Friday, April 3, 2009

Dr Mahathir buat sentuhan terakhir di Bukit Selambau


Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat sentuhan terakhir di Bukit Selambau pada Isnin ini bagi merayu pemilih menyokong calon Barisan Nasional (BN) Datuk S.Ganesan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu Selasa ini.
Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir berkata, bekas presiden Umno itu akan menghadiri Perhimpunan Rakyat di padang Institut Kemahiran MARA di sini pada pukul 5.30 petang, iaitu 15 jam sebelum pemilih mengundi.
Katanya, kehadiran Dr Mahathir dijangka dapat menarik semula sokongan pemilih terutamanya pengundi atas pagar untuk menyokong semula BN.
"Tun (Dr Mahathir) akan bertemu dengan orang ramai dan memberi fokus kepada pengundi atas pagar untuk meminta mereka menyokong BN," kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat mengundi Tasek Apong di sini.
Beliau berkata, Dr Mahathir juga akan mengumumkan penyertaannya semula dalam Umno dan diikuti dengan para penyokongnya termasuk seorang lagi anak beliau Mokhzani yang memohon untuk menyertai semula Umno Bahagian Merbok.
Mengenai seorang penyokong Dr Mahathir, Mej (B) Anuar Abdul Hamid yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya kecil itu dan bercadang untuk menyertai semula Umno selepas penyertaan bekas presiden tersebut, Mukhriz berkata, BN telah membuat ketetapan bahawa kerusi DUN Bukit Selambau adalah untuk MIC.
"Kita tetap berkempen untuk menyokong calon BN dan telah membuat ketetapan bahawa kerusi itu diberikan kepada MIC," kata beliau.
Anuar, bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Merbok, barubaru berkata beliau akan menyertai semula Umno jika Dr Mahathir berbuat demikian walaupun jika terpilih sebagai wakil rakyat DUN Bukit Selambau.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri dijangka membawa kestabilan politik, ekonomi dan kelangsungan sosial.
"Najib akan ikut teladan yang baik oleh ayahnya (Tun Abdul Razak Hussein) yang memegang jawatan Perdana Menteri ketika berlaku krisis politik dalam negara," kata beliau.
mStarOnline
"sentuhan kecundang"

Anwar buat 'pendedahan tergempar' berkaitan PM esok

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat "pendedahan tergempar" dalam satu ceramah di Bukit Selambau esok, yang dijangka memberi pukulan besar terhadap peluang BN dalam pilihanraya kecil DUN tersebut pada 7 April depan.

Pendedahan itu berkaitan "secara langsung dan tidak langsung" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata pengarah strategi pilihanraya PKR Saifuddin Nasution dalam sidang akhbar di Sungai Lalang dalam DUN tersebut hari ini.

Pendedahan tersebut, tambahnya, berdasarkan reaksi awal yang diterima oleh pihaknya berhubung pelantikan Najib sebagai perdana menteri keenam hari ini.

Presiden Umno itu dilantik sebagai perdana menteri walaupun dibantah keras oleh pihak pembangkang.
Read more : http://malaysiakini.com/news/101609

Isu rampasan tanah adat: Mussen dihantui perbuatan bapanya

Pengundi N 29 Batang Ai telah mencemuh Malcolm Mussen sebagai tidak berhati perut dan perompak tanah kerana mendakwa bahawa bapa beliau iaitu Penghulung Lamoh telah menjual tanah adat penduduk kepada kroni Barisan Nasional.
“Kami tidak akan melupakan peristiwa tanah kami si ceroboh dan dijual, bapa borek anak rintik,” kata seorang wanita yang lantang bersuara semasa Mussen berucap selepas keluar dari perkarangan pusat penamaan calon di stadium Batang Ai baru-baru ini.
“Mussen sila ingat kembali apa yang telah dilakukan oleh bapa kamu terhadap kami, ini adalah hari untuk membalas dendam, masa tidak dapat mengubat luka kami,” jerit wanita berkenaan.
Kedengan teriakan “JA -Boooooooo”, diikuti dengan jeritan “Perompak Tanah” diteruskan dengan “Tidak kepada BN tidak kepada Mussen - kedua-duannya perompak tanah!”
“Kami minta maaf Mussen, penduduk Batang Ai tidak akan membenarkan anak-anak Penghulu Lamoh menjadi pemimpin kami dan mengambil tanah adat keturunan kami lagi,”
Itu adalah antara jeritan dari seorang wanita Iban yang berani secara terang-terangan mencemuh Mussen di khayalak ramai.
Menurut orang-orang di kawasan ini masih mengingati peristiwa yang pernah terjadi semasa Penghulu Lamoh telah merampas dan menjual tanah adat orang-orang Iban dan mendapat habuan yang lumayan.
Pengundi Batang Ai itu berkata, Mussen akan dihantui oleh perbuatan bapa beliau tidak akan terlepas dari perbuatan khianat itu dan selalu diingatkan apabila beliau berucap di khalayak ramai.
“Kesimpulannya, harus diingat bahawa setiap perbuatan jahat itu akan diingati oleh penduduk Batang Ai dan perbuatan sedemikian terus menghantui anak cucu Penghulu Lamoh,” jelas mereka.
Sementara itu, di khemah KeADILan berhampiran Stadium berkenan kelihatan bising dan penuh dengan semangat berjuang untuk kemenangan parti berkenaan.

Suara KeAdilan



StarOnline


Terkini : Najib Razak Perdana Menteri ke-6

Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak hari ini dengan rasminya dilantik perdana menteri Malaysia keenam apabila istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah setia serta menyimpan rahsia di Istana Negara, 10.10 pagi.
Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat dari dalam dan luar negara diundang untuk menyaksikan peristiwa penting dan bersejarah ini.
Balairong Seri sekali lagi menyaksikan peralihan politik negara ini dalam usianya 52 tahun selepas kemerdekaan.

Video Kempen Shamsul Iskandar di Batang Ai

Video Ceramah Wan Azizah di Bukit Gantang

Dato' Siti Jumpa TG Nik Aziz

" sign borang keahlian PAS ke Dato' Siti?



Dato' Siti Nurhaliza bersama suaminya membuat kunjungan hormat Tuan Guru Nik Aziz, Dato' Siti menyimpan hasrat nak berjumpa dengan Mursyidul Am Pas.

Read more : http://malaysiakini.com/news/101559

Thursday, April 2, 2009

sayooonara... sayoooonara... sampai berjumpa lagi



Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan jamuan majlis perpisahan untuk kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.Kira-kira 100 kakitangan dari tingkat satu hingga tingkat lima bangunan JPM menghadiri jamuan tersebut.Abdullah dan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah tiba di dewan jamuan kira-kira jam 1.15 tengahari dan menerima tepukan kakitangan berkenaan.Hadir sama ialah penasihat agama Abdullah, Datuk Abdullah Mohd Zain yang turut membacakan doa selamat di majlis tersebut.Berucap di majlis tersebut, Abdullah berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kakitangan JPM yang bekerja sepanjang beliau menjadi perdana menteri."Saya bagi pihak Jeanne dan Datin Seri Endon Abdullah mengucapkan terima kasih kepada kakitangan."Kalau ada apa-apa salah dan silap, saya memohon maaf."Saya juga mengucapkan selamat jalan kepada kakitangan yang sudah habis bekerja," katanya.Kepada kakitangan lain, Abdullah mahu mereka bekerja dengan cekap, bersungguh-sungguh dan cekap.Perdana menteri dijadualkan mengadakan majlis perpisahan dengan kakitangan Kementerian Pertahanan petang ini.

YDP Agong Perkenan Abdullah Letak Jawatan, Tangguh Perlantikan Najib Razak

Ini satu berita panas yang pasti mendebarkan. Pihak kami baru sahaja mendapat satu berita yang paling eksklusif dari Istana Negara sebentar tadi. Ia berkaitan isu peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib Razak. Menurut maklumat Yang di- Pertuan Agong Tuanku Mizan telah memperkenankan perletakan jawatan Pak Lah, tetapi Tuanku mohon perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 esok pagi ditangguhkan. Apapun kami masih menunggu maklumat lanjut berhubung dengan berita ini. Patutlah ketika keluar dari Istana sebentar tadi Najib kelihatan tidak ceria dan tidak mahu bercakap kepada pihak media yang sedang menunggu beliau.

Read more : http://pahangdaily.blogspot.com/2009/04/gempar-peralihan-kuasa-perdana-menteri.html

Gadis seksi pancing pengundi Bukit Gantang

BN dilihat cuba memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlangsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.
Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut, selepas selesai majlis ceramah.
Majlis ceramah dan makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu. Tiga gadis tersebut berseluar pendek hitam dan singlet biru.

Enkuiri Awam Selcat's keatas Khir Toyo - Video

Khir Toyo dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain, membelanjakan hampir RM1.6 juta untuk membiayai dua lawatan ke luar negara, termasuk lawatan ke Paris dan Orlando Disneyland.

Video Anwar Ibrahim - Kempen Rumah Panjang Nanga Kesit Batang Ai







Read more : http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-negeri/2009/04/3958

Jabu Hits Out At Instigating Bloggers

Some bloggers are just out to “sabong” (instigate) the Barisan Nasional (BN) leaders to quarrel among themselves in the hope that the coalition would disunite and become weak, said Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.
The deputy president of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) said the bloggers had used innuendoes (hidden names) in their instigations.
“They are specialists in ‘sabong’ people,” said Jabu as he hit out at the bloggers who, according to him, acted blatantly at their whims and fancies, especially in the run-up to the Batang Ai by-election.
Of late these bloggers had pitted him against Parti Rakyat Sarawak (PRS) president Dato Sri Dr James Masing by using “innuendoes”.
“How can they instigate, making people to think that I and Dato Sri James (Masing) are now quarrelling? They also expect me and Dr James to quarrel by suggesting that we have some differences.
“They should know that it was I who had proposed to the BN that Dr James should become the director of operations in the Batang Ai by-election campaign. How can I be going against him then?” he asked at a press conference in his office in Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya here yesterday.
He said contents of the bloggers’ information had no quality when they could only ‘sabong’ people hoping that others would turn against the BN.
Jabu advised people not to read too much into the blogs but to be wise when analysing facts and figures.
People should not be hoodwinked by the bloggers’ “cooked-up stories”, he advised.
On another topic, Jabu said Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud had never promised any newly elected assemblyman, the post of minister or assistant minister even when there were vacancies.
He said that was not Taib’s style of leadership because he wanted assemblymen to prove themselves first and foremost.
Normally Taib would observed them closely and if he thought that they were good enough, only then he would decide to make them ministers or assistant ministers, Jabu said.
He was responding to a query whether Mussen would join the state cabinet automatically if he wins the by-election, taking into account his credentials.
The question cropped up because Mussen would be filling into the shoes of the former Batang Ai incumbent, the late Datuk Dublin Unting Ingkot who held two portfolios, namely Assistant Minister of Sports and Assistant Minister of Agriculture.

Jauhi pemikiran jahat UMNO - TG Nik Aziz (TVPas)



Najib iringi Abdullah menghadap Agong

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok.
"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.
"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini.
Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.
Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.
Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.
"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.
"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya. "sign cepat lah woi.. tak sabar dah nih.."

Read more : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/1/mstar_berita/20090401180134&sec=mstar_berita

Mahathir Kembali

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya."Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno."Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula."Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.Sementara itu, PAS tidak bimbang dengan kedatangan Dr Mahathir membantu Ismail dengan alasan beliau tidak lagi berpengaruh luas, apatah lagi parti itu menikmati sokongan bukan Melayu.Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengaruh tokoh itu hanya di kalangan pengundi Melayu tetapi kecil sahaja."Mungkin sebahagian kecil pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi oleh Dr Mahathir," katanya, ketika diminta mengulas rancangan membawa bekas presiden Umno itu membantu kempen. "Malah perdamaian Dr Mahathir dengan perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hanyalah lakonan sahaja." Menurutnya lagi, PAS hanya mahu mengekalkan kira-kira 50 peratus sokongan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihanraya ini.Majoriti pengundi bukan Melayu umumnya, kata Norazli lagi, menyokong Mohammad Nizar."Dengan sokongan pengundi bukan Melayu ini, kedatangan Dr Mahathir tidak memberi kesan," katanya.

Malaysiakini

Polemik larangan tidak sentuh kes Altantuya, Sultan Perak


TAIPING: Polis memberi amaran! PAS pula mahu meneruskan isu berkaitan krisis politik Perak dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama isu-isu menyentuh kepentingan awam.
Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaan mereka untuk akur dengan peraturan baru polis.
Syarat baru itu dikuatkuasakan sejak Isnin lalu.
Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6.
Syarat 3,5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan".
Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan".
Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya.
Pilihan raya kecil kali ini melibatkan tiga bahagian iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Bagaimanapun tinjauan mStar Online mendapati parti-parti politik yang bertanding terus menggunakan kedua-dua isu berkenaan secara langsung dan tidak langsung ketika berkempen malam tadi.
Pada sidang media petang tadi, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, "kalau langgar syarat (permit kempen), kita boleh ambil tindakan."
"Kalau langgar bermakna satu kesalahan berlaku... jadi, tindakan boleh diambil," kata beliau pada sidang media di Simpang dekat sini.
Sambil mengesahkan sehingga petang ini belum ada kes parti politik melanggar syarat baru yang dikenakan ke atas parti-parti bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pihaknya akan menyiasat jika ada pihak yang melanggar peraturan tersebut dan mencadangkan kepada pihak pendakwa raya jika mempunyai kes.

Read more : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/2/mstar_berita/20090401185603&sec=mstar_berita

Kesan gigitan Tian Chua pada lengan konstabel kuat - saksi

KUALA LUMPUR: Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Nurzilawati Ahmad memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa gigitan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada lengan seorang konstabel boleh diibaratkan seperti gigitan pada sebatang tebu.
Nurzilawati, saksi pendakwaan kelapan dan terakhir itu berkata demikian beliau disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Zakaria.
"Jika kita menggunakan contoh yang paling senang iaitu antara makan ayam KFC dengan gigit tebu, yang mana lebih menggunakan kekuatan?," tanya Hanafiah.
"Menggigit tebu lebih menggunakan kekuatan gigi," jelas Nurzilawati.
Tian Chua, 46, didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar pada kira-kira pukul 10.45 pagi, 11 Disember 2007, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini.
Tian Chua, Anggota Parlimen Batu, didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.
Nurzilawati, 35, menjelaskan beliau telah merawat Rosyaidi pada pukul 11.53 pagi, 11 Dis, 2007 dan memberitahu kesan gigitan itu berukuran 4x4 sm tetapi lebamnya kurang jelas.
Katanya, dua faktor yang mungkin menyebabkan tiada kesan gigitan yang dapat dilihat ialah tempoh antara kejadian yang berlaku ketika itu dengan mangsa mendapat rawatan dan juga lengan mangsa dilapik dengan baju.
Sementara itu, pihak pendakwaan menutup kes selepas saksi terakhirnya itu selesai memberi keterangan hari ini.
Majistret Mohd Faizi Che Abu menetapkan 24 April ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan membuat penggulungan hujah masing-masing.
BERNAMA

Tuesday, March 31, 2009

Ezam Ceramah

"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...

"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."

"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."

Pengundi Hantu Muncul Di Bukit Selambau


RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.
Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.
“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..
Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.
“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.
Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.
“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.
Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.
“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, AMK akan membuat memorandum bantahan kepada SPR dan kali ini akan lebih serius serta bersedia berhadapan dengan apa sahaja risiko.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Wanita Umno semalam yang mendakwa 5,000 senarai pemilih hilang dari daftar pemilih SPR, beliau berkata ia merupakan satu propaganda dari Umno dan BN untuk mengelirukan rakyat.
“Kita telah kesan dalam sebuah rumah melalui sismep, terdapat 21 orang yang merupakan ahli-ahli Umno, ini bermakna ini bukanlah kerja dari Pakatan Rakyat.
Dakwaan itu jelas satu propaganda yang dibuat oleh wanita Umno kernana mereka sebenranya lebih mahir dalam memalsukan daftar pemilih,” ujarnya.

Suara KeAdilan