Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan laporan polis terhadap Timbalan Pendakwaraya Hanafiah Zakariah dan Pengarah Pendakwaaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Razak Musa kerana memalsukan afidavit dalam kes Liwat II.
Razak dituduh berbuat demikian selepas mendapati afidavit beliau bagi mengagalkan permohonan Anwar supaya mahkamah menggugurkan pertuduhan liwat mempunyai maklumat palsu.
Hanafiah selaku pendakwaraya yang meneliti afidavit Razak pula dituduh terbabit sama kerana meluluskan akuan bersumpah palsu itu.
Anwar dalam permohonannya ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meminta supaya pertuduhan digugurkan kerana ia bermotifkan politik yang dirancang oleh Peguam Negara Gani Patail dan Ketua Polis Negara Musa Hassan.
Razak dalam akuannya berkata kesemua panel tiga anggota yang ditubuhkan SPRM bagi menyiasat campurtangan Gani dan Musa dalam kes Anwar Ibrahim mendapati dua individu terbabit adalah tidak bersalah.
Namun akuan bersumpah ini palsu apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz di Dewan Rakyat berkata salah-seorang dari panel mendapati adanya unsur-unsur campurtangan dari Gani dan Musa.
"Pihak pendakwaraya dengan jelas telah memanipulasikan bukti dalam kes ini, yang bermakna penipuan tidak terhenti setakat 1998 hingga 2009," tegas Anwar ketika ditemui media di Balai Polis Damansara.
TVA
Wednesday, July 22, 2009
Kes Liwat II : Pendakwaraya Kemuka Akuan Palsu Ke Mahkamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment