Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ditangisi pemergian bulan penuh Rahmat dan Barakah, bulan Ramadhan. Sempatkah kita bertemu Ramadhan yang akan datang? Namun kesan tarbiah seharusnya masih berbekas di setiap jiwa. Sesungguhnya Ramadhan bulan melatih diri untuk kebaikan yang akan diteruskan pada bulan-bulan seterusnya.

Syawal seharusnya disambut dengan penuh keazaman untuk mengekalkan kebaikan dan terus istiqamah dalam setiap lunas amalan. Syawal yang bakal kita lalui kini perlu dihargai kerana ia mampu menjadi medan istiqamah amalan yang berpanjangan tidak kira dalam apa juga sudut setiap jiwa insan tidak mudah luntur dengan roh Ramadhan. Insyaallah...

Laungan takbir kedengaran sebaik sahaja senja melabuhkan tirainya…


Firman Allah: "Dan sempurnakanlah ibadah puasa kamu mengikut bilangan hari dalam bulan Ramadhan (29 atau 30 hari), dan bertakbirlah (membesarkan Allah) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (AlBaqarah : 185)

Get this widget Track details eSnips Social DNA

Dikesempatan ini aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Ampun Maaf Zahir & Batin kepada kedua ibu bapaku, isteriku dan tiga puteriku serta seluruh ahli keluargaku (Tready Family) dan juga keluarga mertuaku di mana jua mereka berada.

Kepada teman dan rakan seperjuangan, dahulu dan sekarang, semoga persahabatan kita berkekalan.

Juga kepada seluruh ahli, penyokong dan saf kepimpinan tertinggi Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party Malaysia (DAP) serta blogger Pakatan Rakyat beragama Islam di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

TAKBIR! Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.




No comments:

Post a Comment