Monday, February 8, 2010

Fitnah II :“Ini peluru terakhir jet buruk Umno!” - Anwar Ibrahim

"Yang zalim ini sekarang pemimpin Melayu Umno, lalu kita mahu gantikan yang zalim ini dengan pimpinan Melayu yang baik, pemimpin Cina yang baik dan pemimpin India yang baik,"


Sunday, 07 February 2010 11:19 PM
Oleh Mohd Ali Bakri


KUALA LUMPUR : Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) melihat fitnah liwat yang dilemparkan terhadap beliau mutakhir ini adalah episod penipuan Umno yang terakhir sekali gus memerangkap parti itu sendiri.

"Mustahil mereka dapat menipu rakyat buat selamanya. Saya yakin, inilah episod penipuan mereka yang terakhir. Ini (fitnah) peluru terakhir jet buruk Umno," katanya ketika berceramah di depan para penyokong Pakatan Rakyat (PR) di sini, malam ini.

Anwar berkata, sikap Umno yang menyerang pimpinan PR mutakhir ini jelas ketara melibat penyusunan tipu helah yang tersusun.

"Mereka (Umno) serang habis-habisan Lim Guan Eng di Pulau Pinang, mereka serang Tuan Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) di Kelantan, tidak ketinggalan juga isu-isu membabitkan Ustaz Azizan di Kedah.

"Tapi tak mengapa. Kita akan guna jet 'fighter' yang enjinnya tak hilang untuk serang mereka kembali," katanya disambut deraian ketawa hadirin.

Rencana mereka (Umno), tambah Anwar, dalam masa yang singkat, mahu meletakkan sampel DNA untuk mengelirukan pandangan umum.

"Saya harap mereka ini sentiasa ingat; Firaun yang lebih besar pun boleh tenggelam di lautan, Raja Shah di Iran pun boleh tumbang dan akhirnya melarikan diri dengan kapal terbang.

"Yang zalim ini sekarang pemimpin Melayu Umno, lalu kita mahu gantikan yang zalim ini dengan pimpinan Melayu yang baik, pemimpin Cina yang baik dan pemimpin India yang baik," kata Anwar.

Nota: Era Pakatan boleh dihubungi melalui 03-61850744 / 0745 (Tel.), 03-61850744 (Faks.), atau menerusi editor@erapakatan.com, editorpakatan@gmail.com (Mel-E).

No comments:

Post a Comment