Persatuan Pemborong dan Peniaga Ikan Kelantan akan mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan pemimpin Umno yang didakwa memperlekehkan profesyen mereka.
Selain itu mereka juga akan menyatakan sokongan terhadap calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang juga ahli persatuan berkenaan.
Kira-kira 1,000 pemborong dan peniaga ikan dari seluruh Kelantan dijangka hadir pada program tersebut yang diketuai presidennya, Ahmad Tarmizi Salleh diadakan di di Pasar Laloh, jam 5 petang.
Penasihat Jentera Operasi Pilihanraya PAS Dun Manek Urai, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan memperlekehkan profesyen peraih dan peniaga ikan pada ceramah sempena kempen pilihan raya kecil baru-baru ini.
"Cara pemimpin Umno mempersendakan calon PAS sebagai peraih ikan dan dibandingkan dengan calon BN yang mempunyai akademik tinggi menimbulkan rasa tidak puas di kalangan peniaga ikan.
"Sebab itulah mereka mahu mengadakan perhimpunan bagi membantah tindakan pemimpin Umno terbabit seolah-olah mempersendakan profesyen peniaga ikan," katanya di sini semalam.
Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah merupakan pemborong ikan yang berjaya di Kuala Krai. Manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mempunyai ijazah dari UTM.
Perbezaan latar belakang pendidikan dua calon tersebut dijadikan bahan kempen Umno dan Barisan Nasional yang disifatkan menghina golongan peniaga ikan.
Manakala petang ini akan diadakan program Jasamu Dikenang sebagai menghargai peneroka awal yang membuka tanah di beberapa tempat di Dun Manek Urai.
Penempatan tersebut diwujudkan melalui Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Kelantan (LKTN) yang bertanggungjawab menyelia pembangunan tanah di beberapa kawasan termasuk di Chuchuh PUteri, Sungai Sok, Lata Rek, Sungai Rek dan Peria.
Bagaimanapun selepas BN mentadbir Kelantan pada 1978, LKTN ditukar kepada Kesedar yang kini lebih menjadi perkakas kepada Umno bagi memperluaskan pengaruhnya di kawasan selatan Kelantan.
Program Jasamu dikenang tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Falahiah, sungai Sok jam 3 petang yang akan dirasmikan Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob.
HarakahDaily
Friday, July 10, 2009
peniaga ikan berhimpun bantah penoreh getah yang sombong
1,000 peniaga ikan bantah Ahmad Maslan di Laloh esok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment