Friday, March 12, 2010

mahazalim! belum lagi PR rampas S'wak.. baru sokong jer dah tindas rakyat..

Subsidi rakyat ditarik kerana mengundi Pakatan Rakyat – Adun

Friday, 12 March 2010 12:49 PM
Oleh Masdar Wahid


KUALA LUMPUR : Kira-kira 300 penduduk dalam Daerah Serian, di Sarawak dinafikan hak mereka untuk mendapatkan subsidi baja hanya kerana menyokong dan mengundi calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya lalu di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Lintang, Voon Lee Shan berkata, kawasan itu merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan penafian subsidi baja itu sesuatu yang amat mendukacitakan kerana sesiapa pun calon yang diundi oleh rakyat merupakan hak mereka dalam konteks negara demokrasi.

“Saya mendapat laporan penafian subsidi baja itu melalui pembantu saya, Tay Wee Wee sebelum Krismas sebelum saya sendiri turun padang melihat dan mendengar sendiri hal tersebut.

Sebaik tiba, penduduk di kawasan terbabit memaklumkan pengagihan subsidi ditentukan oleh Ketua Kampung yang juga penyokong BN dan hak mereka dinafikan hanya kerana mengundi Pembangkang sebelum ini,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com.

Sebaik mendengar keluhan rakyat itu, beliau bersama penyokongnya dan beberapa wakil penduduk menemui pegawai daerah tersebut yang akhirnya berjanji menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Lee Shan yang juga bekas Ketua Polis Daerah menyatakan kekesalannya berhubung kejadian itu yang disifatkannya sebagai satu lagi siri kezaliman kerajaan BN yang kian takut dengan sokongan rakyat terhadap gagasan Pakatan Rakyat.

Pada pilihanraya negeri tahun 2006, beliau menumbangkan calon SUPP dari BN yang juga bekas Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Chan Seng Khai dengan majoriti 3,407 undi.

Sementara itu, semasa melawat kawasan itu, beliau turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas (gambar) yang hidup susah di kawasan tersebut.

Ahli BN mengadu masalah kepada Pakatan Rakyat

EraPakatan

No comments:

Post a Comment