Thursday, March 11, 2010

Anwar kecam Umno guna polis tekan pemimpin PR

Wan Nordin Wan Yaacob

PETALING JAYA, 11 Mac : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Umno BN yang menggunakan pihak polis untuk menakutkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta ahli Umno sedang menggunakan kaedah itu bagi menyekat Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Menurut beliau, segala isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pakatan rakyat adalah isu politik sebenar yang sewajarnya dijawab oleh Umno BN sama ada secara terbuka atau dibahaskan di dewan rakyat dan bukannya bertindak menggunakan pihak polis.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebagai mengulas tindakan lima orang pegawai polis merekod kenyataan beliau pagi ini.



Tiga pegawai polis itu daripada tiga balai berasingan di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada unit cawangan khas Bukit Aman.

Anwar diambil keterangan berhubung empat ceramah beliau di Pulau Pinang sebelum ini.

Turut menemani beliau pada sesi rakaman kenyataan itu adalah dua peguam, Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah serta ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tsin.

Antara isu yang sering dibangkitkan Anwar termasuk isu komisyen kapal selam scorpene, kes pembunuhan Altantuya dan misteri kehilangan enjin jet pejuang F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung laporan-laporan polis yang dibuat di Batu Maung, Kepala Batas, Kg Baru dan Kubang Semang.

Setakat ini, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang telah diambil keterangan berhubung ceramah mereka ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

Berita penuh menyusul...

No comments:

Post a Comment