Wednesday, February 3, 2010

Konspirasi II : Ketibaan Anwar Disambut Laungan Reformasi



Tepat jam 2.26 petang, penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan sejurus selepas itu, Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dengan diiringi laungan reformasi.

Sebelum itu,berlaku sedikit kekecohan apabila ahli parlimen Batu, Tian Chua dan beberapa penyokong Anwar ditahan daripada memasuki mahkamah kerana membawa sepanduk yang dilipat.

Bagaimanapun, ianya diprotes dengan mengatakan tiada larangan untuk membawa sepanduk.

Laungan " kami rakyat Malaysia dan "membayar cukai" turut kedengaran memenuhi ruang legar mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Anwar, R. Sivarasa menenangkan keadaan dengan berjumpa dengan pihak polis.

Setelah Anwar memasuki mahkamah, sekali lagi kekecohan berlaku apabila Tian Chua dihalau daripada memasuki mahkamah dan sepanduk perhimpunan membantah kospirasi II terhadap Anwar cuab dirampas.

Tian Chua bersama penyokong Anwar kemudiannya membuka sepanduk tersebut diikuti dengan laungan reformasi diketuai oleh bekas Pengerusi Gerak yang menyertai PKR, Mohd Nazree Mohd Yunus.


tvSelangor

No comments:

Post a Comment