Tuesday, October 12, 2010

Orang-orang Melayu mesti berubah

- Umno dan BN terbukti menjahanamkan Islam, membunuh bangsa Melayu

Sudah tiba masanya orang-orang Melayu berubah dan mengalihkan sokongan mereka daripada menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada menyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Umno dan BN yang telah memerintah negara ini selama 53 tahun, sebenarnya telah ‘melekakan’ dan melemahkan orang-orang Melayu.

Mereka (Umno dan BN) melekakan orang Melayu dengan slogan ‘Hidup Melayu’ dan hanya meletakkan agama Islam sebagai perkara sampingan, sedangkan Islam adalah asas kekuatan orang Melayu sebenarnya.

Perjuangan mendahulukan bangsa Melayu terbukti kini menjadikan orang-orang Melayu semakin ‘terhakis’.

Antara tindakan Umno dan BN melemahkan orang Melayu adalah dengan menghapuskan tulisan jawi dikalangan orang-orang Melayu.

Tulisan jawi merupakan tulisan bahasa Melayu yang gagal dihapuskan oleh penjajah walaupun mereka menjajah beratus tahun lamanya.

Tetapi, tulisan jawi berjaya ‘dibuang’ oleh pemerintahan Umno dan BN selepas negara mencapai kemerdekaan dari penjajah.

Tulisan jawi yang menggunakan huruf-huruf al-Quran tidak berjaya dihapuskan oleh orang-orang Inggeris, tetapi berjaya dihapuskan oleh pemimpin Umno dan BN.

Ia bermakna pemimpin Umno dan BN meneruskan kerja-kerja orang Inggeris, menghapuskan tulisan jawi dan melemahkan agama Islam.

PAS memimpin Pakatan Rakyat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Muafakat ketiga-tiga parti ini untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia kepada satu pemerintahan yang adil.

PAS, DAP dan PKR telah bersepakat menerima beberapa dasar yang berkait dengan agama, bahasa dan hak keistimewaan orang Melayu bumiputera.

DAP telah menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, menerima bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menerima hakikat perlunya Hak Keistimewaan Orang Melayu Bumiputera.

DAP menerima dasar-dasar tersebut kerana sedar dan faham bahawa Melayu merupakan teras politik Malaysia.

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dan menandatangani perkara tersebut dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan di Shah Alam pada 19 Disember, 2009.

Pemerintahan Umno dan BN selama 53 tahun lalu turut merosakkan orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia.

Kilang-kilang arak dan tempat-tempat judi tidak dibuka dan diadakan sewaktu Inggeris menjajah dan menguasai tanah air.

Kilang-kilang arak dan pusat-pusat perjudian telah dibuka setelah merdeka apabila Umno dan BN menjadi kerajaan.

Tidak berbaloi kepada orang-orang Melayu terus memberikan sokongan kepada parti Umno dan BN sedangkan mereka sedang dan terus menjahanamkam Islam dan menghapuskan orang Melayu itu sendiri.

Tidak padan, apabila orang-orang Melayu dapat upah RM 50, walaupun RM1000 apabila mengundi Umno dan BN dalam pilihanraya, sedangkan Umno dan BN merosakkan aqidah orang-orang Islam dan membunuh bangsa Melayu.

*** Intipati Ucapan Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada majlis Ceramah Perdana Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PAS Kawasan Kemaman, di Pekan Kemasik, Jumaat 8 Oktober.

BO

No comments:

Post a Comment