Friday, April 3, 2009

Isu rampasan tanah adat: Mussen dihantui perbuatan bapanya

Pengundi N 29 Batang Ai telah mencemuh Malcolm Mussen sebagai tidak berhati perut dan perompak tanah kerana mendakwa bahawa bapa beliau iaitu Penghulung Lamoh telah menjual tanah adat penduduk kepada kroni Barisan Nasional.
“Kami tidak akan melupakan peristiwa tanah kami si ceroboh dan dijual, bapa borek anak rintik,” kata seorang wanita yang lantang bersuara semasa Mussen berucap selepas keluar dari perkarangan pusat penamaan calon di stadium Batang Ai baru-baru ini.
“Mussen sila ingat kembali apa yang telah dilakukan oleh bapa kamu terhadap kami, ini adalah hari untuk membalas dendam, masa tidak dapat mengubat luka kami,” jerit wanita berkenaan.
Kedengan teriakan “JA -Boooooooo”, diikuti dengan jeritan “Perompak Tanah” diteruskan dengan “Tidak kepada BN tidak kepada Mussen - kedua-duannya perompak tanah!”
“Kami minta maaf Mussen, penduduk Batang Ai tidak akan membenarkan anak-anak Penghulu Lamoh menjadi pemimpin kami dan mengambil tanah adat keturunan kami lagi,”
Itu adalah antara jeritan dari seorang wanita Iban yang berani secara terang-terangan mencemuh Mussen di khayalak ramai.
Menurut orang-orang di kawasan ini masih mengingati peristiwa yang pernah terjadi semasa Penghulu Lamoh telah merampas dan menjual tanah adat orang-orang Iban dan mendapat habuan yang lumayan.
Pengundi Batang Ai itu berkata, Mussen akan dihantui oleh perbuatan bapa beliau tidak akan terlepas dari perbuatan khianat itu dan selalu diingatkan apabila beliau berucap di khalayak ramai.
“Kesimpulannya, harus diingat bahawa setiap perbuatan jahat itu akan diingati oleh penduduk Batang Ai dan perbuatan sedemikian terus menghantui anak cucu Penghulu Lamoh,” jelas mereka.
Sementara itu, di khemah KeADILan berhampiran Stadium berkenan kelihatan bising dan penuh dengan semangat berjuang untuk kemenangan parti berkenaan.

Suara KeAdilan



StarOnline


No comments:

Post a Comment