan kes ini.

Beliau menggesa mahkamah itu untuk mengetepikan waran tangkap ini, sambil menyatakan ia tidak sah kerana beliau tidak diberikan peluang bagi menerangkan kepadanya mengenai isu berkenaan.

Peguamnya N Surenthiran memberitahu pemberita bahawa koroner itu salah dalam mengeluarkan waran tersebut kerana sepina itu tidak pernah diserahkan kepada kliennya.


Inkues itu diadakan berikutan kematian Sujatha, 28, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 25 Jun 2007, enam hari selepas dimasukkan ke hospital itu kerana didakwa meminum racun serangga.

malaysiakini

Nak halus macam mana lagi!

Politik wang : Hasil siasatan babitkan pencalonan Ali Rustam dihalusi SPRM

Oleh G. MANIMARAN

KUALA LUMPUR: Hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden Umno sedang diperhalusi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan badan tersebut.

"SPRM ada menjalankan dua kes siasatan terhadap pihak-pihak tertentu yang dikatakan terlibat dalam pemberian wang rasuah dengan tujuan mencalonkan Datuk Seri Ali Rustam sebagai Timbalan Presiden Umno pada Persidangan Umno Bahagian Rendang yang diadakan pada 8 November 2008.

"Kedua-dua kes siasatan telah diselesaikan dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM untuk keputusan dan arahan lanjut," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis hari ini.

Ahli Parlimen Padang Serai (PKR) mengemukakan soalan tentang status kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Melaka itu. Ali telah dilucutkan kelayakan bertanding jawatan Timbalan Presiden Mac lalu.

Nazri berkata, satu lagi siasatan ialah terhadap tohmahan mengenai pemberian sogokan kepada Ketua Cawangan dan perwakilan Umno cawangan Rendang untuk menyokong dan mengundi Ali sebagai Timbalan Presiden Umno telah diputuskan tiada tindakan lanjut. Oleh itu, kes tersebut telah ditutup pada 25 Mei lalu, kata Nazri.



mStarOnline

Dewan Rakyat : Wan Junaidi Gantung Tony Pua Sepanjang Hari Bersidang

Wakil DAP digantung sidang Parlimen

Ahli parlimen DAP Tony Pua digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat sepanjang hari ini selepas enggan duduk walaupun diarah berbuat demikian ketika perbahasan seorang anggota BN.

Timbalan Yang Dipertua Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan ahli parlimen Petaling Jaya Utara meninggalkan dewan setelah berkali-kali diarah duduk.

Pua berdiri sebagai menunggu untuk mencelah sewaktu Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) tetapi enggan membenarkannya.

Wan Junaidi meminta Pua duduk bagi membolehkan Tajuddin berucap sehingga dibenarkan mengambil bahagian.





malaysiakini

Kepada Warga Pendidik UMNO/BN, Tak Payah Ajar Budak, Berpolitikus Bersama UMNO/BN!

'Dr Puad Zakarshi usah perbodohkan kami' - pendidik

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itulah agaknya yang melatari kempen Umno di Dun Manek Urai sekarang.

Ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN).

Mungkin agak melucukan bagi warga pendidik. Sedangkan mereka saban hari mengakses maklumat, malah ramai juga ada membangunkan blog sendiri.

Setiap hari mereka menerima SMS mengenai isu yang berlaku di seluruh dunia. Mereka tahu skandal kewangan yang begitu besar dilonggok bagi menyelamatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

"Apakah Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang.

"Kami sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat.Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN," kata seorang guru di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit meminta 187 warga pendidik yang layak mengundi menyokong calon BN di Manek Urai selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.


Beliau membuat gesaan itu selepas menyampaikan bantuan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) kepada 290 murid di Sekolah Kebangsaan Laloh.

Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini.

Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, di sebuah sekolah hendak mencari guru yang cenderung politik kepada Umno agak sukar kerana mereka tahu perkembangan isu semasa.

"Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk.

"Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah.

"Ada kawan yang mengajar di sebuah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno," katanya.

Sementara itu, seorang graduan lulusan UPM pada tahun awal 1990-an mendakwa Dr Puad ketika mengajar di universiti tersebut begitu lantang mengecam kerajaan.

Katanya, beliau hairan mengapa tiba-tiba sekarang pemimpin itu bertukar haluan sehingga mengandaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

HarakahDaily

UMNO Bertanding Di Manek Urai Kerana 99% Pengundi Kaum Melayu?

Tuan Aziz calon BN di Manek Urai?

Ketua Pemuda Umno bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai bertanding mewakili BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai.

Ini kerana beliau boleh diterima oleh majoriti pengundi dan penyokong Umno dalam kumpulan ketua bahagian, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan bekas ketua bahagian, Datuk Wan Zaid Abdullah.

Malaysiakini diberitahu, Tuan Aziz adalah antara tiga tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian Kuala Krai.

Dua lagi nama ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Menurut sumber-sumber Umno, nama mereka dipilih sendiri oleh ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian tersebut baru-baru ini.

Katanya, jika calon Manek Urai tidak sesuai dengan kehendak penyokong Umno, ramai daripada mereka mungkin tidak akan berkempen.

"Perlu diambil kira mengenai 28 daripada 42 cawangan yang tidak menyokong Datuk Ramzi," katanya.

Beri mandat

Oleh itu, katanya, Umno bahagian telah memberi mandat kepada AJK memilih tiga nama calon yang paling sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

"Saya rasa nama-nama yang sesuai itu telah dihantar ke peringkat atasan untuk diteliti dan diputuskan," katanya hari ini.

Ketika dihubungi, Tuan Aziz berkata beliau tidak tahu siapakah yang akan dipilih menjadi calon BN untuk DUN Manek Urai.

Katanya, jika boleh beliau tidak mahu dipilih sebagai calon kerana ramai lagi pemimpin yang lebih kanan yang sesuai untuk bertanding di Manek Urai.

Pilihanraya kecil Manek Urai diadakan berikutan kematian penyandangnya Ismail Yaacob Mei lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 6 Julai dan mengundi 14 Julai.

Sementara itu, Azizuddin pula berkata beliau sedia memikul tanggungjawab tersebut jika dipilih sebagai calon BN.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu melobi jawatan tersebut," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



malaysiakini

Kes mahkamah ibu Manohara didedah

dikemaskini Blog - yang sering mempertahankan seorang putera Sultan Kelantan - mendedahkan beberapa dokumen yang menunjukkan ibu Manohara Odelia Pinot pernah lari daripada satu kes mahkamah di Perancis.

Truth Appeared, blog yang menerbitkan siri foto peribadi Manohara dengan suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra, semalam menerbitkan 25 halaman dokumen satu kes di mahkamah majistret.

Dokumen itu menyatakan, antaranya, ibu bekas model muda itu Daisy Fajarina tidak pernah menghadiri kes tersebut dan didapati bersalah dengan hukuman penjara 18 bulan.

Beliau didakwa gagal membayar pembantu rumahnya, seorang warga Indonesia bernama Shaliha Lanti, sewaktu tinggal di Nice selama tiga tahun sejak 2004.

Dokumen yang sama menyatakan waran tangkap dikeluarkan terhadapnya pada 26 Jun 2007.

Blog itu juga mendedahkan beberapa siri dokumen mahkamah itu, antaranya laporan-laporan perubatan dan sosial Shaliha serta kertas pertuduhan terhadap Daisy.

Dokumen-dokumen itu yang asalnya dalam bahasa Perancis diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Pusat Bahasa Perancis di Kuala Lumpur, dipercayai dibuat baru-baru ini.

Menurut dokumen itu, mahkamah daerah Grasse juga mengeluarkan perintah supaya polis mencari dan memenjarakan Daisy mengikut peruntukan undang-undang negara Eropah itu.

Suaminya ketika itu Jurgen Reiner Noack-Pinot turut didapati bersalah melakukan serangan seksual terhadap bekas pembantu mereka itu pada awal 2007 dan dijatuhkan hukuman empat bulan penjara.

Mahkamah juga memerintahkan Daisy dan dan Noack-Pinot membayar sebanyak 16,000 euro sebagai ganti rugi terhadap Shaliha, kini berumur 25 tahun.

Shaliha sebelum itu dalam aduannya kepada polis di Perancis mendakwa menjadi mangsa penganiayaan majikannya – menyebabkan beliau sakit kepala, lengan dan bahagian bawah tubuh, perut dan pinggul, paha serta mengalami kejutan psikologi.

Laporan perubatan Saliha yang dikemukakan kepada mahkamah mengesahkan terdapat beberapa kecederaan di tubuhnya serta menderita kejutan psikologi yang serius.

Satu sumber yang dekat dengan Tengku Muhammad Fakhry Petra, ketika dihubungi Malaysiakini, berkata dokumen yang didedahkan itu "100 peratus benar".

Manakala, peguam Manohara di Malaysia, Mohamed Zaini Mazlan ketika dihubungi enggan mengulas perkara itu.



malaysiakini

7 Bukti Kaitan Najib dengan Altantuya!

www.tranungkite.net/v9/

Oleh : dewa

"Kebelakangan ini, media UMNO sibuk memainkan lagu Kerajaan Perpaduan sehinggakan isu Altantuya dan isu-isu lain bagaikan dilupakan. Artikel lengkap ini mendedahkan kaitan Najib dengan Altantuya secara terperinci.

Altantuya Shaariibuu ni seorang model cantik dari Mongolia. Dia telah dibunuh dan mayatnya telah dikecaikan dengan bom C4. Altantuya ini dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev. Kalau dia tak dibunuh secara kejam dan masih hidup, umurnya sekarang ialah 31 tahun. Bapa dia seorang profesor psikologi.

Altantuya ni dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia ni fasih banyak bahasa : Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Altantuya Shariibuu mulanya bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Menurut kepercayaan ramai, dia ni juga merupakan perempuan simpanan kepada Razak Baginda dan Najib Razak. Mari lihat kaitan Najib dengan Altantuya..


1. Pembunuh Altantuya dibunuh oleh orang-orang Najib.

Wanita cantik dari Mongolia ini diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa. Dalam erti kata lain, orang-orang Najib.

2. Najib enggan nafi buat jangkamasa yang panjang.

Setelah sekian lama kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi oleh Najib pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja. Tindakan Najib enggan menafikan dari awal jelas menimbulkan misteri. Sehingga sekarang, Najib masih enggan menyaman akhbar dari seluruh dunia, dalam dan luar negara yang menuduh Najib mengarahkan pembunuhan kejam tersebut. Pendedahan eksklusif secara detail oleh akhbar Perancis berhubung peranan Najib dalam isu ini cukup memalukan. Keengganan Najib yang enggan menyaman bagaikan mengesahkan semua dakwaan ke atasnya.

3. Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah cuba disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.

Menurut saksi, ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak'. Sepatutnya, pihak pendakwaan, sekiranya bermaruah dan ada integriti, perlu segera membuat siasatan dalam isu ini. Kerjasama semua pihak untuk mengesan gambar ini perlu dibuat. Mungkin tawaran/reward boleh ditawarkan untuk memastikan kewujudan gambar ini. Keengganan pendakwa/mahkamah/polis/pejabat peguam negara untuk menyiasat isu ini menguatkan keyakinan masyarakat bahawa najib memang terlibat.

4. Suruhanjaya bebas dihalang

Najib mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Najib juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Akhbar UMNO mendakwa kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Apa yang pasti, memang Najib yang bertanggungjawab dalam isu pembelian kapal selam tersebut. Apa yang pasti, memang wujud motif untuk membunuh Altantuya. Apa yang pasti, memang Altantuya dibom. Keengganan semua pihak dan institusi kerajaan untuk menyiasat isu ini seolah-olah mengesahkan penglibatan Najib. Sepatutnya, kes ini segera disiasat kerana wujud elemen komisyen dan rasuah malah melibatkan isu keselamatan negara! Tetapi, UMNO punya pasal, semua orang kerajaan menyepi..

4. Wartawan di ISA

Pada 2 Mei 2008, Malaysiakini melaporkan DSP Victor Sanjos dari bahagian jenayah siber telah menyiasat terhadap Raja Petra Kamaruddin dan beberapa maklumat dalam komputer beliau. Rumah Raja Petra Kamaruddin terletak di Sungai Buloh, Selangor. Siasatan ini ada kaitan dengan artikel dalam Malaysia Today yang bertajuk "lets send the Altantunya murderers to hell". Wartawan ini kemudiannya di ISA kononnya kerana menghina Islam tetapi akhirnya terpaksa dibebaskan. Wartawan ini telahpun menjelaskan sumber-sumber maklumatnya secara terperinci tetapi tangkapan atau siasatan ke atas Najib masih tidak dibuat.

5. Mahkamah diperguna.

Tindakan pegawai pendakwa yang menggelupur setiap kali nama Najib disebut dan tindakan pendakwa yang membantah setiap kali timbul nama Najib mengesahkan bahawa Najib memang terlibat. Tindakan mahkamah yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 2 tertuduh menjadi bahan jenaka di seluruh dunia kerana masyarakat tidak melihat wujudnya motif untuk mereka membunuh dan mengebom Altantuya.

6. Razak Baginda bebas!

Razak Baginda bukan dibebaskan selepas perbicaraan penuh. Razak baginda dilepaskan TANPA PERLU MEMBELA DIRI! Ini mengsahkan wujudnya tangan-tangan jahat yang mencampuri urusan mahkamah. Sebaik dibebaskan, Razak segera membuat sidang media memaklumkan bahawa Najib tidak kenal Altantuya. Ini cukup melucukan!

7. Parlimen diperguna!

Ahli Parlimen membawa suara 27 juta rakyat Malaysia bersama mereka. Apabila ahli Parlimen Pakatan cuba membawa isu Altantuya ini ke Parlimen, ada ahli Parlimen yang digantung dan dihalau dari dewan. Ini mengesahkan bahawa Najib menggunakan seluruh jentera kerajaan dan seluruh pengaruhnya untuk menyekat isu Altantuya dari dibincangkan.

SEKADAR RENUNGAN.. menurut pendedahan akhbar perdana Perancis, maklumat dari polis mengatakan bahawa Altantuya yang sedang mengandung dibogelkan sebelum ditembak. Apabila Altantuya tidak mati, dia telah ditembak sekali lagi sebelum di bom. Apabila saya berbual dengan rakan saya yang merupakan seorang penyokong kuat UMNO, dia berkata bahawa ini tidak mengapa kerana wujud khabar kononnya Altantuya ialah agen CIA.. Memang beginilah sikap oarng UMNO.. Zalim dan suka membuat fitnah. Saya dengan tegas mengatakan, kalaupun Altantuya memang agen asing (yg mana tiada bukti pun, masih berdosa besar membogelkan dan membunuh perempuan yang mengandung!

Semoga Allah menyelamatkan kita dari kezaliman dan kebodohan orang-orang yang zalim..



Dewan Rakyat : Keputusan Isu PPSMI Awal Julai

Kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), awal Julai ini.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan demikian - jaminan yang paling konkrit pernah disampaikan oleh kerajaan - ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) di Parlimen pagi ini.

Makin banyak pihak mempertikaikan PPSMI akhir-akhir ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Pada Mac lalu, ribuan penentang dasar ini berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong dengan harapan baginda campur tangan.



artikel asal : TVA
klip video ehsan : greenboc

Kenyataan balas Najib, bukti Umno tidak pernah ikhlas





klip video ehsan : tvpas09

HIMPUNAN 30 JUN : JELASKAN KEPADA RAKYAT FITNAH DAN KONSPIRASI UMNO/BN TERHADAP PAKATAN RAKYAT

Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat 30 Jun ini

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.



HarakahDaily

Majlis Peguam Serah Memorandum Bantah Penahanan Peguam

Majlis Peguam Malaysia menyerahkan memorandum kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz, membantah sekeras-kerasnya penahanan lima peguam yang memberi khidmat guaman kepada tahanan polis pada 7 Mei lalu.

Presidennya, Ragunath Kesavan berkata Majlis Peguam memandang serius penahanan ini kerana ia secara langsung menafikan hak tahanan kepada proses undang-undang yang adil.

Memorandum itu mahu kerajaan menjamin hak tahanan mendapatkan khidmat guaman serta memastikan polis tidak lagi bertindak di luar bidang kuasa mereka.




Lima peguam terbabit ditahan atas tuduhan perhimpunan secara haram dalam usaha mereka memberi khidmat bantuan guaman kepada 15 individu yang ditahan polis kerana terbabit dalam perhimpunan solidariti untuk aktivis Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Wong Chin Huat.

Wong ditahan di bawah Akta Hasutan selepas melancarkan kempen pemakaian baju hitam sebagai tanda berkabung untuk rampasan kuasa BN di Perak.

Fadiah Nadwa Fikri, Murni Hidayah, Puspawati Rosman, Ravinder Singh Dhalliwal dan Shuhaini Safwan dari Pusat Bantuan Guaman Kuala Lumpur dibebaskan selepas ditahan di Balai Polis Brickfields.

'"Akses kepada peguam adalah aspek penting sistem keadilan dan pada hemat saya kita perlu kembali semula kepada asas: menghormati kedaulatan undang-undang.

"Sesuatu yang malang untuk yang tertuduh apabila peguam mereka ditahan sebaik sahaja menjejak kaki ke balai polis. Menahan peguam semasa mereka menjalankan tugas-tugas mereka secara jelas melanggar sistem keadilan," kata Ragunath.

Ragunath menambah tindakan undang-undang terhadap polis bagaimanapun akan tetap diteruskan.

"Kami tetap memfailkan tindakan mahkamah bagi pihak lima peguam terbabit," kata Ragunath.

Sementara itu, Nazri berkata beliau akan meneliti kandungan memorandum ini dan akan mengambil tindakan positif keatas isu ini sementara dalam isu yang membabitkan polis, beliau akan serahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein. Salinan memorandum itu juga akan beliau serahkan kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Nazri mengelak menjawab soalan wartawan apakah polis telah melakukan kesalahan menahan peguam-peguam terbabit namun beliau akui bahawa kedaulatan undang-undang harus dipertahankan.

artikel asal : TVA
klip video ehsan : greenboc

KeADILan terus perkukuhkan Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat akan terus memperkukuhkan hubungan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat biar pun terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan.

Ketua umum parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, semua pihak dalam Pakatan Rakyat mahu memperkasakan pakatan tersebut supaya bertambah mantap.

"Soal isu kerajaan perpaduan telah dibincangkan sebelum ini bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Harun Din.

"Mesyuarat yang diadakan lebih menumpukan soal kesepakatan dan perpaduan dalam Pakatan," katanya ketika ditemui selepas mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, kelmarin.





Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang di parlimen berkata, perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) hanya lebih tertumpu krisis di Perak, di mana kerajaan Pakatan bercadang bertemu Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menyelesaikan isu berkenaan.

"Ia bertujuan untuk mengemukakan pandangan bagi penyelesaian krisis di Perak dengan cadangan diadakan pilihan raya semula. Jadi pertemuan dengan pemimpin BN tidak lebih daripada rangka itu," ujarnya.

Anwar juga berkata, pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi membincangkan gerak kerja bersama menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai.

Katanya, Pakatan Rakyat tetap memberikan sokongan padu kepada calon PAS sebagaimana semangat setia kawan yang ditunjukkan dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

"PAS khususnya Tuan Guru Nik Aziz sendiri sering datang berkempen dalam pilihan raya yang diwakili calon KeADILan termasuk di Permatang Pauh," ujarnya.

Ketika diminta mengulas dakwaan yang mengatakan beliau sebagai punca perpecahan orang Melayu khususnya selepas penubuhan parti KeADIlan pada 1998 katanya, perpecahan di kalangan orang Melayu sudah lama berlaku.

Menurutnya dakwaan yang mengatakan perpecahan berlaku disebabkan kemelut politik 1998?tidak lebih sebagai satu pembohongan.

HarakahDaily

Pemuda PAS Bersedia Bekerjasama Dengan UMNO Dalam Soal Kebaikan

Gambar - Ustaz Mohd Noor menyampaikan cenderahati kepada Wan Mohd Hadib yang menyerahkan tugasnya sebagai Pengerusi DACS

Pemuda PAS berharap ruang perbincangan berkaitan kepentingan umat Islam, amar ma’aruf dan nahi mungkar, terus diadakan dengan UMNO walaupun perbincangan tentang kerajaan perpaduan telah dihentikan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Mohd Noor Hamzah berkata penolakan kerajaan perpaduan bukan bererti PAS menutup pintu gerakkerja dakwah.

Beliau berkata kerja dakwah mesti dibuka seluas-luasnya untuk menarik ahli-ahli UMNO supaya bersatu dan berpadu di bawah Pakatan Rakyat khususnya PAS.

”Kami (pemuda PAS) meminta supaya perbincangan dengan UMNO tidak boleh dihentikan bagi membincangi (kan) tentang isu-isu Islam, umat Islam,

”bagi menyampaikan kerja-kerja amar ma’aruf dan nahi mungkar,”katanya ketika ditemui selepas majlis serah tugas Jabatan Sukan, Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS Terengganu di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.




Katanya pemimpin UMNO tidak memahami apa sebenarnya kerajaan perpaduan kerana mereka menganggap ia adalah gabungan antara PAS dan UMNO.

Sedangkan menurutnya, ia tidak pernah timbul sama sekali dan tidak menjadi agenda serta hasrat pimpinan PAS untuk membawa PAS kearah itu.

Sebaliknya, kata beliau, UMNO memang mengharapkan kerjaan campuran atau gabungan dengan PAS kerana keadaan mereka begitu mendesak.

”UMNO memang mengharapkan kerajaan campuran, gabungan (dengan PAS) kerana UMNO berada dalam keadaan hampir runtuh, musnah, (dan) bahtera mereka hampir tenggelam,”jelasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat berkata demikian mengulas keputusan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menolak untuk meneruskan perbincangan kerajaan perpaduan dengan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam kenyataan bersama di Parlimen kelmarin ditegaskan, walaupun menolak penubuhan kerajaan perpaduan, Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat.

Sehubungan itu, Ustaz Mohd Noor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung menyokong sikap terbuka tersebut dan bersedia bekerjasama dengan kerajaan Terengganu dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat.

”Kita (PAS) akan bekerjasama dan meyokong kerajaan negeri Terenggan dalam persoalan-persoalan kepentingan rakyat khususnya isu royalti (minyak), ini adalah isu keadilan dan kepentingan rakyat Terengganu,”tegasnya.

Justeru, beliau mendesak, sekiranya UMNO ingin membentuk satu perpaduan, mestilah mengubah dan membersihkan diri mereka, kerajaan dan memohon maaf keatas kesilapan mereka yang lalu.

”Mereka mesti mengubah dan mesti membersihkan Institusi kehakiman, SPR, dan mesti bertindak adil,

”dan memohon maaf terhadap kesilapan-kesilapan mereka membunuh pejuang-pejuang PAS di Memali, menangkap pemimpin-pemimpin PAS, meruntuhkan masjid Bujal, merampas tanah-tanah dan meruntuhkan rumah-rumah rakyat, yang diberikan (kepada rakyat) oleh kerajaan (PAS),”katanya.

BuletinOnline

Tuesday, June 23, 2009

Ketua Wanita PKR vs Ketua Wanita UMNO

PKR cabar Shahrizat martabatkan wanita atau berhenti

Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kata dua kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil - tingkatkan perwakilan wanita dalam kerajaan atau letak jawatan.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata BN gagal memberi pengiktirafan sewajarnya kepada wanita sebagai sumber penting dalam pembangunan negara.

Beliau menambah Shahrizat perlu mengotakan janji menjadikan dasar kuota minimum 30 peratus perwakilan wanita di peringkat nasional.

“Umno, sebagai kepada parti utama BN, gagal memberi pengiktirafan sewajarnya kepada wanita. Sebagai seorang menteri, Shahrizat dikehendaki mengotakan janji dengan menjadikan dasar 30 peratus perwakilan wanita suatu kenyataan dalam pentadbiran negara. Ia harus dilakukan dalam tempoh enam bulan mendatang atau beliau meletakkan jawatan,” kata Zuraida.

Beliau berkata demikian di Parlimen hari ini bersama barisan pimpinan kanan Wanita PKR.




Zuraida kesal Shahrizat tidak mampu melakukan apa yang terbaik untuk wanita di Negara ini

“Walaupun tergolong di antara pemimpin utama Umno dan Barisan Nasional, Shahrizat tidak mampu meningkatkan bilangan menteri wanita dalam Kabinet Umno-BN,”

“Budaya politik yang mencantas ahli-ahli politik berpengalaman mengheret Wanita Umno ke kancah kemerosotan. Sewajarnya pemimpin wanita berkaliber dibawa ke saf pimpinan dan bukan dipinggirkan,” kata Zuraida.

Zuraida juga menyanggah kenyataan Shahrizat yang mendakwa dasar minimum 30 peratus terbit dari dasar rumusan beliau.

Pembohongan ini dilihat sebagai sesuatu yang serius dan Shahrizat digesa untuk tidak mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa di masa akan datang tetapi sebaliknya menumpuksn perhatian kepada tugas menguatkan perwakilan wanita di peringkat nasional.

“Dasar 30 peratus perwakilan wanita diterbitkan dalam Persidangan Wanita Sedunia di Beijing lebih sedekad lalu. Ia kesepakatan yang diterjemahkan dalam Deklarasi Beijing di mana Malaysia menjadi salah-sebuah negara yang menandatanganinya,” jelas Zuraida.

TVA

Kit Siang vs Tee Keat

Ong : Tiada guna bertegang urat dengan Kit Siang

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata tiada gunanya beliau bertegang urat dengan Lim Kit Siang mengenai isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana mendakwa soalan-soalannya yang dibangkitkan, menunjukkan "pemimpin DAP itu tidak fahamkan isu yang diperkatakan".





Di samping itu, kata beliau yang juga presiden MCA, Lim juga asyik membangkitkan soalan-soalan yang sama setiap hari.

Sehubungan itu, beliau mendakwa Lim cuba menyembunyikan kebenaran dan terus mengelirukan Dewan Rakyat dan orang awam mengenai isu PKFZ.

Menulis dalam blognya hari ini, Ong berkata, Lim telah mengganggu penyampaian kenyataan menteri (Ong) dengan menuduhnya tidak merujuk kepada keputusan kabinet pada 23 Oktober 2002 bahawa tanah di PKFZ dibeli pada harga yang rendah RM10.16 sekaki persegi.

Sebaliknya, kata Ong, apa yang Lim sengaja tidak sebut ialah keputusan pada 23 Oktober itu, telah diganti dengan keputusan kabinet yang bermesyuarat pada 6 November 2002.

Malah, katanya, hansard Parlimen bertarikh 4 September 2007 dengan jelas mencatatkan bahawa keputusan kabinet pada 2 Oktober 2002 untuk membeli tanah terbabit pada harga RM25 sekali persegi, masih sah atas sebab-sebab yang telah disebut dalam kenyataannya di Parlimen.

"Kit Siang tahu mengenainya. Malah, beliau turut menyertai perbahasan pada 4 September 2007. Beliau juga turut menyiarkan petikan dari hansard itu dalam blognya pada hari berikutnya. Dan namun begitu, beliau memilih untuk menyembunyikan fakta penting ini dari pengetahuan umum demi gimik politik untuk menyelamatkan karier politiknya," katanya.

Menurut Ong lagi, beliau telah berusaha supaya keseluruhan laporan mengenai PKFZ diumumkan kepada rakyat serta memperjelaskan isu tersebut melalui media.

Katanya, sebuah lamanweb - www.pkfznews.com.my - juga diwujudkan untuk kemudahan umum, "malah saya sendiri berdiri di Parlimen semalam untuk menjawab semua soalan mengenai PKFZ dan ditambah lagi dengan menyampaikan kenyataan menteri (mengenainya)".

Sebenarnya, kata Ong, bukanlah begitu sukar untuk memahami isu-isu berkaitan dengan PKFZ dan usaha-usaha yang diambil untuk mendapatkan kepakaran bagi memulihkan projek tersebut.

"Walaupun kita mahu mereka yang bersalah dihukum, (tetapi) saya ingin ulangi bahawa PwCAS, pasukan petugas PKA dan saya, tidak boleh menjadi pendakwa, hakim dan pelaksana hukuman.

"Satu laporan telahpun dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (Jadi), adalah terlalu awal untuk mengulas mengenai siasatan mengenainya, kecuali berkata kita akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM," tulis Ong.

malaysiakini

PRK Manek Urai : Dato' Seri Anwar Ibrahim Beri Jaminan PKR Beri Sokongan Padu Kepada PAS





klip video ehsan : tvpas09

Si Muda Jelita Manohara

PerakExpress

Oleh HASMI bin HASHIM

Manohara Pinot yang muda-jelita itu kini mendapat perhatian dan simpati besar di negaranya sejak pulang ke Jakarta. Beliau dilaporkan ‘lolos’ melalui Singapura kira-kira setengah bulan lalu.

Seraya tiba di Bandara (”bandaraya udara”, atau di Malaysia disebut “lapangan terbang”) Seokarno-Hatta petang itu, kelibat Manohara dikerumuni orang ramai. Beliau segera mendapat liputan, baik TV, radio dan koran (surat khabar) di sana. Mantan model 17 tahun yang kini agak tembam pipi dan sosoknya dikatakan membuat pendedahan dan laporan polis mendakwa dirinya dilukai zahir-batin sepanjang berada di “taman larangan Istana.”

Benar atau tidak kenyataan Manohara, tidak dapat terbukti sekarang dan tidak dapat disahkan hanya melalui tegang isang atau perang mulut di media antara Jakarta-Kota Bahru. Satu proses pengadilan terbuka wajar berlangsung demi melihat siapa benar, siapa salah. Namun, simpati terhadap si muda-jelita itu begitu meluas sehingga beliau ditawarkan berlakon sinetron (filem).


Saya sama sekali tidak mengerti bagaimana pemerintah Malaysia, iaitu orang politik yang berkuasa di negara ini, tidak berbuat apa-apa tindakan demi meredakan ketegangan yang timbul di kalangan rakyat kedua negara, termasuk rentetan isu Manohara. Karena dia muda belia, karena kecantekkannya, sudah tentu mudah dia meraih simpati sehingga beliau diajak berkempen dalam Pemilu oleh Yusuf Kalla bersama parti Golkar.

Memang benar mulanya kes Manohara bukan bersangkutan langsung dengan isu dan kepentingan politik pemerintahan kedua negara. Namun simpati rakyat Indonesia diam-diam kini bertukar menjadi kebencian terhadap seluruh “yang Malaysia.” Bukan hanya sekadar kebencian terhadap orang kenamaan dan pemerintah Malaysia, tetapi juga sudah mencetuskan rasa kebencian dan tidak selesa antara rakyat kedua negara.

Oleh itu, adalah wajar dan munasabah agar “isu Manohara” perlu segera ditangani secara “politik” sementara menunggu proses pengadilan kelak.

Cakap-cakap konfrantasi mulai muncul semula. Pekik “ganyang Malaysia” bertempik lantang dalam demontasi di hadapan Kedutaan Malaysia tempohari. Semua itu menandakan bagaimana isu Manohara, yang awalnya dianggap sebagai urusan dalam kain dan hal rumahtangganya bersama Tengku Temenggung Kelantan; perlu disedari yang isu tersebut juga sudah merebak dan muncul sebagai persoalan politik di kalangan massa.

Suhu mendidih ini ditambah dengan tuduhan pesawat tentera Malaysia memasuki ruang udara Ambalat–sehingga menyaksikan demontrasi yang saya sebutkan tadi, yang turut disertai Manohara.

Dalam kata mudah, pimpinan politik wajar mengambil sikap dan peranan yang wajar dan betul. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Luar sehingga kini hanya memberi kenyataan umum dan ringkas. Meminta rakyat kedua negara bertenang. Selain beberapa penafian kecil-kecilan bahawa tentera udara Malaysia tidak pernah menceroboh mana-mana ruang kedaulatan Indonesia.

Siapakah Hishamuddin untuk meminta rakyat Indonesia bersabar? Beliau bukan menteri dalam negeri Indonesia atau jamaah kabinet di sana. Beliau bukan menang sebagai wakil rakyat di provensi Tulungagung, Jawa Timur! Beliau adalah jemaah menteri Malaysia, yang sewajarnya tahu di mana sempadan negara. Dalam hal yang sekecil ini pun, Hishamuddin gagal untuk bercermin dan menyedari diri…

Apakah terlalu sukar untuk Malaysia segera mengirim menteri atau pasukan pegawai tinggi yang berwibawa ke sana dalam “misi keamanan”?

Apakah terlalu egoisnya kita sehingga terlalu payah untuk menghantar wakil dan mendengar sendiri buah butir daripada Manohara dan ibunya? Juga, bertemu menteri, bahkan presiden Indonesia sendiri (sekiranya perlu) bagi menerangkan dan berbincang tentang isu pencerobohan di Ambalat?

Kalau ada tuduhan bahawa kita sombong, mungkin sahaja benar kalau diukur dengan sikap menteri-menteri kita dan kelakuan kerajaan Malaysia amnya.

Menghantar pasukan dengan “misi keamanan” dan persaudaraan langsung tidak merugikan. Bahkan, kita akan dilihat lebih gentleman. Sikap sombong dan sambil lewa Pemerintah Malaysia, iaitu Kerajaan Barisan Nasional bukan baru, khususnya dalam beberapa sisi peristiwa dan kes yang bersangkutan dengan Indonesia, sangat dikesalkan.

Misalnya, isu undang-undang sebat yang dilihat tidak berperikemanusiaan juga menimbulkan kemarahan dan tersinggungnya rakyat Indonesia. Begitu juga isu lagu “Rasa Sayange”, selain kes wujudnya kezaliman dan penderaan tenaga kerja Indonesia yang melambak-lambak di negara ini. Bahkan, layanan di pusat-pusat tahanan pendatang tanpa izin juga begitu buruk dan mengecewakan.

Ada ulasan sewel yang menyebutkan bahawa kes pendedaraan terhadap pembantuan rumah hanya 0.3 peratus atau kira-kira 1,000 kes berbanding keseluruhan pembantu rumah yang ada di negara ini. Kes dera, sepertimana juga kes bunuh sama sekali tidak boleh diukur bersandarkan statistik.

Apakah kita boleh merelakan rakyat kita didera atau dibunuh seorang-dua!? Tentu tidak. Dan, membawakan perincian statistik adalah cara propagandis pemerintah yang seolah-olah mahu menunjukkan kes penganiayaan dan dera pembantu rumah Indonesia di negara ini adalah kes terpencil.

Di Malaysia, kes jenayah yang banyak dilakukan pendatang dari republik berkenaan juga sukar dinafikan. Namun itu bukan alasan untuk menambah lagi minyak di atas bara atau api yang sudah marak. Kita tidak akan berkompromi dengan siapa sahaja yang melakukan jenayah. Sama ada warganegara kita sendiri, mahupun orang luar. Itu prinsipnya.

Soal pemerintahan bukan hanya soal politik-kekuasaan, tapi juga menyangkut kecekapan mengawal dan mengurus krisis selain aspek “budi-bahasa” agar jelas disamping kita mempertahan prinsip, dalam masa yang sama bijaksana mengawal dan menyelesaikan krisis.

Inilah aspek kemanusiaan yang payah sekali dilihat dimiliki oleh pemimpin yang memerintah Malaysia selama ini. Sikap kepimpinan yang angkuh sebegini cukup merimaskan dan membuat rakyat kita seakan-akan menanggung malu.

Saya pernah dua kali ke Indonesia bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan saya lihat sendiri bagaimana sikap bijaksana Anwar merungkai beberapa kekusutan kedua negara–meski beliau bukan lagi anggota jemaah menteri.

Antara lain, Anwar dengan tegas menolak undang-undang cabuk (sebat) yang diluluskan pemerintah Malaysia bagi menangani isu pendatang asing. Secara prinsipnya, undang-undang itu menurut Anwar adalah undang-undang lapuk dan tidak berperi-kemanusiaan. Beliau turut bercerita tentang pengalamannya melihat nasib banduan yang terhukum secara keterlaluan sewaktu beliau di penjara selama 6 tahun.

Begitu juga dengan isu “Rasa Sayange” di mana Anwar menyarankan agar dapat dikongsi keindahan lagu itu sebagai tradisi rakyat kedua negara. Soal ketulinan asal usul lagu itu bukan lagi persoalan pokok…

“Ya kalau Indonesia mahu mendakwa asal usul lagi “Rasa Sayange” itu dari Indonesia, saya terima saja,” kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh dan senyum para hadirin dalam Program Mengenal 100 tahun kebangkitan semangat nasionalis, di Malang, Jogjakarta tahun lalu.

Kenyataan dan hubungan langsung yang dilakukan Anwar sudah cukup untuk meredakan ketegangan dan rasa tidak selesa kedua pihak berhubungi isu berkaitan. Tentulah sikap dan kebijaksanaan sebegini sukar diharapkan wujud di kalangan pemimpin yang menghunus keris ke muka rakyatnya sendiri.

Lihat sahaja bagaimana cadangan untuk memberhentikan pembantu rumah dari Indonesia–cadangan yang kemudiannya akan merugikan rakyat kedua belah negara.

Betapa mudahkan majikan di negara ini selama ini karena tenaga kerja atau pembantu rumah dari Indonesia sediakala menggunakan bahasa yang serumpun dengan kita. Bayangkan, alangkah sukarnya kalau terpaksa melatih pembantu rumah dari negara lain, misalnya Nepal atau Filipina, akibat bahasa ibuanda yang berbeda.

Tanyakan kepada Hishamuddin, apakah beliau mahu kalau ada gadis dari Indonesia yang secantik Manohara mahu bekerja sebagai pembantu di rumah dia? Agaknya melompat-lompat dan cepat-cepat diambil bekerja!

Apakah beliau tak sedar, tak akan ada sesiapa yang hendak bekerja di rumah majikan yang tidak berbudi-bahasa. Rakyat kita sendiri, walau dari Bote, Tanjung Maling sehingga ke Segamat dan Pontian sekalipun tidak mahu bekerja kalau didera, tidak dibayar gaji dan seolah-olah hanya diperhamba! Kita sendiri tidak mahu bertuankan dengan tuan yang angkuh dan sombong begitu rupa.

Soal siapa benar siapa salah, bukan persoalan yang terpaksa ditanggung di kalangan rakyat–karena yang bersalah, baik di pihak mana pun, wajar mendapat hukuman yang setimpal. Sepertimana kerajaan yang cuai dan penuh dengan kebejatan, wajar ditumbangkan dan dihumban.

Hubungan Malaysia-Indonesia, kemana akhirnya?

www.themalaysianinsider.com

JUN 23 — Awal bulan Jun lalu, saya berada di Jakarta, Indonesia untuk menghadiri sebuah program berkenaan dengan reformasi pilihanraya yang dianjurkan oleh sebuah badan antarabangsa.

Boleh dikatakan saya tidak bernasib baik kerana ke Jakarta ketika isu “Manohara” dan “Ambalat” sedang meletup dinegara tersebut. Di media-media cetak dan elektronik kedua-dua isu tersebut hebat diperdebatkan.

Sebaik saja ke kaunter Imigresen Indonesia, saya dapat merasakan bahang kemarahan “rakyat Indonesia” lebih-lebih lagi kerana mengenakan t-shirt yang mempunyai bendera Malaysia.

Di hotel ketika saya membuka televisyen, stesen-stesen TV Indonesia memberikan liputan yang luas mengenai kedua-dua isu yang sedikit sebanyak telah memburukkan persepsi rakyat di negara tersebut mengenai jiran dekat mereka, Malaysia.

Lebih parah lagi, pada waktu itu, kempen untuk pilihanraya presiden sedang hangat berlangsung. Calon-calon yang bertanding cuba menunjukkan siapa lebih nasionalis diantara satu sama lain bagi memenangi hati rakyat Indonesia.

Ini mengigatkan saya situasi yang berlaku dalam negara dimana pada waktu-waktu tertentu, ahli-ahli politik akan menggunakan sentiment anti Singapura untuk meraih sokongan.

Teman-teman saya di Jakarta tidak ketinggalan untuk bertanyakan kepada saya mengenai kedua-dua isu tersebut. Oleh kerana kami sudah lama kenal, perbincangan dan perbahasan dapat dilakukan tanpa melibatkan emosi dan sifat-sifat nasionalistik.

Kesimpulan yang dapat kami capai melalui perbincangan mengenai isu Manohara dan Ambalat ialah kedua-dua isu tersebut ialah isu yang melibatkan pihak atasan dan tidak ada kena mengena dengan rakyat Malaysia dan Indonesia.


Program yang saya sertai turut dihadiri oleh teman-teman dari negara Asia yang lain seperti Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Filipina, Thailand, Pakistan, Sri Lanka dan ketinggalan juga rakan dari Mongolia.

Kebanyakan peserta program terkejut apabila melihat saya berbual-bual dengan teman-teman dari Indonesia dengan bahasa tempatan. Mereka bertanyakan apakah Malaysia dan Indonesia mempunyai bahasa yang sama? Untuk memudahkan kefahaman mereka, saya jelaskanlah bahawa bahasa Malaysia dan Indonesia bolehlah diibaratkan seperti bahasa Hindi bagi rakyat India dan bahasa Urdu bagi rakyat Pakistan.

Pertanyaan dari teman-teman tersebut menyebabkan persoalan timbul dibenak hati saya tentang mengapa Malaysia — Indonesia yang mempunyai bahasa dan kebudayaan yang hampir sama seringkali bersengketa?

Sejarah ketegangan Malaysia-Indonesia

Dari segi sejarah, Malaysia pernah berkonforntasi dengan Indonesia oleh kerana Indonesia tidak bersetuju dengan pembentukan Malaysia yang melibatkan kemasukkan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Presiden Soekarno menganggap bahawa penubuhan Malaysia adalah satu percubaan kolonial Inggeris untuk meneruskan keuasaaan di Asia Tenggara melancarkan gerakan “Ganyang Malaysia” pada 27 Julai 1963.

16 September 1963 secara rasminya Malaysia ditubuhkan dimana Malaya bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura. Akan tetapi, Singapura meninggalkan Persekutuan Malaysia kurang dari dua tahun selepas itu pada 9 Ogos 1965.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia berlangsung dari 1963 sehingga 1966. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa serang menyerang berlaku diantara tentera kedua-dua negara sehinggalah konfrontasi ditamatkan secara rasminya pada 28 Mei 1966 dalam sebuah persidangan di Bangkok, Thailand dimana pemerintah Malaysia dan Indonesia mengumumkan untuk menyelesaikan konflik tersebut. Peperangan berakhir bulan Jun, dan perjanjian damai ditandatangani pada 11 Ogos 1966.

Hari ini apabila berlakunya kes “Manohara” dan “Ambalat”, sudah pastinya ada rakyat diantara kedua negara yang hidup dizaman konfrontasi akan terkenang kembali sejarah hitam tersebut.

Akan tetapi, perkembangan baik diantara rakyat Malaysia — Indonesia selepas 1966 sehingga hari ini menyukarkan “sesuatu lagi perang” untuk muncul kembali.

11 Jun lalu, sebuah NGO dari republik Indonesia yang dikenali sebagai “Laskar Merah Putih” menganjurkan demonstrasi dihadapan kedutaan Malaysia di Jakarta.

Demonstrasi tersebut dianjurkan untuk menentang pencerobohan Malaysia di Ambalat. Demonstrasi tersebut digemparkan lagi apabila Manohara yang diberi gelaran Cik Puan Temengong Kelantan dengan ditemani oleh ibunya, Daisy Fajarina hadir memberikan ucapan sokongan kepada demonstran.

Terbaru, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Erman Suparno mengumumkan pemberhentian penghantaran “pembantu rumah” dari negara tersebut untuk bekerja di Malaysia.

Pengumuman tersebut dilakukan ekoran dari kes penderaan pembantu rumah rakyat Indonesia oleh majikan Malaysia baru-baru ini. Menurut Erman, sebelum arahan tersebut dikuatkuasakan, beliau akan memanggil satu mesyuarat diantara pihaknya dan wakil dari Malaysia.

Ini sudah pasti akan megeruhkan lagi perhubungan diantara Malaysia–Indonesia.

Hubungan kebudayaan antara rakyat kedua negara

Selain politik dan ekonomi, rakyat Malaysia dan Indonesia dihubungkan melalui pelbagai medium seperti filem dan muzik.

Kris Dayanti, Peterpan, Dewa, Rossa, Melly Goeslow sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia.

Manakala di Indonesia pula, Siti Nurhaliza, Iklim dan Search mendapat tempat dikalangan rakyat mereka.

Beberapa tahun lalu, ketika isu Pulau Sipadan dan Ambalat heboh, ada kelompok di Indonesia yang menggeluarkan slogan, “Ganyang Malaysia, Selamatkan Siti Nurhaliza”.

Pada tahun 1990, sebuah filem yang bertajuk Isabella diterbitkan dengan kerjasama Indonesia - Malaysia. Filem ini adalah berdasarkan lagu “Isabella” dari kumpulan Search yang begitu popular dikalangan rakyat kedua-dua negara pada ketika itu.

Filem arahan Boyke Roring itu dibintangi oleh Amy (Search) dan Nia Dzulkarnain sebagai bintang utama begitu popular dan mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh rakyat kedua-dua negara.

Ini membuktikan bahawa aktiviti seni budaya mampu untuk merapatkan hubungan diantara rakyat kedua-dua negara. Jika kedua-dua pihak serius untuk memperbaiki persepsi dan hubungan diantara Malaysia-Indonesia, sesuatu tindakan harus diambil dengan segera sebelum ianya terlambat.

Aktiviti seni dan budaya seperti muzik atau filem bolehlah dijadikan salah satu medium untuk menyampaikan mesej-mesej perdamaian dan persahabatan diantara Malaysia-Indonesia.

Contohnya, konsert diantara penyanyi-penyanyi Indonesia-Malaysia bolehlah dianjurkan sebagai langkah awal untuk membunuh persepsi negatif dan merapatkan jurang perbezaan diantara rakyat kedua-dua negara.

Jika hubungan Malaysia-Indonesia kembali rapat dan akrab, rakyat daripada kedua-dua negara yang akan mendapat keuntungan jangka panjang di rantau Asia Tenggara tambahan pula bahasa yang digunakan oleh rakyat Indonesia dan Malaysia merupakan bahasa yang terbesar digunakan di Asia Tenggara dan telah dicadangkan oleh Prof Shin Yoon Hwan dari Universiti Sogang, Korea Selatan untuk dijadikan bahasa perantara bagi negara-negara Asean.


Waran tangkap untuk MP Kapar

Waran tangkap dikeluarkan terhadap ahli parlimen PKR S Manikavasagam setelah gagal menghadiri siasatan awam berhubung kematian mengejut pelakon K Sujatha.

Waran itu dikeluarkan oleh koroner Mohd Faizi Che Abu pagi ini selepas beliau dimaklumkan bahawa ahli parlimen Kapar itu enggan menerima sapena yang cuba diserahkan semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Manikavasagam berkata beliau enggan menerima sapena itu yang diserahkan di Parlimen dan sewajarnya polis menyerahkan di kediamannya atau bilik operasinya di Kapar.





malaysiakini