Wednesday, November 11, 2009

Sidang Media Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali

Sidang media Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Ali di lobi bangunan DUN Selangor petang tadi

Oleh : RUWAIDA MD ZAIN
ruwaida@sinarharian.com.my


Soalan: Datuk ada menerima surat tunjuk sebab?

Jawapan: Saya sudah terima surat semalam.

Soalan: Apa kandungan di dalamnya dan apa pertuduhannya?

Jawapan: Tidak perlu tahu sebab itu hal dalaman di dalam parti.

Soalan: Datuk bersedia untuk menjawab apa yang terkandung dalam surat tunjuk sebab terbabit?

Jawapan: Perkara itu bukannya susah sangat. Benda yang hendak dijawab pun benda yang jelas. Jadi, tiada apa yang saya rasa, saya pun tiada keraguan, tiada kebimbangan, biasa sahaja. Tunjuk sebab secara bertulis, pada masa yang sama ia terserah kepada jawatankuasa disiplin.

Soalan: Berapa pertuduhan yang terkandung dalam surat terbabit?

Jawapan: Wa’allahuallam, saya akan mengemukannya , apa yang diminta itulah dia, berapa tuduhan tidak perlu tahu.

Soalan: Adakah Datuk merasakan perkara ini tidak adil.

Jawapan: Keadilan ini merupakan suatu yang subjektif, saya hanya sebagai ahli parti dan misalnya ada dakwaan-dakwaan terhadap saya, saya mesti jawab. Mereka pun mesti ada asas-asas yang kukuh dan mereka tidak akan menghadapkan saya kepada jawatan kuasa disiplin. Tetapi saya berlapang dada seperti yang dulu saya sebutkan dan saya akan memberikan seluruh kerjasama untuk mencari penyelesaian. Pada saya perkara ini tidak besar dan kalau tengok bentuk-bentuk kesalahan pun bukannya ada yang jenayah dan tidak ada penyalahgunaan kuasa dan sebagainya kerana ini hanya tuduhan dakwaan yang berkaitan mungkin ada beberapa perkara yang difikirkan tidak selari dengan peraturan dan perjalanan di dalam parti.

Soalan: Adakah perkara ini akan selesai dengan penjelasan kepada jawatankuasa disiplin?

Jawapan: Memang hendak mencari satu penyelesaian, mungkin ini satu penyelesaian yang paling baiklah, bermakna saya diberi peluang untuk mengemukakan hujah-hujah dan sebagainya..

Soalan: Apa kemungkinan yang akan berlaku?

Jawapan: Selepas itu kemungkinannya saya tidak tahu apa yang akan jadi, sama ada saya dipanggil untuk bertemu dengan jawatankuasa ke ataupun tidak, atau pun hanya cukup dengan yang bertulis yang sedang saya sediakan dan saya akan hantar kepada mereka.

Soalan: Siapa yang membuat aduan?

Jawapan: Itu saya tidak tahu , Pas Selangor tidak buat aduan, saya tidak dapat menentukannya, tapi dari segi rasminya, hanya saya yang tahu pasal Pas Selangor kerana saya Pesuruhjaya Pas negeri.

Soalan: Adakah ia berkaitan dengan isu Selcat?

Jawapan: Perkara ini ada kait mengait, tetapi konsentrasinya hanya kepada perkara ini, tetapi isinya biar saya dan jawatankuasa disiplin sahaja yang tahu, benda ni kan rahsia, eloklah diketahui pimpinan parti yang berkaitan sahaja.


SinarHarian

No comments:

Post a Comment