Friday, January 29, 2010

Kes bakar gereja : Tiga didakwa

Jan 29, 10 12:37pm

dikemaskini 1:00pm Dua beradik bersama seorang rakan mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan membakar Gereja Metro Tabernacle di Taman Desa Melawati pada 8 Januari lalu.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat menggunakan bahan letupan dengan niat menyebabkan kerosakan.

Ketiga-tiga mereka - Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, dan rakan mereka Azuwan Shah, 23 dibenarkan diikat jamin dengan RM20,000 sementara menunggu kes itu disebut semula pada 12 Mac ini.

Mengikut Seksyen 436, jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun.

Bahagian bawah gereja tiga tingkat itu musnah akibat dilempar dengan bom api.

Pada 20 Jan, lapan orang, termasuk dua beradik dan bapa saudara mereka dikenakan tahanan reman.


[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment