Sunday, April 24, 2011

Nota nota sebelum Muktamar 2011

Oleh: darultauhid

"Sebelum muktamar, pihak pemecahbelah jemaah kembali dengan pelbagai isu. Dalam muktmar 2009, mereka gagal menumbangkan pimpinan TGHH. Mereka tidak diketahui siapa yang membela dan memberi makannya. Politik bagi pihak ini adalah menghalalkan cara. Pengabungan dengan jemaah sangat longgar dan adab berjemaah bagaikan tiada. Motif perjuangan mereka hanya Allah yang tahu. Perubahan yang kita ingini dijalankan dengan pendekatan ‘ilmu hitam’ dan sesat.


Antara isu-isu yang dimarakkan kembali:

Kerajaan Perpaduan
1. Masih ada lagi orang yang mengaku ahli PAS tetapi sering mengalunkan gendang perpecahan dalam jemaah. Mereka cuba mencari ikon tetapi ikon tersebut tidak mahu melayani nafsu mereka. Mereka cuba menyelit dalam nama-nama tokoh PAS terutamanya mantan tokoh IRC, profesional, aktivis dan pemimpin lantang dalam jemaah seperti Abu Iman, Ir Khalid Samad, Dr Mujahid, Dato Mahfuz dan Dato Husam. Tokoh-tokoh tersebut mempunyai idea berbeda tetapi mereka masih lagi waras. Ada dalam kalangan tokoh tersebut sudah berpolitik lebih lama sebelum kita masih tiada lagi.
2. UG ialah lontaran idea bernas daripada TGHH. Ia bukanlah keputusan mesyuarat. Ia hanyalah idea. Kekeliruan ini menyebabkan Presiden PAS menutup buku tentang UG tetapi masih lagi yang berbunyi isu ini. Bagi penulis, sesiapa yang bermain isu UG untuk memburukkan orang adalah berniat jahat dan ejen pemecahbelah jemaah.
3. UG bukanlah bermakna PAS masuk BN tetapi melibatkan semua parti tanpa pembangkang dan tugas kenegaraan dibahagikan berdasarkan peratusan yang diterima parti dalam pilihanraya.
4. Sebenarnya, UG itu sendiri adalah idea yang baik dan bersifat futuristik. Cuma masa dan pendekatan oleh beberapa orang yang mewakili Presiden tidak sesuai.
5. Dr Mujahid Yusof pernah mengutarakan perpaduan ala UG dalam makalahnya dengan nama Kerajaan Perpaduan Nasional atau Kerajaan Persetujuan Nasional dalam menyatukan parti politik yang ada kepada matlamat negara yang lebih besar.
6. Siapa yang suka pada ‘UG’ yang nak selamatkan UMNO. Penggunaan UG ini hanyalah untuk membunuh karekter TGHH kerana hanya rapat dengan UMNO dan kritikkan TGNA sahaja yang boleh membunuh karekter TGHH. Kritikan TGNA dibalaskan penghormatan dan kasih sayang daripada TGHH mengagalkan usaha pembunuh tersebut. Mereka hanya mencalar sedikit imej TGHH dengan memburukkan isu UG. Paling teruk dibelasah dalam isu ini lalah Ustaz Nasha, Dr Hasan Ali, Dato Mustafa Ali dan PAS Terengganu.
7. Membunuh karekter memang mudah tetapi memulihkan kembali cukup sukar.
8. Sewajarnya, rancangan UG ini melambangkan TGHH sebagai negarawan unggul dimana permainan politik bukan berkisar persaingan dan perebutan kuasa untuk menang memerintah negara tetapi melihat impak pertembungan antara parti politik kepada persekitaran politik negara dan pada rakyat. UG membuang keegoan beliau untuk mentadbir negara hanyalah PAS.
9. TGHH telah membenarkan seminar yang membuka ruang beliau dikritik. Beliau mencatat isi-isi pembentang. Siapakah pimpinan politik yang sanggup melakukan perbuatan ini.. Ini menunjukkan keterbukaan dan jiwa besar beliau.

Perundingan
1. Jemaah Islam wajib terbuka dalam berunding dengan semua pihak. Perundingan bukanlah urusan ahli tetapi tugasan pimpinan. Jadi ahli jangan menyibuk diri dengan urusan ini. Sebagai parti dakwah, PAS terbuka untuk berunding dengan semua pihak sama ada rundingan rahsia atau terbuka. Bahkan elemen-elemen Islam berada dimana-mana sahaja.
2. Apabila ahli mula menyibuk dalam perihal bukan urusan mereka dan ada yang mendedahkan maklumat perundingan, ini boleh membawa amalan buruk sangka dalam jemaah.

16 September
1. 16 Sept adalah projek lompat parti. Adakah lompat parti merupakan tindakan bermoral?. Adakah kita sanggup menghalalkan cara untuk memerintah negara?
2. 16 September walaupun dihumorkan tanpa menyatakan tahun, kita beranggapan ia pada tahun 2008.
3. Dari segi teknikal, rancangan ini akan gagal kerana ia berlaku dalam bulan ramadhan dimana parlimen tidak bersidang. Dari politik, agak sukar mencari 30-40 ahli parlimen melompat parti. Jika ini berlaku, politik Malaysia tidak stabil apabila kerajaan boleh tumbang dengan lompat parti.
4. DAP yang mempertuhankan Perlembagaan itu tidak ghairah dengan projek ini.
5. Blogger celaka menyatakan kegagalan 16 disebabkan TGHH tidak mahu tandatangan. Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ini. Sebagai wadah Islam, pendekatan lompat parti bukanlah cara PAS.
6. Calon Timbalan Presiden PAS 2011, Muhammad Sabu berkata biar negeri Pakatan Rakyat tunjuk kehebatan dahulu, tunggu PRU 13 dan barulah rakyat menilai gerak kerja PR. Tugas kita menyeru Islam dengan mengajak rakyat menyokong PAS bukan nak suruh orang lompat parti.

TGHH dan Ustaz Nasharudin Mat Isa
1. Antara mangsa cubaan membunuh karekter ialah para pimpinan PAS Terengganu, para ulama, TGHH, Ustaz Nasha, Dr. Hassan Ali, Dato Mustafa, TG Haron Din dan para pimpinan neo tradisionalis Dewan Pemuda PAS Pusat.
2. TG Haron Din dilututkan dengan gelaran ulama kepala lutut.
3. TGHH dengan liabiliti parti. TGHH meminta beliau dicabar sebagaimana pro perubahan mencabar kepimpinan Dato Asri dan kumpulannya. Walapun beliau dinyahkan dengan kegagalan mempertahankan Terengganu dan kegagalan rancangan 16 sept, banyak juga kejayaan yang beliau capai. Keaktifan Lujnah Perpaduan pimpinan Dr Mujahid dengan restu beliau, penyertaan wanita dalam piliharaya dan MSU, penyertaan non muslim mewakili PAS dan terbesar kejayaan PRU 12. Butakah pengkritik beliau?
4. Jangan bicara tentang kemampuan TGHH jika kita bukan pengikut yang membantu beliau dan patuh pada arahannya. Kekuatan pimpinan datang daripada kekuatan pengikut. Saidina Ali pernah ditanya kenapa beliau kelihatan lemah berbanding khalifah yang lain. Saidina Ali menjawab mereka kuat kerana mereka mempunyai pengikut seperti aku manakala aku lemah kerana aku mempunyai pengikut seperti kamu. Saidina Abu Bakar tidaklah handal dalam pemerintahan tetapi beliau dibantu oleh sahabat yang handal seperti Saidina Umar.
5. Jangan samakan TGHH dengan kisah Abu Zar. Abu Zar sejak dari awal Rasulullah menyatakan beliau tidak mempunyai kemampuan dalam pemerintahan. TGHH pula adalah ahli PMRAM, YDP ABIM Terengganu, EXCO Dewan Pemuda, Ideolog parti, Naib dan Timbalan Presiden. Penjawatan ini adalah ujian kemampuan bagi beliau. Prestasi banyak bergantung kepada ‘mood’ semasa. PRU 10, sudah hangat ekoran pembogelan kes Anwar menyebabkan orang Melayu protes. Api kemarahan luar biasa, harakah dan majalah tamadun luar biasa pasarannya. Dan kini, bukanlah ideologi PAS ini yang dijadikan tarikan perjuangan tetapi kesusahan rakyat, kos hidup, kronisme dan rasuah mempengaruhi sokongan rakyat. Maka tidak adil, prestasi TGHH dinilai seperti tahun 1999.
6. Ustaz Nasha dan Dr Hassan dikritik keras kerana terlibat dengan perundingan dan pertemuan.

Kepimpinan Ulama
1. Kepimpinan ulama diburukkan agar imej para ulama dimatikan. Provokasi berterusan.
2. Buat masa ini kepimpinan ulama terus relevan walapun beberapa prinsip jemaah Islam dikembirikan oleh ahli jemaah.

Kebaikan yang Tak Nampak: Ulasan Ustaz Fawwaz TG Fadhil Noor[dengan olahan penulis]
Apakah dengan ustaz nasa berjumpa dengan pemimpin umno dengan restu presiden dianggap sebagai satu kesalahan. Apakah jiwa yang terbuka begitu dianggap tidak sayang pada parti dan perjuangan.Sepatutnya kita sebagai pencinta perjuangan Islam patut berasa bangga dengan sifat berani dan keterbukaan pemimpin utama pas di dalam membuat perubahan politik Malaysia yang lebih mementingkan masalah umat daripada kepentingan parti.Bagi saya,kalau al marhum ustaz fadzil noor masih ada ,beliau pasti merestui tindakan tersebut sebab beliau adalah orang terbuka dan mempunyai jiwa yang tinggi,tidak taasub kepada parti dan sebagainya. Tetapi ustaz hadi pun dan tutup sementara isu kerajaan perpaduan sampai orang ramai faham.Begitulah ijtihad-ijtihad politik yang dibuat oleh pemimpin utama kita yang berpandangan jauh kemudian mereka berhenti seketika sebab tidak mahu ahli-ahli memberontak dan keliru. Tetapi suatu hari nanti ahli-ahli akan faham apa yang diinginkan oleh mereka.Tetapi pandangan sebegini hanya mampu dikeluarkan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang luas ilmu agama dan memahami reality kehidupan dan tuntutan umat. Mereka yang mampu mengambil faedah daripada ilmu-ilmu silam,hidup dengan zaman dan mampu merancang masa depan untuk terus membawa bahtera Islam menuju kepada kejayaan.

Solusi
Para pemecahbelah ini cuba memperbodohkan perwakilan PAS. Kritiklah dengan adil dan bersopan.. Hentikanlah label melabel dan membunuh karekter pimpinan. Untuk memulih kembali imej TGHH, Ustaz Nasha, Dr Hassan Ali, Dato Mustafa dan Dato Husam menjadi sukar.Saya percaya perwakilan muktmar adalah orang yang bijak. Al Quran dan hadith menyelamatkan pemikiran kita.Kita telah membunuh bakat hang nadim menyebabkan kerugian pada jemaah dan ummah.


Oleh Agus Salim II TranungkiteOnline

No comments:

Post a Comment