Kembara merentasi Sarawak membuatkan saya terfikir mengenai paradoks asas yang menjadi nadi pentadbiran di negara ini.
Sama seperti di Semenanjung, bandar dan pekan di Sarawak beralih menentang Barisan Nasional (BN). Pada masa sama, kebanyakan kawasan-kawasan pedalaman kekal menjadi penyokong tegar. Ia mencerminkan imej yang berlaku merentasi Laut China Selatan.
Jadi, apa percanggahan di situ? Bagi mereka yang paling banyak meraih manfaat daripada politik pembangunan BN – masyarakat bandar Malaysia kalangan semua kaum – telah menjadi pengkritik paling lantang pakatan pemerintah.
Mereka tidak terdesak untuk berterima kasih – mencium tangan Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Mereka mahu lebih lagi dan mahukannya sekarang. Di mata mereka, ahli majlis undangan hanya ‘penjawat awam’ – yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat.
Faktor kritikal ialah masyarakat bandar di Malaysia tidak lagi bergantung pada BN untuk kemudahan asas seperti air dan elektrik. Selain itu, ramai antara mereka bekerja dengan sektor swasta. Kehidupan mereka tidak lagi hanya bergantung pada pengaruh politik semata-mata.
Kerana ini, mereka mampu beralih arah daripada pihak yang bernaung dan ‘jentera’ perkhidmatan yang diberi kuasa oleh mereka dan generasi ibu bapa.
Berpendidikan dan penuh maklumat, mereka mula mempersoalkan kaedah pentadbiran BN selama berdekad-dekad. Mereka kesal dengan sebarang urus niaga terselindung dan penggunaan penuh kontroversi dana awam. Mereka mahu lebih keterbukaan dan ketelusan. Tentunya, BN telah terbukti tidak mahu memberikan lebih kebebasan dalam apa jua bentuk, terutama kepada media.
Sesungguhnya, mereka seperti memahami hubungan antara kebebasan awam dan perkhidmatan kerajaan. Mereka tahu bahawa media yang kuat akan mempersoal dan menyiasat segala urus niaga yang melonjakkan kos banyak projek awam.
Masih, kawalan media yang ketat tidak menghalang rakyat untuk mengkritik pemimpin BN. Saya dapati sukar untuk mempercayai Khir Toyo dan Noh Omar adalah pemimpin Melayu terbaik di Selangor.
Pastinya terdapat ratusan – jika bukan ribuan – profesional Melayu berpendidikan tinggi untuk dipilih dari kawasan seperti Subang Jaya, Kepong dan Melawati – kawasan utama NEP?
Mengapa mereka tidak mahu menyertai UMNO? Kegagalan untuk mendapatkan bakat tenaga terbaik terus menjurus kepada ketidakmampuan UMNO untuk memenangi hati masyarakat kelas pertengahan Melayu di bandar-bandar. Ia juga menguatkan hujah saya sebagai produk NEP membelakangkan ejen perubahan asal, iaitu UMNO.
Dilema yang sama juga secara perlahan-lahan semakin berkembang di Sarawak. Lihat sahaja Sibu sebagai contoh yang terletak di tebing utara Sungai Rejang. Bandar itu bersih, tersusun dan selamat. Sesungguhnya, pasar berbumbung – pastinya salah sebuah yang paling terbesar di negara ini – adalah pemandangan cukup membanggakan.
Seperti yang kita semua tahu, pengundi di bandar menolak BN dalam gaya penuh menarik pada pilihan raya kecil hanya beberapa bulan lalu. Ini merupakan gerakan yang boleh dianggap sebagai melalui pertimbangan dan perkiraan sewajarnya oleh masyarakat Cina Foochow, yang tahu mereka boleh menguruskan kehidupan tanpa bantuan kerajaan.
Namun, keadaan tidak sama kepada masyarakat rumah panjang kecil melangkaui sempadan bandar. Ketaksamaan antara kawasan dan pusat urban adalah ketara sekali. Jalan raya menjadi semakin berkurangan dan akhirnya hilang di kawasan pedalaman Sarawak.
Air mengalir juga menjadi salah satu masalah utama, terutama ketika musim kering. Banyak rumah panjang bergantung pada tangki air besar dan jerangkap air hujan untuk meneruskan kehidupan. Dalam beberapa kes, sungai-sungai tempatan juga dicemari dengan penggunaan baja berskala industri di ladang pertanian dan penternakan khinzir berdekatan.
Ketidakupayaan untuk menguatkuasakan Hak Adat Asal (NCR) ke atas tanah turut menyebabkan salah penempatan masyarakat ini.
Kekurangan akses kemudahan awam dan hak harta tanah menyebabkan rakyat Sarawak di pedalaman bergantung pada pembangunan politik.
Warga miskin di pedalaman Sarawak menyedari hanya Kerajaan Negeri yang boleh membantu mereka. Justeru mereka terus mengundi wakil rakyat BN dengan harapan keperluan akan dipenuhi.
Di sini ketara percanggahan untuk BN: menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan ini bermaksud kehilangan sokongan penduduk pedalaman yang tidak dapat dielakkan.
Pembangunan sedikit demi sedikit dan sembarangan di peringkat dalaman Sarawak memperkukuh kawalan oleh BN. Ia membuatkan masyarakat lebih berwaspada dalam mencabar pihak berkuasa.
Tidak perlu diperkatakan, tiada cara untuk mencapai ETP, NEM, 1Malaysia atau apa jua matlamat yang telah kita tetapkan sebagai sebuah negara.
Pembangunan bukan suatu ganjaran, ia suatu hak. Menyelesaikan paradoks ini, walau bagaimanapun, datang dengan kos politik tinggi yang melambung. Tetapi sekali lagi, BN tiada pilihan, kita tidak boleh hidup begini lagi.
No comments:
Post a Comment