Friday, July 3, 2009

Siswa anti-Rosmah belum serah diri

Seorang mahasiswa yang dicari bagi membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan cubaan membakar di sebuah dewan Universiti Malaya (UM), belum bersedia menyerahkan diri kepada polis.

"Walaupun saya tegar memegang pada prinsip berani kerana benar, namun peguam telah menasihati saya supaya tidak menyerah diri kepada pihak polis pada masa sekarang atas pertimbangan- pertimbangan tertentu," kata Shazni Munir Mohd Ithnin.

"Saya nak tanya pihak polis, atas alasan apa untuk terus-terusan mencari saya sebagai suspek? Sebab saya konsisten menentang kerajaankah?

"Atau sebab saya ini presiden PMIUM dan mereka yang dituduh ahli PMIUM? Macama tu ke? Atau bagaimana?"

Shazni Munir, yang juga presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), bersama Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu.


Selain contengan "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya", polis juga mengesan simbahan petrol di permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk menghadiri satu program di situ beberapa jam selepas kejadian jam 4 pagi itu.

Kelmarin, dua lagi pelajar API Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dihadapkan ke mahkamah berhubung insiden tersebut yang dipercayai dilakukan oleh lima orang – termasuk tiga suspek yang dikehendaki polis.

Menulis di blognya Perubah Zaman, Shazni Munir sebaliknya menuntut Rosmah yang didakwanya melaku "dosa-dosa besar" diseret bersama ke muka pengadilan dalam kesnya.

"Ya, baru adil, kerana Rosmah dan saya sama-sama bebas sekarang," katanya.

Beliau mengakui memang menentang isteri Datuk Seri Najib Razak berdasarkan kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat oleh Raja Petra Kamaruddin – mengaitkan Rosmah dengan pembuhan Altantuya Shaariibuu – dan tiga klip video yang memburuk-burukkan wanita pertama negara.

Rosmah menafikan pembabitan dengan wanita Mongolia itu tetapi masih berdiam diri berhubung dakwaan-dakwaan berat dalam dokumentari pendek di Youtube.

Semalam, menulis di blognya, Shazni Munir memberi amaran untuk melancarkan bantahan besar jika UM mengambil tindakan tatatertib terhadap dua rakannya yang telah dituduh.

Sehubungan itu, PMIUM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," katanya.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."

Hari ini, pentadbiran UM menafikan telah memecat dua pelajar yang dihadapkan ke mahkamah, sekali gus menafikan tulisan di laman web Mahasiswakini.

Difahamkan, universiti itu sedang menunggu maklumat lanjut daripada mahkamah sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

TVA

Sistem Kehakiman Negara Bapak Gani Yang Punya!

Anwar : Peguam Negara Diberi Lesen Bertindak Sesuka Hati

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata langkah Mahkamah Rayuan menolak rayuannya seolah-olah memberikan kuasa mutlak kepada Peguam Negara Gani Patail bertindak atas kepentingan peribadinya untuk campurtangan dalam kes liwatnya.

Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk membatalkan tindakan Peguam Negara mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan bukan di Mahkamah Sesyen seperti lazimnya untuk pertuduhan seumpama itu.

Dalam menolak permohonan Anwar, Mahkamah Rayuan mengambil pendirian Gani tidak perlu berpegang kepada arahan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi, untuk tidak campurtangan dalam kes itu.

"Kita tidak boleh mempertikaikan sama sekali kewibawaan, keikhlasan dan bidang kuasa mutlak Gani Patail sebagai Peguam Negara. Niat dia apa pun kita tidak boleh pertikai.

Susah kita hendak harapkan apa- apa keadilan sekarang." kata Anwar selepas mendengar keputusan Mahkamah Rayuan.

Abdullah sebelum ini telah memberi jaminan Gani tidak akan campurtangan kerana Peguam Negara itu dikatakan terbabit dalam pemalsuan keterangan terhadap Anwar bersabit insiden mata lebam pada tahun 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan Anwar ketika itu.

Antara yang mengesahkan pembabitan Gani dalam memalsukan bukti ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Anwar berkata sukar untuk mempercayai Mahkamah boleh mengambil ketetapan Perdana Menteri tidak mempunyai sebarang pengaruh dalam memutuskan peri laku Peguam Negara.

"Boleh saudara bayangkan, kenyataan Mahkamah Rayuan bahawa perdana menteri tidak ada pengaruh langsung dalam apa- apa pendakwaan. Jaminan Tun Abdullah bahawa Tan Sri Gani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini tidak boleh diterima oleh mahkamah. Samaada Tun Abdullah jahil atau tidak bercakap benar, itu saya tidak tahu." Kata Anwar.


Pendakwaan terhadap Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditetapkan 8 Julai walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal menunjukkan pengadu Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwanya.

TVA

Anwar : Media BN Putarbelitkan Isu Kedah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.

Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu.

"Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar. Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.

Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

Pengarah pilihan raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata isu DAP Kedah itu bukanlah sesuatu yang besar.

"Kita pernah berdepan dengan kenyataan Karpal Singh (Pengerusi DAP) yang meminta Anwar meletak jawatan, itu jauh lebih besar. Jadi itu semua proses yang akan mematangkan diri kita," katanya.

Penasihat DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau menunggu laporan penuh daripada DAP Kedah tetapi menyifatkan perkara itu sebagai tidak serius.

Karpal Singh ketika ditemui pula berkata isu berkenaan boleh diselesaikan."Saya tidak fikir masalah itu serius sehingga mampu memecahbelahkan pakatan pembangkang," katanya.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayob, yang mempengerusikan satu mesyuarat sekretariat pakatan pembangkang hari ini, berkata isu itu akan dibincangkan oleh Majlis Presiden pakatan pembangkang Sabtu ini.


Semalam, DAP Kedah mengumumkan ia tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pas di Kedah ekoran tindakan meroboh satu pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya di Alor Setar.

Pengerusi DAP Kedah/Perlis Thomas Su berkata beliau menyerahkan keputusan sama ada DAP Kedah kekal dalam pakatan pembangkang kepada pemimpin pusat parti itu.


TVA

Thursday, July 2, 2009

Pakatan Rakyat Tubuh Jawatankuasa Kabinet (Kemaskini 7.43am)

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pembentukan jawatankuasa untuk berurusan dengan 25 kementerian dalam Kerajaan Pusat.

Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata ada 25 kementerian yang diwujudkan dan setiap kementerian akan diwakili oleh ahli-ahli Parlimen di kalangan KEADILAN, PAS dan DAP.

"Setiap jawatankuasa juga akan ada pakar-pakar dalam bidang kementerian terbabit untuk membantu ahli Parlimen Pakatan Rakyat," tambah Azmin pada satu sidang media di lobi Parlimen tengahari tadi.

Beliau, bagaimanapun menekankan bahawa pembentukan jawatan kuasa terbabit bukanlah satu barisan kabinet bayangan.

Menurutnya lagi, jawatankuasa berkenaan dibentuk bertujuan meningkatkan lagi mutu perbahasan di Parlimen di samping membolehkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat lebih bersedia dalam membahaskan sesuatu isu.

"Buat masa ini, ia (pembentukan jawatankuasa) adalah memadai,"tambah beliau lagi.

Beliau menambah, tugas pertama setiap jawatankuasa yang dibentuk adalah untuk memastikan mereka bersedia secukupnya untuk sesi bajet Oktober depan.

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian


JABATAN PERDANA MENTERI:
PKR - Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Mohamed Azmin Ali (Gombak), Sivarasa Rasiah (Subang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), William Leong (Selayang), Ahmad Kasim (Kuala Kedah), Fuziah Salleh (Kuantan)

Pas - Abdul Hadi AWang (Marang), Nasharudin Mat Isa (Bachok), Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Taib Azamudden Md. Taib (Baling), Khalid Samad (Shah Alam)

DAP - Lim Kit Siang (Ipoh Timor), Ngeh Koo Ham (Beruas), Hiew King Chiew (Kota Kinabalu), John Fernandez (Seremban)

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
PKR – Johari Abdul (Sungai Petani)

Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)

DAP - Karpal Singh (Bukit Gelugor)

KEMENTERIAN KEWANGAN:
PKR – Mohamed Azmin Ali (Gombak)

Pas – Dr Dzulkefly Amad (Kuala Selangor)

DAP – Lim Guan Eng (Bagan)

KEMENTERIAN PERTAHANAN
PKR – Saifuddin Nasution Ismail (Machang)

Pas – Muhammad Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang)

DAP – Liew Chin Tong (Bukit Bendera)

KEMENTERIAN PELAJARAN
PKR – Yusmadi Yusof (Balik Pulau)

Pas – Che Uda Che Nik (Sik)

DAP – Chong Eng (Bukit Mertajam)

KEMENTERIAN KERJA RAYA
PKR – Kamarul Bahrin Abbas (Teluk Kemang)

Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)

DAP – Gobind Singh Deo (Puchong)


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
PKR – Azan Ismail (Indera Mahkota)

Pas – Dr Mohd Abdul Wahid Endut (Kuala Terengganu)

DAP – Jeff Ooi (Jelutong)


KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
PKR – Zuraida Kamaruddin (Ampang)

Pas – Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang)

DAP – Fong Po Kuan (Batu Gajah)


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
PKR – Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru)

Pas – Khalid Samad (Shah Alam)

DAP – Tan Kok Wai (Cheras)


KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI
PKR – Rashid Din (Merbok)

Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)

DAP – Er Teck Hwa (Bakri)

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
PKR – Chua Tian Chang (Batu)

Pas – Nasir Zakaria (Padang Terap)

DAP – Charles Anthony Santiago (Klang)


KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
PKR – William Leong (Selayang)

Pas – Dr Mohd Hatta Ramli

DAP – Teresa Kok


KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
PKR – Ahmad Kassim (Kuala Kedah)

Pas – Taib Azamudeen Md Taib (Baling)

DAP – Sim Tong Him (Kota Melaka)


KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
PKR – Amran Abdul Ghani (Tanah Merah)

Pas – Mahfuz Omar (Pokok Sena)

DAP – Teo Nie Ching (Serdang)


KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PKR – Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat)

Pas – Muhammad Husain (Pasir Puteh)

DAP – M Kulasegaran (Ipoh Barat)


KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
PKR – Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)

Pas – Che Rosli Che Mat (Hulu Langat)

DAP – Chow Kon Yeow (Tanjong)


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
PKR – Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan)

Pas – Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja)

DAP – Nga Kor Ming (Taiping)

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
PKR – Abdul Aziz Kadir (Ketereh)

Pas – Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa)

DAP – M Manogaran (Telok Intan)


KEMENTERIAN LUAR NEGERI
PKR – Sivarasa Rasiah (Subang)

Pas – Kamarudin Jaafar (Tumpat)

DAP – P Ramasamy (Batu Kawan)


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
PKR – Tan Tee Beng (Nibong Tebal)

Pas – Mohd Firdaus Ja’afar (Jerai)

DAP – Anthony Loke Siew Fook (Rasah)


KEMENTERIAN KESIHATAN
PKR – Dr Lee Boon Chye (Gopeng)

Pas – Dr Mohd Hayati Othman (Pendang)

DAP – Dr Tan Seng Giaw (Kepong)


KEMENTERIAN PELANCONGAN
PKR – Manikavasagam Sundaram (Kapar)

Pas – Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu)

DAP – Fong Kui Lun (Bukit Bintang)


KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
PKR – Wee Choo Keong (Wangsa Maju)

Pas – Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (Titiwangsa)

DAP – Lim Lip Eng (Segambut)


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
PKR – Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu)

Pas – Salahuddin Ayub (Kubang Kerian)

DAP – Tony Pua Kiam Wee (Petaling Jaya Utara)


KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
PKR – Gobalakrishnan Nagapan (Padang Serai)

Pas – Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar)

DAP – Chong Chien Jen (Bandar Kuching)

TVA

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Anwar (Kemaskini 7.45am)

KUALA LUMPUR, 2 Julai - Mahkamah Rayuan menolak rayuan bersabit permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membatalkan keputusan pemindahan perbicaraan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Panel tiga hakim hari ini menyampaikan keputusan lisan itu , meluluskan permohonan Peguam Negara Gani Patail untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan tersebut akan dimulakan di Mahkamah Tinggi mulai 8 Julai.

Gani, telah membuat permohonan berkenaan walaupun beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri Ketika itu, Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak campurtangan dalam kes itu

Mahkamah Sesyen sebelum ini menolak permohonan peguam Negara berkenaan mahukan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi namun keputusan itu dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Langkah Mahkamah Rayuan hari ini meluluskan pemindahan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi atas permintaan Peguam Negara dilihat sebagai memperakukan campurtangan Gani dalam kes berkenaan.

Pelbagai pihak telah mengecam Gani kerana dikatakan terbabit dalam memalsukan keterangan dan bukti bersabit insiden mata lebam Anwar pada 1998.

Menurut akuan bersumpah peguam, Gani juga telah memaksa pihak tertentu memberi keterangan palsu pada perbicaraan ketika itu.

Antara yang mengesahkan dakwaan pemalsuan bukti terhadap Gani ialah pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim selaku pegawai penyiasat kes mata lebam Anwar.

Peguam Anwar, Sankara Nair kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan menolak segala bukti dan keterangan bersabit prilaku Gani.

"Saya berharap keputusan hari ini bukan detik permulaan ulangan pengalaman yang ditempuhi oleh Anwar pada perbicaraan1998/99 di mana beliau tewas dalam semua kesnya walaupun mempunyai bukti yang kukuh dan dipenjarakan enam tahun.

Beliau dibebaskan hanya selepas berjaya pada rayuan peringkat akhir.



TVA

Polis nanti 3 siswa diburu balik ke UM

Polis akan menjejaki tiga lagi pelajar Universiti Malaya (UM) yang sedang diburu untuk membantu siasatan kes menconteng dan dakwaan percubaan membakar dewan di Akademi Pengajian Islam UM apabila mereka menyambung pengajian dalam semester baru mulai bulan depan.

"Kita tunggu sehingga mereka masuk UM, mereka mesti masuk (untuk) mendaftar (bagi semester baru)," kata pegawai penyiasat kes tersebut, Inspektor Mohd Najeeb Mohd Esam dari ibupejabat polis Brickfields.

Ketiga-tiga pelajar tersebut dikehendaki oleh pihak polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Najeeb menasihatkan ketiga-tiga mereka menyerah diri dan bekerjsama dengan kepada pihak polis bagi memudahkan siasatan kes tersebut.


Selasa lalu, dua pelajar Akademi Pengajian Isalam UM - Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli - dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Tiga klip video

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Kedua-duanya masing-masing dibenarkan ikatjamin RM5,000 dan kes mereka akan disebut semula pada 13 Julai ini.

Manakala tiga pelajar yang sedang dicari polis itu dikenali sebagai Munir, Saufi dan Aizat.

Walaupun enggan memberikan nama penuh mereka, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam.

Sementara itu, label "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya. Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

malaysiakini

Nik Aziz hantar surat pelawaan debat kepada Najib hari ini

KOTA BHARU, 2 Julai (Hrkh) Biar pun Dato' Seri Najib Razak menolak pelawaan untuk berdebat dengan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun Menteri Besar Kelantan tetap menghantar surat kepada Perdana Menteri.

Surat tersebut dipos hari ini yang dialamatkan kepada Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Mursyidul Am PAS itu menandatangani surat berkenaan sebaik sahaja selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri pagi tadi.

Surat dua muka surat itu antara lain memuatkan penjelasan terhadap kenyataannya sebelum ini yang menyamakan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan Umno kerana menolak Islam.


Katanya, ia sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah iaitu penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata.

"Jauh dari segi maudhu' ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan.

"Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Umno juga turut sesat," soalnya

Menurutnya seperti yang sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia.

Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan.

Begitu juga katanya debat antara calon-calon Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta antara regu Susilo Bambang Yudhono berganding Boediono, Megawati Soekarnoputri bersama Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla berpasangan Wiranto.

"Jika di Eropah dan negara negara demokrasi lain debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata, maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah?

"Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima," katanya.

Sabtu lalu Menteri Besar Kelantan itu mencadangkan diadakan debat dengan Perdana Menteri bagi membincangkan sejauh mana perjuangan Umno tidak menyimpang dari agama.

Bagaimanapun ramai pemimpin Umno termasuk dua mantan perdana menteri menasihatkan Najib tidak melayan pelawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Kemudian beberapa hari selepas itu Najib membuat kenyataan tidak menerima debat tersebut.

Menteri Besar Kelantan menjelaskan demokrasi yang sekular tidak pedulikan masalah aqidah. Persoalannya ialah istilah agama dan bukannya isu perlembagaan atau undang-undang.

Isu debat timbul ekoran pemuda Umno membuat laporan polis terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang menyifatkan Umno lebih kurang sama dengan ajaran Ayah Pin kerana menolak agama dalam perjuangan.

HarakahDaily

Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian

Kenyataan Akhbar

Pakatan Rakyat

2 Julai 2009

Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Mengikut Kementerian


Pada hari ini kami ingin mengumumkan Senarai Jawatankuasa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengikut Kementerian.

Matlamat Jawatankuasa ini adalah untuk menyediakan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat bagi sesi perbahasan di Parlimen termasuk perbahasan Rang Undang-undang dan sesi soal jawab. Ini adalah bagi meningkatkan kualiti perbahasan dengan bersandarkan rujukan secara khusus berdasarkan kementerian masing-masing.

Jawatankuasa ini dibentuk mengikut 25 Kementerian dalam kerajaan Barisan Nasional dan dipengerusikan secara bersama oleh seorang wakil dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat. Keanggotaan Jawatankuasa ini melibatkan beberapa Ahli Parlimen lain dan juga boleh melibatkan pakar dari luar dalam bidang masing-masing bagi membantu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

YB Mohamed Azmin Ali
Ketua Whip Ahli Parlimen PKR

YB Tan Seng Giaw
Ketua Whip Ahli Parlimen DAP

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim

sumber : anwaribrahimblog.com



Shafie Apdal! lebih AFDAL jika wacana disiarkan live! Elak diputarbelit media arus perdana!

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Pemuda UMNO tidak perlu menerima pelawaan itu jika muzakarah tersebut menjurus kepada perdebatan yang disaksikan oleh ramai penonton.

"Pakatan pembangkang telah ada peluang berdebat mengenai apa jua isu semasa di Dewan Rakyat. Kita pun berdebat setiap hari di Dewan Rakyat, jadi nak debat apa lagi.

"Kalau Pemuda Pas mahu duduk semeja untuk menyatakan sesuatu maka ia tidak menjadi masalah. Namun kalau ia melibatkan perdebatan dan ada penonton untuk mendengarnya, saya fikir tak perlu dan hentikanlah kerana masa itu penting,"


sumber : UtusanMalaysia



Wacana Pemuda PAS-UMNO : Jangan Lari Dari Pendirian PR Tolak Kerajaan Perpaduan

Pemuda Umno Peralat Wacana Pas

Dewan Pemuda PAS mengajak Pemuda Umno mengadakan wacana terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.

Namun tawaran sayap pemuda parti islam itu dipergunakan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan timbalannya untuk melaga-laga pucuk pimpinan PAS.

Ketua Dewan Pemuda Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.

Beliau mengesyorkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.

“Kita pada dasarnya telah menetapkan tajuk wacana ilmiah, benarkan perjuangan umno bercanggah dengan syariat Islam,” kata Nasruddin. “Namun dalam perbincangan tadi bersama timbalan ketua pemuda umno, tajuk itu boleh dibincangkan kemudian bagi kesesuaian kedua-dua pihak,” tambah beliau.

Tawaran Nasaruddin itu diterima oleh Pemuda UMNO.... dan diperalatkan untuk menyindir pimpinan PAS.


“Antara saya dan Nasruddin kami tidak ada masalah, kecualilah kalau beliau taksub pada pemimpin beliau, ” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Razali Ibrahim.

Ketua beliau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa wacana itu tepat dengan aliran pemikiran UMNO.

“Kita melihat tawaran dari Pemuda PAS adalah cadangan yang menepati pandangan kita, pemikiran kita, tentang hubungan dan kerjasama yang bakal dijalin Umno dan PAS,” kata Khairy.

Khairy mendakwa pucuk pimpinan PAS telah tunduk kepada tekanan Parti Keadilan Rakyat dan DAP bersabit isu kerajaan perpaduan namun dua Nasaruddin dalam PAS mendokong idea itu.

“Ada dua Nasruddin dalam Pas yang menyokong muzakarah. Ini Nasruddin at-Tantawi yang berserban itu, tetapi Nasaruddin yang Timbalan Presiden itu pun setuju juga,” kata Khairy.

Mengulas cadangan untuk wacana Pemuda PAS-UMNO ini , Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub berkata berkata sebarang bentuk perbincangan tidak boleh berganjak dari pendirian Pakatan Rakyat yang menolak cadangan kerajaan perpaduan dalam apa jua bentuk.

“PAS dalam keputusan bersama Pakatan Rakyat dengan jelas menetapkan bahawa apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat dalam usaha pakatan rakyat menyumbang meyelesaikan perkara itu, bukan satu masalah,” kata Sallehuddin.

“Sebagai contoh membincangkan isu ekonomi, pendidikan, berkaitan undang-undang kuku besi, kita tidak ada masalah untuk berbincang dengan kerajaan. Itu adalah keputusan yang dibuat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat, jadi harus ada cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan” tambah beliau.

Pendirian itu didokong oleh saya pemuda PAS yang tegas mengatakan wacana itu tidak ada kena mengena dengan isu kerajaan perpaduan.

“Yang diputuskan adalah kerjasama politik, kerjasama penyertaan dan seumpamanya. Jadi budaya wacana ini perlu dihidupkan, bahkan Nik Aziz sendiri mengajak kepada perdebatan. Yang penting adalah kemukakan hujah, dan kita akan lihat kebenaran,” tambah Nasaruddin.

Nasaruddin berkata wacana itu harus disiarkan secara langsung supaya ia tidak menjadi fitnah dan timbul maklumat yang salah.


TVA

Pemuda UMNO Setuju Dan Menerima Cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat Mengadakan Wacana Terbuka





klip video ehsan : malaysiakini.tv

PAS Menentang Dasar UMNO Menolak Islam, Bukan Menentang Individu





klip video ehsan : tvpas09

“Kita mahukan IGP baru untuk menggantikan Musa Hassan”, Lim Kit Siang

Kit Siang : Malaysia Perlukan Ketua Polis Negara Baru

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk segera memecat Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kerana gagal membendung jenayah yang semakin berleluasa.

“Kadar jenayah di negera ini bertambah teruk sejak lima tahun dahulu. Siapa perlu bertanggungjawab di atas kegagalan ini jika bukan Inspector General Polis (IGP) Musa Hassan,” kata Kit Siang. “Kita mahukan IGP baru untuk menggantikan Musa Hassan,” tambah beliau.

Kit Siang berkata hanya Ketua Polis Negara baru mampu membawa visi dan misi baru untuk menjadikan polis sebuah pasukan berkaliber dan bermutu antarabangsa.

Dalam ucapannya, Kit Siang turut mempersoalkan tindakan tergesa-gesa Barisan Nasional membentangkan usul Rang Undang-undang Suruhanjaya Integriti Penguatkuasaan (SIAP) di Parlimen.

Beliau menganggap rang undang-undang berkenaan sebagai “separuh siap” yang hanya akan menjurus kepada penubuhan sebuah lagi suruhanjaya yang tidak berwibawa.

Menururtnya, penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak selaras dengan cadangan Suruhanjaya DiRaja yang mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku polis (IPCMC).

Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal melaksanakan cadangan itu walaupun dilaporkan bersetuju dengan hasil rumusan Suruhanjaya DiRaja itu.

“Cadangan berkenaan dibuat untuk mewujudkan perkhidmatan polis yang cekap dan bersih, tidak korup, dan bertaraf antarabangsa dengan tiga tujuan iaitu untuk mengurangkan jenayah, bersihkan korupsi dan membela hak asasi,” kata Kit Siang. .

Kit Siang berkata kritikannya terhadap polis banyak menjurus kepada pucuk pimpinan badan itu dan segelintir pegawai yang gagal memelihara nama baik Polis DiRaja.


Berucap pada majlis himpunan perdana Pakatan Rakyat, Kit Siang berkata Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang baru dan berwibawa untuk meningkatkan tahap keselamatan rakyat.

Hadir sama di majlis ini, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


TVA

Ahmad Said Pecat ‘Bala Tentera’ Idris Jusoh, Lakukan Penyelewengan Lebih Teruk



(Gambar - Lihat muka-muka Exco sekarang yang tak malu, menerima jawatan walaupun bersama Rosol membantah pelantikan Mad Said.)

KUALA TERENGGANU – Kemelut politik Terengganu pada 14 April lalu merupakan kemuncak perjuangan hidup mati para ‘jeneral’ bekas Menteri Besar (MB) Dato’ Seri Idris Jusoh.

Walaupun Idris tidak lagi menjadi pemerintah, lebih separuh jeneral Idris menganggotai Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebagi wakil-wakil rakyat yang menang dalam pilihanraya umum lalu.

Oleh itu, tindakan ‘kamikaze’ bekas Setiausaha Politik Idris, Dato’ Ahmad Ramzi sewajarnya dianggap ‘syahid’ oleh kumpulan yang menentang MB Dato’ Ahmad Said.

Sekiranya Ramzi didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghantar SMS ugut bunuh, pengorbanan beliau mungkin dianggap berbaloiIa senada dengan kenyataan ADUN Ajil, Dato’ Rosol Wahid, yang sekali lagi menjadi sebagai ketua ‘kumpulan pemberontak’.

Rosol telah mengumumkan pada siang media disebuah hotel, pagi 15 April, 10 ADUN UMNO/BN tidak akan hadir (memboikot) sidang DUN yang sedang berlangsung.

Rosol yang juga ketua membantah pelantikan Ahmad sebagai MB setahun lalu berkata, ia adalah kemuncak kepada krisis tidak percaya kepada pentadbiran Ahmad Said.

Mereka begitu serius sehingga sanggup ‘menelanjangkan’ Ahmad dengan mendedahkan kepada media, perkara-perkara yang didakwa mereka sebagai ‘Laporan kelemahan MB Terengganu’.


Walaupun senarai itu turut dihantar kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak di Putrajaya, namun Ahmad Said tidak dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana Putrajaya menganggap kemelut itu bukan masalah kerajaan.

Justeru mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC hanya menurunkan pangkat Ahmad dalam parti dan melantik sepupu Najib, Dato’ Hishamudin Hussein menjadi Pengerusi UMNO Terengganu yang baru.

Itu cerita yang timbul ke permukaan. Apa cerita dibawah?

Sebenarnya, perang para jeneral Idris menentang Ahmad Said ‘habis-habisan’ pada 14 April lalu adalah untuk menyelamatkan bala tenteranya yang telah dipecat beramai-ramai dua minggu sebelumnya.

Pada 1 April 2009, Ahmad telah membubarkan Unit Bestari (U-Best) satu unit askar-askar upahan yang telah dibentuk dalam zaman pemerintahan Idris dulu.

U-Best adalah barisan hadapan (frontline) selain Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bagi memperkukuhkan kerajaan ‘Islam Hadhari Terengganu Bestari’ yang sudah lenyap kini.

Ia merupakan unit kembar kepada UKOM yang bertindak sebagai ‘mulut’ kepada kerajaan Idris sebagaimana digariskan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (RPNT) 2004 -2008.

U-Best juga askar-askar Idris yang turut menjalankan kaji selidik di DUN-DUN membantu penyelidikan yang dibuat oleh Terengganu Development Institut (TDI).

Ahmad telah mengambil tindakan memperkukuhkan regimnya dengan menggantikan askar-sakar yang dianggap setia kepada Idris.

Menurut seorang bekas anggota U-Best yang dihubungi Buletinonline, mana-mana anggota U-Best yang boleh beralih, menyatakan kesetiaan kepada Ahmad, akan dikekalkan dalam agensi baru itu.

”Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu atau nama singkatannya APMT secara rasmi mula berkuatkuasa pada 1 April 2009,”katanya.

Pada umumnya, kata beliau, APMT di tubuhkan untuk meneruskan kesinambungan tugas-tugas U-BEST.

Katanya, organisasi APMT dalam satu DUN berjumlah 16 orang; seorang Ketua Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu, 2 orang Penyelia Pembangunan Masyarakat Terengganu dan 13 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat Terengganu.

Namun katanya, Agensi yang baru ini lebih teruk ‘penyelewengan’ dan ‘penyalahgunaan kuasa’ dari apa yang telah dilakukan pada zaman Idris.

”Fokus utama APMT kali ini lebih serius kepada "daftar pemilih" dan "keahlian UMNO", memandangkan UMNO perlu bekerja keras membuat persediaan awal bagi menghadapi Pilihanraya ke 13,”ujarnya.

Ahmad Said menggunakan APMT, yang ditubuhkan dan digajikan dibawah kerajaan negeri, namun melakukan kerja-kerja parti UMNO !

BuletinOnline

Wednesday, July 1, 2009

Video : Sidang Media N. Gobalakrishnan Di Parlimen

Ahli Parlimen Padang Serai (PKR), N Gobalakrishnan mengadakan sidang media berhubung kait ancaman bunuh terhadapnya melalui dua kiriman SMS.






malaysiakini

Video : Ustaz Nasrudin Hassan dan Razali Ibrahim di Parlimen

Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan mengumumkan untuk mengadakan wacana ilmiah berhubung isu 'benarkah perjuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam' dalam satu sidang akhbar bersama dengan Timbalan Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, di lobi Parlimen hari ini.





malaysiakini

Siswa UM bertindak jika dipecat

kemaskini 2.58pm Kumpulan mahasiswa bersedia melancarkan bantahan besar jika Universiti Malaya mengambil tindakan tatatertib terhadap dua pelajarnya yang diseret ke mahkamah semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM juga berharap pentadbiran kampus tidak mengambil tindakan pecat seperti yang pernah dialami oleh tujuh mahasiswa institusi pengajian tinggi awam yang dituduh terbabit dalam satu perhimpunan haram pada 2001.

"Di pihak universiti pula, penulis ingin memberi peringatan supaya jangan sesekali mengambil tindakan dengan menghukum mereka sebelum mereka dibuktikan bersalah," kata presidennya Shazni Munir Mohd Ithnin di blognya hari ini.

"Jika seandainya hal yang pernah berlaku pada mangsa-mangsa ISA 7 berulang, penulis dan seluruh mahasiswa yang di dadanya kejap dengan perjuangan kemahasiswaan, tidak akan teragak-agak untuk membuat bantahan di segenap sudut."


Kes tujuh pelajar itu - yang dikenali "ISA 7" kerana membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri - berlarutan hingga 18 Jun lalu apabila lima daripada mereka bersalah dan didenda RM3,900 tiap seorang.

Seorang daripada mereka - yang menyertai perhimpunan di Masjid Negara pada 8 Jun 2001 - dilepaskan, sementara seorang lagi tidak menghadiri perbicaraan.

Shazni Munir, kini sedang dicari polis bagi membantu siasatan berhubung kes menconteng dan cubaan membakar dewan Akademi Pengajian Islam, juga berharap proses mahkamah berjalan dengan adil.

"Penulis dengan pengharapan yang menggunung, masih lagi mengharapkan proses perbicaraan berlangsung tanpa 'tangan-tangan ghaib' yang mengganggu, dan hakim mengadilinya dengan penuh adil serta saksama," katanya lagi.

Semalam, dua pelajar UM dituduh di mahkamah atas dakwaan menconteng dan cubaan membakar dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, 24 Jun lalu.

Mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Selain Shazni Munir, polis juga sedang menjejaki Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam - bagi membantu siasatan.

Menurut tulisannya itu, Shazni Munir juga menyatakan kerisauan berhubung perjalanan perbicaraan terhadap dua rakannya itu.

"Masakan tidak, siapakah yang dapat memberikan jaminan kepada penulis yang mereka berdua akan dibicarakan dengan seadil-adilnya?" katanya.

"Bukanlah ingin menimbulkan kesangsian secara membuta-tuli, akan tetapi perbicaraan-perbicaraan sebelum ini yang melibatkan orang penting negara, pastinya berakhir dengan keputusan yang mengecewakan sekelian banyak pencinta kebenaran".

Dalam tulisannya semalam, Shazni pula berkata, PMIUM memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua-duanya.

malaysiakini

N. Gobalakrishnan terima SMS ugut bunuh

"Saya diugut bunuh," kata Ahli Parlimen N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dalam satu sidang akhbar tergempar di Parlimen hari ini.

Menurut Pemimpin Parti Keadilan Rakyat itu, beliau menerima ugutan bunuh melalui dua sistem pesanan ringkas (SMS) pada jam 12.47 pagi dan 6.48 pagi tadi.

"Saya diugut bunuh melalui satu sms dan satu lagi sms supaya saya tidak membuat laporan polis mengenai ugutan itu," kata N Gobalakrishnan.

Penghantar sms itu mendakwa mengetahui nombor plat kereta rasmi dan berkata Gobalakrishnan akan menerima nasib yang sama seperti bekas Adun Lunas, Joe Fernandez.

Joe Fernandez mati ditembak penjenayah ketika memandu pada November 2002.

"Saya mahu polis siasat dan ambil tindakan untuk mengelak sebarang perkara yang tidak diingi berlaku dan juga jaminan dari polis untuk keselamatan saya dan keluarga saya," kata Gobalakrishnan.

Polis hadir ke Parlimen untuk mengambil laporan dari Gobalakrishnan.



TVA

2 siswa UM bebas, disambut keluarga

kemaskini 2.20am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.

Exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh memberitahu Malaysiakini, kedua-duanya dibebaskan di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 12 tengah hari dengan ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing.

Beliau difahamkan, kedua-dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu "mendapat layanan yang baik" sewaktu dalam tahanan polis sejak Rabu lalu.

Mohd Aizat juga berkata, ibu bapa kedua-dua tertuduh sudah membayar ikat jamin tersebut jam 11 pagi untuk membolehkan mereka dibebaskan.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen kemudian terus pulang ke rumah keluarga masing-masing di Setapak, Kuala Lumpur dan Chemor, Perak.

"Setakat ini, mereka berdua akan berehat dan tidak pasti perancangan selepas ini," kata Mohd Aizat lagi.


Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur sebelumnya.

Kedua-duanya didakwa menconteng perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, Rabu lalu.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyertai kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam.

Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

malaysiakini

Wacana Pemuda PAS-UMNO

Pemuda Dewan Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno mengadakan perbincangan terbuka mengenai doktrin politik parti Barisan Nasional itu.

Ketua Dewan Pemuda Pas Nasruddin Hassan at-Tantawi mahukan wacana ilmiah yang menilai sama ada perjuangan UMNO bertentangan dengan Islam.

Beliau mengesyurkan wacana itu diadakan antara beliau dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta tiga wakil lain dari parti masing-masing.

Bercakap pada sidang media bersama Timbalan Ketua Pemuda Umno Razali Ibrahim, Nasaruddin yakin wacana sedemikian mampu "menyelesaikan masalah politik yang berbangkit antara dua seteru ini, serta isu-isu nasional."

Nasruddin dan Razali berkata Dewan Pemuda Pas dan Pemuda Umno bersetuju membentuk sebuah jawatankusa urusetia untuk menentukan agenda perbincangan.

Nasruddin berharap Khairy memberi jawapan kepada jemputan itu dalam masa 7 hari.

"Saya mencadangkan perbincangan antara Dewan Pemuda Pas dan Pemuda Umno dibuat secara terbuka, dengan disertai 4 wakil dari kedua-dua parti," kata Nasruddin.

Dewan Pemuda Pas berharap wacana itu disiarkan secara langsung oleh media massa.



TVA

Tuntutan Anwar Peroleh Dokumen Didengar Jumaat

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan hingga Jumaat ini untuk mendengar permohonan Anwar Ibrahim mendapatkan bukti dan dokumen daripada pendakwaraya berhubung dengan pertuduhan kes liwatnya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah setelah pendakwaraya enggan menyerahkan bukti dan dokumen bagi membolehkan Anwar menyiapkan pembelaan terhadap pertuduhan itu yang dijadulkan bermula pada 8 Julai.

Permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen itu sepatutnya bermula hari ini.

Namun peguam Anwar, Sankara Nair meminta menangguhkan semua prosiding di Mahkamah Tinggi sehingga urusan rayuan berhubung keputusan memindahkan kes liwat beliau dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi selesai.

Hakim Zabidin menetapkan Jumaat untuk mendengar semula permohonan Anwar, tertakluk kepada keputusan Mahkaman Rayuan berhubung bantahan Anwar terhadap pemindahan kes itu.

"Satu tarikh perlu ditetapkan memandang apa yang dijadual hari ini tergendala kerana ada prosiding di Mahkamah Rayuan."Jadi saya tetapkan Jumaat ini... jika prosiding di Mahkamah Rayuan masih belum selesai juga kita akan putuskan kemudian," kata Zabidin.

Pendakwaraya masih meneruskan dengan pertuduhan terhadap Anwar walaupun laporan Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Pusrawi menunjukkan tidak ada bukti klinikal untuk menyokong dakwaan pengadu Mohd Saiful Bukhari bahawa beliau diliwat.



TVA

'First Lady' Di Mata Dunia!

Tiga klip video : Rosmah perlu bersihkan imej

Sebagai wanita pertama negara Datin Seri Rosmah Mansor yang menjadi liabiliti kepada perjuangan Umno dan suaminya Dato' Seri Najib Tun Razak wajar mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba memburukkan beliau.

Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Aljundi menegaskan sebagai 'first lady' yang sentiasa menjadi tumpuan ramai tidak boleh kekal mendiamkan diri.

"Jika tidak mempertahankan, ia seolah-olah ada benarnya juga," kata Athirah merujuk laporan dalam satu portal berita baru-baru ini.

Hampir dua minggu tiga klip video berupa dokumentari pendek yang menyiarkan beberapa orang yang dikatakan saudara terdekat Rosmah Mansor memberi gambaran negatif terhadap beliau.

Apa yang jelas, bagi Athirah belenggu 'hitam' yang membayangi wanita pertama itu akan terus menghantui perjalanan politik negara.


"Isu-isu 'C4' misalnya dikaitkan langsung dengan beliau. Malah rakyat juga percaya Najib duduk di bawah telunjuk Rosmah dan ternyata ia sangat sukar untuk dinafikan," katanya.

Beliau juga menolak penyebaran klip video itu bukan semata-mata satu konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Bagaimanapun apa yang menimbulkan tanda tanya, kata Athirah tidak pernah berlaku dalam sejarah negara 'first lady' menjadi tumpuan pemimpin besar negara luar malangnya sehingga kini masih tidak terjawab oleh beliau.

"Najib sebagai Perdana Menteri tetapi Rosmah yang lebih berperanan dalam sidang tertentu, Najib pula tidak menonjol," katanya.

Justeru, tegas Athirah, Rosmah harus membersihkan nama baiknya dan membuat penafian terhadap klip video tersebar itu sepertimana beliau pernah membuat kenyataan tidak mengenali wanita Mongolia.

Tiga klip video yang tersebar itu memaparkan beberapa individu yang dikatakan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Rosmah. Video yang disebarkan dalam 'you tube' itu semakin mendapat perhatian pengunjung internet.

Video berupa dokumentari itu, menyiarkan beberapa interview yang membongkar kisah perjalanan hidup Rosmah Mansur dari awal kemuculannya hinggalah beliau menjadi isteri Najib Tun Razak.

Ekoran kemunculan klip video itu, dilaporkan dua pelajar Universiti Malaya Izuddin Hilmi Mohamad Zaini dan Mohd Sharuddin Ahmad Rosli meringkuk di balai polis sejak minggu lalu.

Mereka didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Sementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Badrul Hisham Shaharin mendakwa dihubungi dua anggota polis Cawangan Khas berhubung video yang memburuk-burukkan isteri perdana menteri.

Badrul Hisham dilaporkan tidak mengetahui tentang penerbitan video itu.

HarakahDaily

2 siswa UM dibebas hari ini


kemaskini 11.18am Dua pelajar Universiti Malaya, yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan semalam, akan dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,000 tiap seorang dengan seorang penjamin.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang sehingga tidak sempat membayar jamin akibat prosiding yang berakhir lewat 5.30 petang.

Menurut seorang pemimpin pelajar UM, ibu bapa kedua-dua tertuduh sudah membayar ikat jamin tersebut jam 11 pagi tetapi dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu belum dibebaskan setakat ini - dipercayai akan dilepaskan sebentar lagi.

Satu sumber polis memberitahu Malaysiakini semalam, kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, .

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Keluarga Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen masing-masing juga membayar ikat jamin RM500 lagi bagi kesalahan yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.



malaysiakini

Presiden PAS tempelak BN, cuba pecah-belahkan Pakatan Rakyat

Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menempelak usaha yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Umno untuk mewujudkan perpecahan dalam Pakatan Rakyat.

Menurutnya, BN berusaha untuk melaga-lagakan setiap parti dalam Pakatan Rakyat dan perhimpunan malam tadi PAS menempelak tohmahan yang dilemparkan oleh parti pemerintah itu.

"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.

"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.


Ini katanya, menyebabkan kedudukan Pakatan Rakyat menjadi sebuah parti yang matang dan boleh memimpin negara serta diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah negara dalam pilihanraya yang akan datang.

Ustaz Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata ini menunjukkan bahawa BN sudah menjadi sebuah parti yang uzur, dan tidak mampu lagi untuk memimpin negara.

Menurut beliau, PAS adalah sebuah parti yang menjadikan akidah Islam sebagai pegangan, matlamat dan memperkenalkan cara perpaduan yang yang diajar oleh Islam sedangkan Umno, parti yang telah gagal menunjukkan model perpaduan yang sebenar.

Islam katanya, mengajar perpaduan untuk menegakkan keadilan, menegakkan kesaksamaan dan mengajar perpaduan di kalangan umat Islam berdasarkan hubungan akidah yang menyatukan mereka.

Beliau berucap sempena Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini semalam yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Ramli.

Hadir sama dalam Majlis Himpunan itu ialah Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri dan Parlimen negeri Selangor.

Menurut Ustaz Hadi lagi beliau yakin dan percaya dengan asas perpaduan yang kukuh telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Kuala Terengganu menyebabkan BN gagal memainkan Pakatan Rakyat.

"Malam ini kita akan buktikan kejayaan Pakatan yang berjaya mengadakan himpunan yang sangat besar ini.

"Kita harapakan perhimpunan pada malam ni dapat membrikan isyarat kepada semua rakyat untuk bersama dengan pakatan rakyat dan dalam pilihanraya umum ke 13 dan kita akan satu buat perubahan.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Selangor melalui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid kerana membenarkan kita mengadakan perhimpunan di Stadium ini. Saya berani hadir untuk datang ke Selangor, kalau di Terengganu tidak mungkin saya akan hadir ke stadium," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

HarakahDaily

Fauzi tepati kriteria, kehendak akar umbi Manik Urai - Presiden PAS

Pemilihan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah selaku calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Manik Urai bertepatan dengan kriteria dan kehendak akar umbi dpengundi i sana.

Demikian tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Harakah ketika ditemui di Tingkat 14 Bangunan Parlimen pada semalam.

"Pemilihan beliau (Fauzi) ini menepati kehendak iaitu orang yang dipilih dikalangan mereka yang duduk dengan masyarakat bukan orang yang bekerja di pejabat yang hanya bekerja dari pejabat," katanya sinis.




Ujar Ustaz Hadi lagi, pemilihan Fauzi adalah berdasarkan kehendak semasa, walaupun beliau bukan dikalangan orang yang bekerja di pejabat, tetapi Fauzi menepati kriteria sama seperti bekas wakil rakyat PAS, Ustaz Ismail Yaakob (Pok Su We).

Fauzi juga calon yang telah disepakati oleh PAS Kawasan dan PAS Kelantan yang diyakini mampu menjadi wakil rajyat yang berwibawa, duduk ditengah-tengah masyarakat Manik Urai.

Presiden PAS itu juga mengulangi keyakinan PAS akan menang di Manik Urai berdasarkan kepada perkembangan sokongan semasa.

Namun beliau tetap melahirkan kebimbangan dengan proses pembuangan undi yang jatuh pada hari bekerja yang menyebabkan lebbih 1700 pengundi Manik Urai yang duduk di luar Kelantan untuk pulang.

Sementara itu mengulas mengenai isu cabaran debat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak Ustaz Hadi menegaskan Umno sejak sekian lama (sejak tahun 1984) lagi menolak debat atau yang diumpamakan dengan hal tersebut.

Begitupun Ustaz Hadi lebih selesa jika muzakarah diadakan antara Umno-PAS selain mengajak seluruh NGO atau pertubuhan Islam membincangkan isu-isu yang membabitkan umat Islam.

HarakahDaily

2 siswa UM mengaku tidak bersalah, ikat jamin RM5000

by um-today

Tertuduh kes contengan protes ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya mengaku tidak bersalah dalam perbicaraan petang tadi dan diikat jamin RM5000 setiap seorang esok, lapor Malaysiakini.

Kedua-dua tertuduh, Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi.

Laman berita internet tersebut menyatakan mereka didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Tiga lagi individu dicari bagi membantu siasatan. Di percayai tiga individu tersebut ialah presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani.

Dalam perkembangan tersebut, kedua tertuduh dibawa ke tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya.

Peguam kedua-dua tertuduh Mohamed Arfizi Mohd Ramli memohon jumlah tersebut dikurangkan kepada RM4,000 kerana kedua-duanya dari keluarga berpendapatan sederhana dan juga masih belajar.

Rosbiahanim menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, Shazni melalui blog beliau menyatakan keprihatinan beliau kepada ibu bapa dan kerisauan jika kes A. Kugan yang mati dalam tahanan berulang kembali.

Seluruh pimpinan persatuan yang dipimpinnya itu telah memutuskan untuk memberikan bantuan guaman kepada kedua tertuduh bagi meringankan beban tanggungan kos guaman keluarga tertuduh, ujar beliau dalam blog nya.

Sumber tidak rasmi dari persatuan tersebut juga menyebut akan melancarkan tabung bantuan derma kilat dalam masa terdekat.

Di tanya berkaitan situasi beliau yang dicari polis, Shazni hanya menyatakan akan menggunakan saluran undang-undang dengan baik dan bersedia memberikan bantuan bagi siasatan polis terhadap kes ini. -um-today




Video : Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat, Stadium (MBPJ), Semalam




klip video ehsan : MediaRakyat

UMNO MENERIMA ISLAM TETAPI MEREKA TIDAK BERIMAN

Nik Aziz tegaskan perjuangan PAS dan Umno jauh berbeza

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak tanggapan pemimpin Umno yang mendakwa perjuangan PAS dan Umno adalah serupa.

"Saya tegaskan PAS dan Umno tidak serupa, bahkan dalam contoh orang yang sembahyang sendiri pun Allah swt menyediakan sebuah neraka.

"Mereka sembahyang, tetapi ada yang bersembahyang namun masuk neraka kerana lalai dalam sembahyang. Sesungguhnya orang yang bersembahyang ada (yang masuk) syurga dan (ada yang masuk) neraka, mana serupa," katanya ketika menggulung perbahasan pada persidangan Dun semalam.


Beliau juga merujuk kelakuan bapa saudara Nabi Muhammad saw ketika Perang Badar.

Katanya, bapa saudara baginda datang kepada Nabi dan bertanya kenapa Nabi enggan menerimanya sedangkan dia membantu orang ramai dengan memberi air kepada orang ketika menunai ibadat haji.

Nabi menjawab bahawa adakah perbuatan itu sama dengan beriman, tentunya tidak sama.

"Dan dalam konteks Umno, mereka tidak ada 'aamana' (tidak beriman). Ada Islam sahaja. Mereka menolak Islam, nak dikatakan beriman macam mana.

"Pada zaman Nabi Muhammad saw, seorang sahabat membina masjid, yang disebut Masjid Dhirar. Nabi membina masjid, dia membina masjid juga, tetapi akhirnya masjid itu dibakar. Kenapa dibakar sedangkan itu sama-sama masjid.

"Ini perkara yang tidak ada dalam Umno. Umno menerima Islam tetapi mereka tidak beriman. Iman mesti ada, selain daripada Islam ialah iman," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, manusia tidak boleh menutup perbezaan terutama perbezaan mengenai hukum hakam sebagaimana ditegaskan dalam Surah Al-Hujrat.

"Dan jika kamu terdiri dari golongan beriman, sekiranya berdepan dengan perselisihan faham dan berlaku peperangan di antara kamu, maka langkah pertama ialah mengambil sikap berbaik antara keduanya.

"Tetapi sekiranya masih bertelagah juga maka tempat rujukan untuk mencari penyelesaian dan perdamaian antara keduanya ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

"Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, peruntukan Persekutuan untuk kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak disalurkan mengikut sepatutnya.

Menurutnya menjadi persoalan apabila wang yang telah diberikan disalur ke Kelantan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

"Begitu juga setiap projek yang disalurkan ke Kelantan, keputusan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan Persekutuan," ujarnya.

Mengenai cadangan pembangkang supaya dilantik wakil rakyat Barisan Nasional dalam PBT, kata beliau ia boleh dipertimbangkan.

Bagaimanapun katanya, Menteri Besar Kelantan sejak 1990 sehingga sekarang tidak pernah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri.

"Demikian juga dalam Lembaga Kelantan Selatan (Kesedar), walau pun dalam Akta Kesedar peruntukan dua orang wakil kerajaan negeri mesti dilantik, tapi hanya dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja.

"Begitu juga dalam Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), dua orang wakil kerajaan negeri mesti menganggotai lembaga pengarah Kada, tapi tak pernah dilantik," katanya.

Mengenai dakwaan pembangkang pembalakan di negeri ini dilakukan secara tidak terkawal, beliau berkata dakwaan itu sebagai satu penghinaan kepada Jabatan Perhutanan kerana ia tidak berlaku.

"Ini kerana Majlis Perhutanan Negara yang menentukan catuan dan had tebangan dan kayu balak tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya," katanya.

HarakahDaily

Anwar : BN jangan main-main, dedah bukti tahanan ISA pengganas sekarang!

Parti Keadilan Rakyat mendesak Barisan Nasional membebaskan semua tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana gagal menunjukkan sebarang bukti mereka terbabit dalam aktiviti keganasan.

Setakat ini kerajaan dan polis gagal menunjukkan bahawa tahanan ISA yang dikaitkan dengan gerakan Jemaah Islamiyah (JI) dan Badan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) menjalankan sebarang kegiatan pengganas atau mengancam keselamatan negara.

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari ini berkata tahanan-tahanan J-I dan Hindraf ditahan atas syak wasangka semata-mata tanpa bukti kukuh mereka terbabit dalam aktiviti pengganas.




“Dalam soalan lisan saya kepada menteri dalam negeri bersabit ISA, Jemaah Islamiyah dan Hindraf, saya soal apa bukti mereka ini pengganas. Jawapannya mereka didapati mengumpulkan dana untuk beli senjata dan letupan, mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda. Sehingga sekarang tidak ada satu bukti pun dikeluarkan,” kata Anwar.

Anwar menjelaskan tahanan-tahanan JI dan Hindraf adalah tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah di mahkamah undang-undang.

“Ini bahayanya apabila ISA di tangan polis membuat penahanan berdasarkan syak. Bila ditanya mengapa mereka tahan, mereka jawab pengganas. Bila ditanya mana bukti, mereka jawab kami percaya. Fitnah sebegini menyebabkan orang terperuk 6-7 tahun dalam penjara,” tambah Anwar.

Anwar menyeru pihak berkuasa supaya jangan bersikap hipokrit kerana kerajaan Umno-BN sendiri mempunyai hubungan dengan pemimpin askar pembebasan Mujahideen dan Al-Qaeda.

“Saya mengiring Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir, ke Afghanistan, dan saya menemui semua kumpulan pejuang Afghanistan termasuk seorang yang mungkin terlibat dengan Al-Qaeda. Tapi saya tak boleh dedahkan semuanya kerana nanti jadi alasan mereka tangkap saya pula. Jadi mengapa mereka memberi liputan negative keatas Waythamoorthy semata-mata beliau dipercayai menemui pemimpin LTTE,” kata Anwar.

TVA

Tiga lagi siswa UM dicari polis

kemaskini 11.36pm Polis menjejaki tiga lagi suspek kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan Universiti Malaya selepas dua pelajar diseret ke mahkamah hari ini.

Selain menceroboh dewan utama Akademi Pengajian Islam awal pagi 24 Jun lalu, siasatan juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, polis mencari tiga pelajar yang dikenali sebagai Munir, Saufi dan Aizat untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Polis telah mengenal pasti tiga suspek berkenaan dan masih dalam pencarian. Polis juga minta mereka menyerah diri," kata pegawai polis Brickfields itu, yang enggan dikenali.

Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu lalu.

Walaupun enggan memberikan nama penuh mereka, polis dipercayai mencari presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani - kedua-duanya dipercayai pelajar akademi Islam.

Jam 3 petang tadi, dua pelajar Akademi Pengajian Islam dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.


Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng (foto: perkataan telah dipadamkan), dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut.

Geledah rumah wanita

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, kira-kira lima jam sebelum kunjungan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela'.

Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan tengah hari keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar tersebut kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin masing-masing RM5,000 esok.

Susulan siasatan terhadap kes tersebut, polis menggeledah empat rumah pelajar, termasuk sebuah yang disewa wanita - demikian dinyatakan exco kerohanian Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh.

Pada 26 Jun, sebuah rumah pelajar wanita di Seksyen 17 Petaling Jaya digeledah kira-kira sejam oleh empat anggota polis berpakaian biasa.

Polis merampas cat yang digunakan untuk mewarna kain pemidang bagi menyambut kedatangan pelajar baru, Ahad lalu.

Keesokannya, polis menggeledah sebuah rumah pelajar lelaki di Seksyen 17 Petaling Jaya pada sebelah petang. Tiada rampasan dibuat.

Hujung minggu minggu, jam 3 pagi, sebuah lagi rumah pelajar di Seksyen 17 Petaling Jaya didatangi tiga anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor dengan membawa Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen dalam keadaan bergari dengan berbaju tahanan lokap.

Tiada waran

Kumpulan polis yang sama dengan dua suspek kemudian ke rumah pelajar lelaki di Seksyen 14 Petaling Jaya, kira-kira 3.30 pagi. Mereka berada lebih kurang setengah jam.

Mereka selepas itu ke rumah sewa lelaki Seksyen 17 Petaling Jaya, bagi kali kedua sejak 27 Jun lalu, lebih kurang jam 4 pagi.

Tiada rampasan di ketiga-tiga rumah tersebut.

Polis juga tidak menunjukkan sebarang waran geledah di semua rumah terbabit, kata Mohd Aizat lagi ketika diihubungi Malaysiakini.

Rosmah sering dikaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh menggunakan bom plastik C4.

Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara label "puaka" dipercayai ada kaitan dengan tiga klip video di internet yang melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk melupakan adik angkat dan anak sendiri, selain kampung halamannya.

Rosmah atau Najib setakat ini belum memberikan sebarang ulasan.

Bagaimanapun beberapa laman web pro-Umno menafikannya. Malaysia Instinct mendakwa bercakap dengan Rosmah dan beliau menafikan pernah mengabaikan anaknya Azrene Soraya Abdul Aziz - daripada perkahwinan awal sebelum Najib.

malaysiakini

Jambatan Pulau Pinang II Terlalu Mahal, Pakatan Gesa Kos Dikaji Semula

Kerajaan digesa mengkaji semula kos projek pembinaan jambatan Pulau Pinang kedua yang menelan belanja RM22 billion hanya untuk fasa satu.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim berkata rakyat sudah tentu tidak mampu menanggung kos setinggi itu dan menyarankan BN meneliti semula pelan laluan jambatan itu bagi mengurangkan harga projek.

Projek Jambatan Pulau Pinang II dilancarkan pada November 2006 dan dijangka siap pada Mei 2012.

Jambatan 24 kilometer itu akan menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di selatan Pulau Pinang.

Pembinaan projek ini bagaimanapun tertangguh ekoran lonjakan kos projek, akibat kenaikan kos bahan binaan serta kegagalan Kumpulan UEM memberikan sebut harga yang tetap.




“Saya tidak menolak rasional meneruskan dengan projek jambatan itu, tetapi saya musykil mengapa projek jambatan kedua diteruskan di laluan yang dicadangkan yang menelan belanja yang besar,” kata Anwar.

Projek ini berbilion ringgit ini dibina dengan bantuan pinjaman dari Republik Rakyat China, dalam usahasama Kumpulan UEM dan China Harbour Engineering Co. Ltd (CHEC).

Walaupoun kosnya begitu tinggi, Kerajaan BN sudah pun mengeluarkan surat tawaran RM22 billion kepada CHEH-UEM untuk melaksanakan fasa pertama projek.

Pakatan Rakyat mencadangkan laluan projek ini dialihkan ke bahagian utara Pulau Pinang yang lebih hampir kepada Tanah Besar Semenanjung sebagai cara berkesan untuk mengurangkan kos.

“Berdasarkan kepada maklumat industri yang saya perolehi, ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan supaya meneruskan projek di laluan alternatif dan kalau ini dapat diteruskan ia dapat menjimatkan belanja RM4 bilion ringgit termasuk gantirugi kepada syarikat yang dianugerah projek itu,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar berkata kerajaan perlu komited kepada perbelanjaan yang bijak dan menyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat dari projek-projek mega sebegini, supaya ia dilabur kepada sektor kesihatan dan pendidikan.

“Saya sekali lagi pertikai kedegilan kerajaan. Apa komitmen yang mereka buat sehingga mereka tidak mahu ubah perkara ini sedangkan mereka boleh fast-track pembinaan ini. Dari RM4 bilion ini, bayangkan kita boleh bina 400 hospital dan 400 sekolah tetapi sedikitpun tidak dipedulikan,” tegas Anwar.

Anwar menjelaskan Pakatan Rakyat tidak mempertikai projek ini diteruskan oleh usahasama Kumpulan UEM-China Harbour bahkan berpendapat komitmen usahasama ini diteruskan.

Apa yang ditekankan adalah laluan projek ini ditukar bagi menurunkan kos pembinaan supaya ia tidak membebankan warga Pulau Pinang dalam jangka masa panjang.

“Kita tidak pertikai jika rundingan dijalankan dan mereka bina projek ini di laluan alternatif. Ini lebih viable kerana projek yang dicadangkan ini menelan belanja lebih tinggi dan lebih sukar untuk rakyat pulau pinang bayar kos dengan caj yang lebih tinggi kerana kos yang tinggi,” kata Anwar.

TVA