“Jika semua pintu untuk saya bercakap dihalang, melainkan pentas politik, saya terpaksa fikirkan perkara itu,”
Oleh Mohd Zuharman
KOTA BHARU, 9 Nov — Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar) tidak menolak kemungkinan keterlibatannya di pentas politik sekiranya ruang itu boleh menjadi platform untuknya bercakap.
Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri selepas membuat kunjungan hormat kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabatnya di sini, tengahari tadi.
“Jika semua pintu untuk saya bercakap dihalang, melainkan pentas politik, saya terpaksa fikirkan perkara itu,” jelasnya sebelum ini tidak pernah berfikir, malah menganggap tiada sebarang keperluan untuknya menyertai politik.
Beliau menegaskan, konsep asal asas perjuangannya adalah dakwah bagi menyampai serta mengembangkan ajaran dan pemikiran Islam secara terbuka dan menyeluruh.
Baginya jika mana-mana kerajaan negeri membuka ruang kepada kelompok pemikir secara tenteram pastinya ia akan dihormati oleh rakyat.
Asri melakukan kunjungan hormat kepada Nik Aziz, antara lain adalah untuk menziarahinya selepas tidak berkesempatan mengunjunginya sewaktu menjalani rawatan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), baru-baru ini.
Beliau adalah bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis, baru-baru ini ditangkap oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Hulu Klang kerana dikatakan memberi kuliah tanpa tauliah selain didakwa mengamalkan fahaman Wahabi kepada pengikutnya.
Berikutan peristiwa itu beliau mendakwa wujud konspirasi bertujuan menjatuhkan maruah dan imejnya apatah cara penangkapannya seolah-olah menyamai operasi untuk menangkap Nordin Mat Top.
Sementara itu semasa menjawab keterbukaannya untuk menyertai PAS, dan respon Nik Aziz terhadap peristiwa yang mencetuskan kontroversi itu beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar itu di atas sokongan serta nasihatnya yang penuh berhikmah.
“Kelantan memang sejak dahulu panggil saya, dan tuan guru berhubungan baik dengan saya. Malah sekejap tadi tok guru sebut zaman menuduh orang Wahabi telah dilaluinya, dia kena benda yang sama, dia harap sabar dan menulis bersunggu-sungguh supaya menulis pemikiran tajdid ini,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak (Pakatan Rakyat) yang dilihatnya setakat ini cuba beri ruang kepadanya.
themalaysianinsider

No comments:
Post a Comment