"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, "
kenyataan Salahuddin Ayub dipetik dari Harakah
PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz
BUKIT MERTAJAM, 19 0gos : PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.
Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.
Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.
Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.
Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.
Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.
Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.
Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.
Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.
"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.
Calon BN umpama padi basah
(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)
Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.
Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.
"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.
Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.
Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.
Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.
Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.
Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.
"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononnya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.
HarakahDaily/jiwokelate2009

kalau benar nak laksanakan hudud ,buat la skg .persidangan dewan negeri bolih mengundi untuk melaksanakannya bagi undang2 yg bolih di laksanakan bagi peringkat negeri . Jangan la islam dijadikan modal untuk kepentingan diri shj . Jgn adakan berbagai alasan untuk tidak melaksanakan. Rakyat sedang tunggu untuk melihat perlaksanaannya .Tidak kira apa fahaman politik ,rakyat sedang menunggu dan ingin melihat perlaksanaannya .Berkenaan dgn calon UMNO di PRKPP ,ulasan Majlis Peguam tidak bolih digunapakai kerana penyiasatan yg tidak menyeluruh dan juga mereka adalah bukan badan berkecuali melainkan mempunyai agenda2 politik yg tersendiri .
ReplyDeleteorg memali, iyo lah tu. Berkenaan hudu, kalau semudah itu, kenapa Umno tak nak gazet hukum hudud dalam negeri-negeri melayu islam? Tak percaya hudud ka? Kalau itu sebabnya, jatuh kafir lu. Baik bawak mengucap. Kalau percaya tapi takut nak buat, jatuh munafik pulak lu. Baik mengucap bang. Berkenaan PRKPP, biar lah rakyat yang memilih. Mencuri ni, seringgit ka, sepuluh ka, seratus ka, tetap mencuri. Hukumnya potong tangan. Umno memang lah pencuri. Jangan nak menghalalkan pencurian. Kafir jatuhnya. Menghalalkan yang haram yang jelas, seperti kamu menolak hukum allah. Menolak hukum allah yang jelas.... mengucap bang. Jangan jadi bangsa yang bebal. Takut allah laknat macam bangsa israel yahudi tu. Bangsa yang hebat diatas dunia, tapi laknat disisi allah. Umno banyak belajar dari Israel yahudi nampak.
ReplyDelete