Wednesday, July 15, 2009

Khir Toyo & geng pakat boikot sidang DUN

Gantung dewan : 20 ADUN BN boikot sidang DUN

15/07/2009 1:45pm

SHAH ALAM 15 Julai – Seramai 20 orang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) memboikot sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Tindakan itu dibuat sebagai membantah usul penggantungan lima wakil rakyat BN kerana mengkritik Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang dibahaskan hari ini.

Lima wakil rakyat berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo; (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; Datuk Warno Dogol (Sabak); Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Marsum Paing (Dengkil).

ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mencadangkan Mohd. Khir digantung selama setahun daripada menghadiri sidang DUN manakala empat lagi ADUN BN selama enam bulan.

Malah, cadangan usul itu termasuklah menarik sementara elaun dan kemudahan mereka sebagai ADUN sepanjang tempoh penggantungan tersebut.

Menurut Mohd. Khir, keputusan untuk memboikot DUN itu diputuskan kerana beliau menyifatkan usul berkenaan tidak sepatutnya dibangkitkan dalam DUN kerana beliau serta empat ADUN BN lain tidak melakukan apa-apa kesalahan termasuklah menghina sidang dewan. - Utusan




No comments:

Post a Comment