Thursday, July 16, 2009

Lawan Sampai Akhir - Anwar

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berikrar untuk melawan apa sahaja cubaan kerajaan pusat menghancurkan Pakatan Rakyat.

"Kita akan menjadikan ia sukar untuk mereka, kita akan lawan mereka di setiap peringkat," kata Anwar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini.

Mantan Timbalan Perdana Menteri itu melahirkan rasa marah beliau kepada usaha Perdana Menteri Najib Abdul Razak untuk mengertak pihak pembangkang.

Beliau berkata demikian selepas mahkamah menolak permohonan pasukan pembelaan untuk mencari ketua pembelaan baru, selepas peguam veteran Sulaiman Abdullah dimasukkan ke hospital semalam.

"Sistem ini masih mendokong kezaliman. Kita perlu ubah sistem ini," tegas Anwar.

Beliau berkata pentadbiran Najib mencabul institusi awam seperti badan kehakiman dan suruhanjaya pencegahan rasuah untuk kepentingan politik, mengancam pemimpin-pemimpin pembangkang atas tuduhan yang tidak berasas.

"Adalah hak kamu untuk mendapatkan perbicaraan yang adil, hak kamu untuk dilindungi dari samseng dan ah long, tetapi bagaimana pula dengan PKFZ (Zon Bebas Pelabuhan Klang)? Kemana siasatannya?" kata Anwar kepada Umno-BN dan Najib.

"Kamu ingat kamu boleh bisukan pembangkang dengan menakut-nakutkan saya? Kamu ingat dengan mengasari Anwar seperti ini, Anwar akan berdiam diri? Kamu sudah salah, kita akan terus laksana hak kami bersuara untuk rakyat," sumpah Anwar.



TVA

No comments:

Post a Comment