KUALA TERENGGANU – Pembangkang menganggap individu yang cuba menaikkan kemarahan orang Melayu dengan membuka akaun Facebook dengan nama ‘Melayu Babi’ sebagai tidak bertanggungjawab.
Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, keadaan itu menunjukkan penulis terbabit tidak matang sehingga sanggup mencetuskan sensitiviti kaum di negara ini.
Bagaimanapun, beliau menyokong sepenuhnya berhubung laporan polis yang dibuat Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) sebelum ini terhadap perkara itu.
“Kita menyokong lapo-ran polis yang dibuat terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu supaya mereka sedar akibatnya, selain ia akan memberi kesedaran untuk menjaga penulisan mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Ha-rian, semalam.
Beliau berkata demi-kian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan satu akaun laman sosial Facebook sebelum ini yang menggunakan nama ‘Melayu Babi’ dan boleh menaikan kemarahan rakyat di negara ini.
Laman tersebut memiliki lebih 894 rakan di talian.
Bagaimanapun, Azman Shapawi yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat ketika ditanya sama ada mahu membuat laporan polis sebagaimana dilakukan GPMS, pihaknya tidak merancang berbuat demikian.
Beliau berkata, pihaknya ketika ini sedang melihat reaksi terhadap perbuatan terbabit.
Dalam masa sama, beliau meminta supaya perkara tersebut tidak dilayan dan menganggapnya tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak selain bertujuan menarik perhatian pihak lain.
“Kalau boleh jangan balas balik, jangan ikut rentak dia dengan membalas sesuatu yang tidak baik. Kalau kita ‘cool’, ini tidak akan berpanjangan, sebaliknya kalau jawab ia tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya lagi mencetuskan perkauman,” katanya.
No comments:
Post a Comment