Thursday, December 31, 2009

JANGAN MIMPI NAK JADI CALON UMNO/BN PRU13 NANTI

Written by Admin
Thursday, 31 December 2009 01:43
Dari Kacamata : HALIK ZAMAN

TRAUMA 14 Disember amat menghantui kesegaran politik Perdana Menteri kita sekarang ini. Manakan tidak, nyaris-nyaris berlakunya PRU sekali lagi apabila pembentangan bajet cuma menang 3 undi sahaja. So close very dangerous situation! Dari sini dapat kita anggarkan bahawa betapa goyah dan goncangnya pentadbiran Najib kerana YB-YBnya sendiri memboikot bajet tersebut.

Belum pernah terjadi kes sebegini pada zaman-zaman pemerintahan PM-PM terdahulu. Waima pada zaman pemerintahan Pak Lah yang di labelkan sebagai PM ‘terlembik’ Malaysia. Kalau beginilah, maknanya Pak Lah jauh lebih baik daripada Najib.

Kemarahan Dato’ Seri Najib amat ketara sekali sehingga beliau dengan tegasnya mengugut untuk menukar calon-calon BN pada PRU13 akan datang yang beliau jelaskan dalam TV3 malam tadi.

Jangan mimpilah untuk dipilih sekali lagi jadi calon BN kepada yang tidak hadir ketika pengundian bajet itu, walau apa alasan sekali pun Dato Seri Najib tidak akan bertolak ansor. YB-YB tersebut cuma berada dalam Parlimen hanya 2 tahun lagi, lepas itu balik kampung tanam jagung.

Jelas sekali dari airmuka beliau, beliau amat gusar dengan gelombang reformasi yang dialunkan oleh Pakatan Rakyat. Walau pelbagai fitnah dan cerita dongeng yang UMNO/BN reka demi menjatuhkan pengaruh Pakatan Rakyat, namun usaha 'suci dalam debu' mereka tidak menampakkan hasil yang baik. Malah rakyat lebih terarah kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Jadi para ahli-ahli Parlimen yang selalu ponteng tu, berwaspadalah, anda mungkin tersenarai dalam 'black-listed' PM kita. Jadi pada ahli-ahli Parlimen yang telah bekerja untuk rakyat tapi suka ponteng Parlimen, adalah lebih baik berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat kerana anda yang tidak hadir pada sesi pembentangan bajet 14 Disember merupakan YB-YB yang bakal di 'kick-out' dalam senarai calon pada PRU yang akan datang.

Daripada terlambat bertindak keluar, ada lebih baik bermula langkah kanan dari sekarang.

Jika Ahli Ahli Parlimen yang di 'black list' itu bertindak keluar BN dari sekarang masuk Pakatan Rakyat, anda punya peluang untuk jadi calon Pakatan Rakyat di PRU13 nanti kerana Pakatan Rakyat terhutang budi dengan tindakan anda.

Buat apa lagi ditunggu pada payung yang sudah semakin koyak itu? Sedangkan Pakatan Rakyat telah menyediakan teduhan yang lebih baik dan selesa untuk anda semua. Lihat apa yang UMNO/BN buat pada anda?

Secara terang-terangan PM menyatakan ugutan beliau dalam Buletin Utama, 29 Disember. Mengapa PM begitu tegar mengeluarkan kenyataan sedemikian? Mungkin kerana kamu YB-YB yang tidak boleh digunapakai oleh UMNO/BN lagi. Untuk jadi 'spare part' pun kamu sudah tidak laku lagi.

Disebabkan YB-YB yang pontenglah maka nyaris-nyaris lagi PM harus mengucapkan selamat tinggal pada Pejabat PERDANA MENTERI. Oleh sebab YB-YB yang tidak hadir pada sesi pembentangan bajetlah, ‘Big Mama’ sikit lagi hilang glamour dan glitters nya. Tidakkah haru-biru kalau ini terjadi? Takut-takut nanti ada yang 'sejuk' dalam tidur dek kerana tidak dapat terima kenyataan UMNO/BN dah semakin menuju kehancuran.

Jadi, YB-YB BN, apa nak tunggu lagi? Berhijrahlah kepada Pakatan Rakyat kerana anda lebih dihargai. Kerja separuh mati pun kalau UMNO/BN tidak hargai buat apa?

Pada YB-YB yang sedang 'honey-moon' itu pun baliklah bekerja kerana anda mungkin tersenarai dalam 'reject list' PM kita. Bila sudah tidak jadi YB lagi, artis pun cabut tanpa ucap 'good bye' lagi.

Jika diimbau kembali, cukup juga Allah swt menampakkan 'the true colours' of UMNO/BN. Satu persatu kemungkaran yang mereka lakukan terkeluar di mata rakyat. Sikap 'asli' YB-YB UMNO/BN satu-satu dipertontonkan kini.

Di mana semangat 'keris pemuda' UMNO/BN yang Hishamuddin agung-agungkan di setiap perhimpunan agung UMNO? Gamaknya semangat keris sudah berpindah kesemangat reformasi yang menjadi tunggak perjuangan para ANGKATAN MUDA Pakatan Rakyat.

Apa yang tinggal kini hanyalah replika keris tanpa semangat. Ibarat lagu, layu sebelum berkembang. Mana tidaknya, purata anak-anak muda yang ada pada hari ini tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kepimpinan UMNO/BN. Ramai yang sudah beralih arah. Jadi anda bila lagi?

Malam tadi dalam TV3, PM kita secara terang memperlihatkan kegusaran yang terpendam di hati beliau. Siap main ugut-ugut lagi. Secara tidak langsung menampakkan kepincangan dalaman UMNO/BN. fobia PM dan Pak menteri lain semakin menjadi-jadi sehingga ianya menjadikan 'suatu mimpi ngeri' buat UMNO/BN. Insya Allah dengan izin Allah swt, kita akan sama-sama dapat melihat lebih banyak penipuan UMNO/BN kepada rakyat.

Entahlah selepas ini apa lagi 'harta rakyat' yang telah mereka lesapkan akan kedengaran dan ketahuan?


No comments:

Post a Comment