Wednesday, March 30, 2011

Jangan Gadaikan Masa Depan Sarawak Buat Sekian Kalinya .

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat (JPPR DPPP) membidas kenyataan pemimpin UMNO yang meminta pengundi Sarawak agar tidak menggadaikan masa depan mereka dengan mengundi Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya DUN Sarawak tahun ini.

Bagi JPP DPPP, UMNO sebenarnya keliru siapakah yang menggadai masa depan negara. Adakah Pakatan Rakyat yang mengajak rakyat melakukan perubahan dianggap memperjudikan masa depan mereka atau membiarkan masa depan rakyat terus dipertaruhkan di bawah BN yang jelas gagal membawa perubahan bermakna etelah sekian lama memerintah.

JPP DPPP hairan bagaimana mentaliti kelas ketiga keluar dari pemimpin UMNO dengan kenyataan sedemikian. Rakyat di negara Amerika Syarikat telah melakukan perubahan dengan mengundi Barrack Obama yang menggunakan slogan ‘Change’ (Perubahan) dalam pilihanraya Presiden beberapa tahun lepas. Adakah rakyat di sana tidak boleh mengadaikan masa depan mereka dengan melakukan perubahan melalui unid kepada Barrack Obama? Kalau mengikut mentalitii pemimpin UMNO, seolah-olah rakyat Amerika Syarikat telah menggadaikan masa depan mereka di tangan Presiden Barrack Obama. Bagaimana keadaan di Jepun da negara-negara lainnya? Adakah mereka menggadaikan masa depan dengan mengundi parti selain kerajaan yang memerintah?

Sepatutnya rakyat diberi peluang menilai tawaran dan parti mana yang boleh memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Menanam sentimen bahawa mengundi Pakatan Rakyat boleh menggadaikan masa depan rakyat adalah suatu mitos yang perlu dijauhi. Ini adalah trend politik lapuk dan usang yang telah lama ditinggalkan. Rakyat semakin bijak menilai isu yang diperjuangkan. Sejauh mana hak dan keperluan mereka dipenuhi serta tawaran sebagai syarat untuk mereka undi calon atau parti yang bertanding. Perubahan adalah suatu kemestian bagi membina suatu lanskap baru Sarawak. Sebarang usaha menyekat perubahan rakyat Sarawak akan memendekkan lagi jangka hayat kerajaan BN. Biarkan rakyat Sarawak berubah dalam Pilihanraya DUN Sarawak kali ini, demi masa depan mereka sendiri. JPP DPPP yakin, rakyat Sarawak pasti tidak akan menggadaikan masa depan buat sekian kalinya di tangan BN.

YB MOHD FIRDAUS JAAFAR
Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda PAS

1 comment: