Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini.
Pada sidang media di Putrajaya, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga mengumumkan tarikh penamaan calon akan diadakan pada hari Selasa, 26 Oktober ini.
Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat, pagi ini.Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaima, 48, akibat barah usus, 27 September lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Chek Hashim mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman (3,753 undi) dengan majoriti 646 undi.
Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh. - mkini
JATUH PADA HARI KHAMIS - SEHARI SEBELUM DEEPAVALI !!
Penamaan calon 26hb - Selasa - hari bekerja...
Hari mengundi pulak jatuh 4hb November - Khamis - hari bekerja...
KERAJAAN BN = PENAKUT !!
Edy Noor Reduan's Photos - FB Wall Photos
No comments:
Post a Comment