5,000 Hadir Ke Rumah Terbuka Presiden PAS
Rusila, MARANG - Lebih 5,000 orang hadir ke Majlis Rumah terbuka Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abul Hadi Awang di perkarangan Masjid Rusila hari ini, 1 Syawal, 1431H
Pelbagai lapisan rakyat hadir ke Majlis yang diadakan sebaik selesai Tuan Guru, Dato' Seri Abdul Hadi mengetuai solat sunat Eidul Fitri selaku khatib dan Imam.
Dalam khutbahnya, beliau berpesan supaya umat Islam menjauhi syirik dan kembali kepada ajaran Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Menurutnya, dunia pada hari ini penuh dengan 'kesakitan' yang disebabkan oleh tangan-tangan manusia sendiri yang tidak mengikut peraturan yang diturunkan oleh Allah SWT.
Berita penuh akan menyusul........
BO
No comments:
Post a Comment