Pemuda UMNO Bukit Katil menggunakan budaya gangsterisme bagi menakut-nakutkan masyarakat dalam memastikan kedudukan Barisan Nasional terjamin.
Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka Kamaruddin Sedik berkata, budaya berkenaan dilakukan apabila mereka merasa tergugat dengan sambutan orang ramai terhadap Pakatan.
Katanya, apa yang lebih mengejutkan Pemuda UMNO menggunakan budaya berkenaan kepada Wakil Rakyat Pembangkang sehingga mendatangkan kecederaan.
"Isunya sekarang UMNO rasa tergugat dengan keadaan di Melaka, masalah dihadapi Ali Rustam dan mereka cuba menakut-nakutkan orang dengan wujudkan budaya gangster seperti saya lalui semasa hantar memo kepada Ali Rustam, diserang 40 Pemuda.
" Kawasan yang 'panas' hanya di kawasan Bukit Katil iaitu kawasan Ali Rustam dan Bahagian lain tiada masalah," Katanya ketika mengulas menenai kejadian tindakan ganas Ketua Pemuda UMNO Bukit Katil dan 40 pengikutnya menyerang dan memecahkan peralatan milik Pas dan DAP kelmarin.
Katanya, Pemuda UMNO tidak seharusnya mengambil tindakan membelakangkan undang-undang perlu berani mengambil langkah yang sama membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencari pengundi baru.
"Kalau mereka tidak berpuas hati, dalam demokrasi sepatutnya dia juga berlumba-lumba lakukan daftar keahlian atau daftar pemilih. Dia boleh buka meja tetapi masalahnya orang dia tidak bergerak,"katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP Melaka Tey Kok Kiew berkata, sebelum kejadian berkenaan terdapat cubaan dari pihak berkenaan yang meminta SPR menghalang langkah yang dibuat DAP dan PAS.
"Sebelum ini saya diberitahu pegawai SPR kita buat di pasar malam ada orang tidak puas hati, Meraka minta SPR halang kami,"katanya.
Katanya, UMNO berasa tergugat kerana kejayan DAP mendapatkan lebih 1000 pendaftar baru dalam tempoh sebulan dan menyedari tren belia kini yang menolak pendekatan BN yang tidak lagi relevan.
"DAP termasuk saya adalah penolong pendaftar secara sah yang dilantik SPR. Tujuan kami adalah ikhlas pergi ke pasar malam untuk membantu rakyat," katanya.
Kelmarin, Pemuda UMNO Bukit Katil bertindak ganas dengan membawa cota menyerang anggota PAS dan DAp yang membuka kaunter pendaftaran pemilih baru di sebuah pasar malam sehingga mencederakan seorang wakil rakyat.
TVA
Monday, July 6, 2009
Tergugat, UMNO Guna Budaya Gangster
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment