Friday, June 19, 2009

Shahrizat, pelawaan mu ditolak!

Sidang media oleh MP Muslimat PAS yang diketuai YB Siti Zailah Mohd Yusof (Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat), Dr Siti Mariah Mahmud, Dr Lo' Lo' Ghazali dan Atirah Aiman Al Jundi pada 18 Jun 2009 di Lobi Parlimen

Semalam, Shahrizat dilaporkan berkata akan menghantar jemputan kepada Dewan Muslimat PAS untuk mengadakan perbincangan dalam isu-isu yang menyentuh penyatuan kaum Melayu-Islam di negara ini.

Katanya, langkah itu dibuat sebagai menyokong keikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berunding tanpa syarat dengan kepimpinan PAS berhubung kerajaan perpaduan.

"Saya selaku ketua pergerakan Wanita Umno, akan mengutuskan jemputan kepada ketua Dewan Muslimat PAS untuk kami kaum wanita duduk berbincang bagaimana boleh menentukan penyatuan kaum Melayu Islam yang sedia terjalin di negara ini,'' katanya dalam satu kenyataannya semalam.





No comments:

Post a Comment