Monday, September 13, 2010

PAS tidak akan bersama PERKASA yang mendokong perkauman

Sekiranya umat Islam mencari kemuliaan dengan selain daripada Islam, maka umat Islam akan menerima penghinaan daripada Allah SWT.

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Ijtima' Idulfitri Anak- Anak Terengganu di Perantauan yang berlangsung di Markaz Tarbiah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, disini, hari ini 12 September.

Dengan itu, beliau menegaskan PAS tidak berminat dengan perjuangan PERKASA yang diterajui oleh Ahli Parlime Pasir Mas, Dato' Ibrahim Ali.

"Sebab itu, PAS tidak boleh bersama PERKASA, (PAS) tidak berminat dengan pelbagai perjuangan yang berlandaskan kepada perjuangan perkauman yang di jadikan aqidah,"ujarnya.

Menurutnya, tidak salah seseorang individu sayang kepada bangsa dan sayang kepada kaum, namun, menjadikan kecintaan kepada bangsa dan kaum sebagai aqidah atau ideologi perjuangan adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, untuk menyatukan manusia mestilah dengan perasaan dan dengan hati, bukan setakat jasad sahaja.

Oleh itu, menurutnya, PAS sebagai sebuah parti Islam, menyatukan manusia dengan iman dan kemanusiaan.

"Untuk menyatukan perasaan dan hati mestilah dengan satu konsep yang diterima oleh fitrag, sifat semulajadi manusia, yang pertama menyatukan manusia dengan iman dan yang kedua menyatukan manusia dengan kemanusiaan,"jelasnya.

Sehubungan dengan penegasan Presidennya itu, PAS menjelaskan bahawa parti itu tidak akan bersama PERKASA yang jelas menjadikan kaum atau bangsa Melayu sebagai ideologi perjuangannya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Ustaz Abu Bakar Chik berkata PAS tidak akan bersama dengan kelompok yang rasis.

Menurutnya, PAS hanya akan bersama-sama sesiapa sahaja yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan atau pun mereka yang menerima dasar-dasar Islam dalam perjuangannya.

"Kita (PAS) Tidak bersetuju dengan langkah PERKASA, bahkan kita sekali-kali bersama dengan kelompok yang mendokong perkauman, kita akan hanya bersama-sama dengan mereka yang menjadikan Islam sebagai teras kepada perjuangan(nya),

"ataupun mereka yang menerima dasar-dasar Islam, walaupun dia (suatu kumpulan) bukan Islam,"tegaanya.

Bahkan, katanya, PAS akan menentang, walaupun kumpulan tersebut terdiri dari orang Melayu, yang mendokong perjuangan perkauman.

Justeru, beliau yang juga Ahli Jawtankuasa PAS Pusat berkata, PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sedang mengorak langkah menuju masyarakat Malaysia yang sejahtera dan keadilan untuk semua, menolak sebarang elemen perkauman yang sempit.





No comments:

Post a Comment