Saturday, October 16, 2010

Sangkaan buruk adalah satu 'Tuduhan Bohong'

MARANG - Bukan semua sangkaan itu dilarang didalam Islam tetapi banyak daripada sangkaan yang mendatangkan dosa kerana ia akan menyebabkan orang lain mengalami kesusahan dengan sangkaan tersebut.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata perbezaan antara undang-undang Islam dengan undang-undang Barat adalah undang-undang Islam memiliki roh dan perhitungan dunia dan akhirat

Oleh itu menurutnya, orang-orang Islam dilarang membuat sangkaan (mengesakki) berlebih-lebihan sehingga melakukan penyiasatan dan pengintipan keterlaluan.
"Kita kena sedar, Undang-undang Islam ada roh dan ada perhitungan dunia dan akhirat, bukan macam undang-undang barat, dengan sebab itu kita tidak digalakkan menyangka sampai dalam-dalam sangat, sampai intip dalam-dalam sangat, itu amalan negara komunis,"jelasnya ketika menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, disini, Jumaat 15 Oktober.

Katanya, apa yang diamalkan oleh negara kapitalis, memberikan kebebasan sehingga keterlaluan juga tidak dibolehkan dalam Islam, yang menggalakkan kesederhaan.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, sekiranya seseorang melihat satu perbuatan mungkar, ia wajib memberikan nasihat kepada orang yang mengerjakan perbuatan mungkar itu dan dilarangkan memberitahu kepada orang lain.

"Kalau kita tengok seseorang (melakukan mungkar) tetap tidak ada saksi (lain yang melihat) kita tidak boleh menyebar kan kepada orang (lain), (beri) nasihat kepada orang yang buat dosa itu tinggalkan maksiat, haram dari segi hukum syarak (memberitahu kepada orang lain),"terangnya.

Beiau berkata, hikmah supaya tidak menyangka buruk, mengintip secara mendalam dan menyebarkan berita tanpa saksi adalah untuk menjaga hubungan sesama manusia.

Katanya, nabi (Muhammad) SAW meletakkan sangkaan buruk terhadap seseorang itu adalah sebagai satu tuduhan bohong berdasarkan hadis yang diriwayat oleh Abu Hurairairah yang bermaksud;
"Jauhi kamu dari sangkaan buruk sesungguhnya sangkaan buruk itu sebruk-buruk percakapan,"

BO

No comments:

Post a Comment