Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menerima tamparan hebat apabila sejumlah 95 peratus rakyat mengatakan mereka tidak yakin pihak berkuasa boleh menjamin keselamatan orang ramai.
Dalam satu soal selidik di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, 95&% responden, bersamaan 5,209 peserta, berasakan kerajaan tidak mampu menjaga keselamatan mereka.
Dalam tiga hari tinjauan soalselidik elektronik dinaikkan di laman sesawang Kementerian Dalam Negeri, 6,058 peserta berasakan kadar jenayah yang meningkat mutakhir ini menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan, manakala 5,549 peserta merasakan pihak berkuasa tidak mampu menjamin keselamatan mereka.
Begitu menurut rencana terbaru Penasihat DAP Lim Kit Siang di laman blognya hari ini.
Bermula 23 Julai lalu, penyertaan awal adalah seramai 866 bagi tinjauan pertama dan 894 bagi tinjauan kedua.
Jumlah peserta meningkat pada hari berikutnya kepada 2,846 bagi tinjauan pertama dan 2,619 bagi tinjauan kedua.
Hari terakhir tinjauan mencatatkan respon dari 6,058 orang bagi tinjauan pertama dan 5,549 bagi tinjauan kedua.
Keputusan ini menunjukkan sejak 23 Julai jam 12 malam hingga 26 Julai jam 10 pagi, 97 peratus responden secara konsisten mengatakan mereka tidak berasa selamat, manakala 95 peratus secara konsisten menjawab kerajaan tidak mampu menjamin keselamatan mereka.
"Hanya ada satu kesimpulan dari statistik ini - akuan bahawa Musa Hassan telah gagal sebagai Ketua Polis Negara, dan perlunya KPN baru untuk membebaskan Malaysia dari jenayah," tegas Kit Siang.
"Kes ragut sahaja meingkat 99 peratus dari Januari hingga April tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Sebanyak 1,206 kes dilaporkan dalam empat bulan tahun ini berbanding 606 sahaja tahun lalu. Bahkan jumlah 1,206 ini adalah kecil kerana majoriti mangsa tidak melapor kerana mereka tidak lagi yakin pada polis," tambahnya lagi.
TVA/Kelab GB

No comments:
Post a Comment