Monday, August 3, 2009

Tindakan Polis Yang Paling Menjijikkan



Polis bertindak membabi buta, mengejar orang ramai umpama mengejar haiwan dan menangkap serta mengikat tangan sesiapa sahaja yang mereka mahu tangkap, tanpa sebarang alasan.


Tangkapan mula dibuat seawal jam 10.00 pagi. Sesiapa sahaja yang dilihat samada memakai baju T berlogokan anti ISA atau yang berlambang parti atau sesiapa sahaja yang mereka mahu tangkap.

Seorang rakan media memberitahu, tiga orang pemuda telah ditahan sekitar jam 12.00 tengahari berhampiran stesyen LRT Masjid Jame’, tidak ada apa-apa kesalahan, namun kemudiannya polis meminta mereka memegang baju T berlogo anti ISA yang mereka rampas, dan ambar ketiga-tiga pemuda itu diambil.

Demonstrasi yang sepatutnya aman, bertukar menjadi kacau bilau dan huru hara, krana tindakan polis melepaskan pemedih mata dan menyembur air kimia.

Malah, komandan Polis Pencegah Rusuhan (FRU) yang bernama Zainy dengan jelas ketika memberi arahan kepada pasukannya dengan mengatakan “bersedia musuh dihadapan, bersedia….”katanya ketika dirakam berada di tengah-tengah persimpangan, berhadapan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dengan jelas dan lantang, seorang penjawat awam, penguatkuasa undang-undang yang bernama Zainy, yang duduk diatas trak FRU menganggap semua yang ada dihadapan mereka adalah musuh, umpama musuh Negara.

Umpama komunis, umpama penjenayah, umpama pengedar dadah, umpama pembunuh dan perogol bersiri. Sedangkan semua rakyat yang hadir adalah mereka yang membayar cukai, untuk digunakan oleh kerajaan membayar gaji Zainy dan kemudiannya, beliau menyuapkan rezeki tersebut kedalam mulut anak isterinya.

Antara rakaman penting yang dibuat oleh Buletin Online sepanjang demonstrasi semalam adalah saat-saat ketika Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik, AJK PAS Pusat cuba ditangkap dengan kekasaran, Sivarasa Rasiah ditangkap tanpa sebarang sebab dan seorang tua berumur 61 tahun, yang mempunyai kesan jahitan didada, kesan pembedahan jantung, turut ditahan polis tanpa belah kasihan.

BuletinOnline

No comments:

Post a Comment