"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar,"
Posted by rakyat marhaen Jumaat, 2010 Februari 05
Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.
Menteri Besar Kelantan itu berkata pemimpin Umno perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.
Nik Abdul Aziz juga berkata tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.
"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini.
Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.
Isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.
Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka tentang kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.
Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.
Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - BERNAMA
Ulasan GB
Demikian laporan Bernama yang cepat disebarkan oleh media arus perdana.
Mestilah ada dua kumpulan yang akan cepat melompat kegembiraan. Pertama sepastinya UMNO, kedua penyokong UMNO dalam PAS.
"Hah apa kamu nak cakap, TGNA sendiri sekarang dah suh duduk berbincang," jerit mereka.
Benar, itu yang dikatakan TGNA. Itu juga suruhan agama. Itu juga yang dianjurkan Allah dan RasulNya.
Duduk berbincang, tentang apa? Tentang hal-hal menyentuh agama. Bukan bincang nak bawa PAS atau Pakatan Rakyat memebentuk Kerajaan Perpaduan. Tetapi itu yang ditonjolkan Bernama.
Kalau dengan Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain boleh dilakukan, dengan UMNO tentulah lagi boleh. Bincang pasal apa? Pasal hal-hal menyentuh agama. PAS dah lama minta debat secara terbuka. Tak pernah dilayani.
UMNO di zaman Mahathir telah melakukan "rehearsal" debat PAS-UMNO untuk berdepan dengan PAS, yang oleh mantan Presiden PAS, Almarhum Ustadz Fadzil Nor menyatakan muzakharah itu bukan debat "PAS UMNO" tetapi debat UMNO-UMNO.
Bernama bersama media arus perdana yang lain tidak akan berhenti menyerang TGNA, tidak akan berhenti memanipulasikan ucapan TGNA, untuk mengenengahkan semula Kerajaan Perpaduan demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nazak, demi gagasan 1Malaysia yang runtuh semalam.
Sama seperti pertemuan Mustapha Mohd dengan TGNA, dieksploitasikan sedemikian rupa sehingga TGNA terpaksa membetulkan persepsi itu dengan katanya, "gi jahanamlah dengan UMNO!"
No comments:
Post a Comment