Thursday, June 25, 2009

Rakyat Tolak Isu Pembangunan BN - Mat Sabu

prkn41.pas.org.my

TEMALIR, 24 Jun - Kempen Barisan Nasional di Manek Urai kali ini tidak lain dan tidak bukan adalah memainkan isu pembangunan. Tambahan lokaliti Dewan Undangan Negeri tersebut merupakan kawasan pedalaman.

Menurut bekas Ahli Parlimen Negeri Kelantan, Mohammad Sabu menyatakan salah satu sebab mengapa PAS tidak menang dan memerintah Malaysia ialah disebabkan isu pembangunan.

Bahkan Mohamad juga percaya dengan kenyataan Umno yang selalu memainkan isu pembangunan setiap pilihanraya menyebabkan orang ramai takut kepada PAS, kerana Umno lebih banyak mencanangkan sekiranya PAS memerintah, tiada pembangunan yang boleh dijalankan.

"Malah bantuan media massa arus perdana yang sememangnya diketahui umum nyata menyebelahi kerajaan BN," ujarnya merujuk berita-berita yang lebih banyak memaparkan kebaikan kerajaan BN.

Tetapi, pada penggal yang ketiga selepas pemerintahan Kelantan diambil alih kerajaan PAS dari BN sejak tahun 1990, kemiskinan di Kelantan jatuh ke tangga yang ke-6 dari tangga yang ke-2. Ini membuktikan bahawa negeri yang diperintah oleh BN seperti di Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri jauh lebih miskin dari negeri yang diperintah oleh PAS.

"Pembangunan itu lengkap atau tidak, semestinya ianya tidak lengkap, tetapi dari segi pembangunan tetap ada dengan mengikut kadar kemampuan negeri dan juga daripada kerajaan pusat", kata beliau dalam ucapannya di UPU Temalir dekat sini, semalam.

Tambahan menurut beliau, kawasan luar bandar di negeri Kelantan seperti di Manek Urai adalah lebih baik dari negeri lain terutama negeri yang ditadbir oleh kerajaan BN.

"BN kata PAS tak boleh buat pembangunan, itu adalah bohong. Jangan tergoda dengan isu pembangunan sedangkan negeri yang BN memerintah seperti di Sabah dan Sarawak jauh lebih teruk pembangunannya berbanding di negeri yang di perintah PAS", tegas beliau yang mesra di panggil Abang Mat itu.

Dalam pada itu, Mohammad optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat benar yang disampaikan kepada mereka. Malah sekarang terbukti bahawa pemimpin BN adalah orang yang mundur terkebelakang.

Hadir sama dalam majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Latif Abdul Rahman dan Adun Kelaboran, YB Mohd Zaki Ibrahim.




No comments:

Post a Comment