SEKEMBALINYA semula ke jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 di Stadium Melawati, Selangor telah membangkitkan semangat Dato' Harun Taib meneruskan agenda "Islam Memimpin Perubahan".
Masa depan politik dan negara kini perlukan perubahan secara menyeluruh dan PAS "menawarkan" dirinya. Berikut interbiu eksklusif wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD bersama Dato' Harun Taib di rumahnya di Markaz Tarbiyyah PAS Kubang Lembek, Manir. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang baru untuk sesi ini, bagi mengupas beberapa isu berbangkit dalam PAS.
HARAKAH: Pertamanya, Harakah ucap terima kasih dan tahniah kepada Ustaz atas perlantikan sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu. Apa perasaan Ustaz?
DATO' HARUN TAIB: Kita dalam perjuangan Islam bila diberikan tanggungjawab maka ini merupakan satu beban dan satu amanah kepada kita. Dan kita mesti memikul amanah itu sebaik mungkinlah.
Ustaz, isu kepimpinan ulama dalam PAS sengaja diberi gambaran yang bersifat negatif oleh pihak-pihak tertentu. Apa pendirian PAS?
Isu kepimpinan ulama ini yang dikemukakan ole Pemuda PAS pada tahun 1982. Kemudian, dalam Muktamar Tahunan PAS 1983 dan secara kebetulannya, Dato' Asri Muda melepaskan jawatan dia (Yang Dipertua PAS).
Maka, dengan sebab itu dipangku oleh almarhum Haji Yusuf Rawa. Tapi pada masa itu tidak boleh dikatakan Dato Asri bukan di kalangan ulama sebab dia seorang guru juga dan mengajar di Sekolah Agama di negeri Perak.
Begitu juga dengan almarhum Dr Burhanuddin Helmi, seorang yang belajar agama tetapi akhirnya, dia menceburi bidang perubatan dan kedoktoran. Jika ikut sejarah begitulah. Tapi pada tahun 1983, dipertegaskan oleh Pemuda mahukan "Kepimpinan Ulama".
Ini bukan tuntutan dari Dewan Ulama. Jadi tahun 1983, pemangku Presiden almarhum Haji Yusuf Rawa, timbalannya Dato' Mohd Fadzil Noor dan Naibnya, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Begitulah seterusnya, apabila Presiden PAS, Dato' Mohd Fadzil Noor, timbalannya Ustaz Hadi Awang dan Naibnya Ustaz Hassan Syukri dan Ustaz Nakhaie Ahmad. Kemudian Ustaz Nakhaie pergi (masuk Umno).
Selepas itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pula pegang Presiden PAS dan timbalannya, Ustaz Hassan Syukri dan Naibnya Ustaz Azizan Abdul Razak dan Ustaz Ahmad Awang dan sebagainya. Kemudiannya, tempat Ustaz Hassan Syukri itu diambil-alih pula oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa.
Begitulah tradisi seterusnya dan perjalanan sejak tahun 1983 hingga sekarang tidak ada masalah dan berkembang maju. Jadi cadangan Dewan Ulama nya untuk mengekalkan tradisi itu.
Gambaran yang diberi seolah-olah PAS menghadapi masalah dengan penyertaan golongan profesional. PAS bakal terhakis kepimpinan ulama. Komen Ustaz?
Itu tidak kena dan memang sudah dari awal lagi PAS ini dianggotai oleh dua kumpulan yang dipanggil ulama dan yang dipanggil golongan profesional. Ini satu gabungan yang mantap. Tetapi pernah berlaku satu peristiwa antara Anwar Ibrahim dengan Dr Mahathir.
Ramai orang-orang dari kumpulan yang lain dari PAS yang bersama-sama dengan Anwar Ibrahim pada masa dia berada dalam Umno. Apabila dia (Anwar) ditendang dari Umno, maka, sebahagian dari mereka datang kepada PAS, sebahagian kepada Parti KeADILan Rakyat (PKR).
Pada masa itu kemungkinan ada orang merasakan dengan ramainya kumpulan ini dalam PAS "membimbangkan", maka ketika itu peri pentingnya gabung-jalin antara ulama dengan profesional.
Sebenarnya, pernah berlaku dalam PAS jawatankuasa sama ramai tetapi keterhakisan itu tidak berlaku kerana orang yang bergelar ulama semakin lama semakin ramai. Profesional tidak ramai dan yang mampu memimpin di peringkat akar umbi ini kita percaya orang mahukan ulama.
Sebab, hendak ke surau masjid mahukan orang yang tahu Islam, hendak tarbiyyah orang kena tahu Islam. Jadi tidak timbul keterhakisan ulama. Semua peringkat termasuk di kalangan Pemuda ada pelapis ulama.
Bagaimana dengan persiapan awal PAS Terengganu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 akan datang? Sasaran PAS berapa kerusi?
Sasaran kita (PAS) mahu menubuh kerajaan di Terengganu yang bermula 17 kerusi dan ke atas. Jadi hendak tubuh kerajaan mesti 17 kerusi dan ke atas bagi membolehkan PAS menubuhkan kerajaan di negeri ini.
Kita akan atur satu pendekatan yang lebih baik lagi, Insya'Allah. Mudah-mudahan, Allah Taala membuka pintu hati para pengundi dan lain-lainnya untuk menyokong perjuangan Islam.
Jika bercakap soal hendak "merampas" dan memerintah semula negeri Terengganu dari kerajaan BN, apakah usaha yang telah dilakukan dan jentera parti bagaimana?
PAS tidak ketandusan jentera parti dari dahulu lagi. Kita mempunyai jentera parti yang mempunyai kemahiran. Sejak dulu lagi, kita mempunyai jentera parti yang separuh mahir tetapi sekarang ini kita sudah ada jentera parti yang mahir di semua peringkat. Saya rasa jentera parti kita tidak ada masalah bukan sekarang sahaja tapi dahulu pun begitu juga, Alhamdulillah.
Apakah terdapat usaha-usaha PAS Terengganu untuk mendekati Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat bukan Islam?
Kita telah ada satu lajnah untuk mengatasi masalah Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Swasta. Jawatankuasa Kerajaan dan Swasta (JKS). Pendekatan kita dengan mereka adalah pendekatan yang mereka tidak merasa cemas dan kita pun tidak merasa sukar.
Tapi Ustaz, imej PAS yang dilihat berserban dan berjubah itu semacam "ekstrem"! Benarkah begitu?
Jika tengok orang di Iran lagi banyak pakai serban. Hizbullah, banyak lagi pakai serban. Itu tidak ada masalah dengan serban. Sebab orang bukan Islam ini, dengan orang pakai serban mereka suka. Ini orang "Tuhan Allah punya orang" (orang baik-baik).
Apa yang penting pendekatan kita dengan mereka. Walau pun tidak pakai serban tapi muka "masam" tidak senyum, orang tidak suka juga. Dan jika orang pakai serban, sentiasa senyum pada orang dan baik hati tidak ada masalah.
Saya tidak pernah dengar lagi orang marah kerana pakai serban. Tok Guru Haji Hadi, Tok Guru Nik Aziz pakai serban. Pakaian itu bila-bila pun boleh bertukar. Apakah orang tidak ikut kita kerana pakaian? Tidak.
Apakah usaha yang dirancang untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat terutama bagi Dewan Ulama PAS Pusat?
Memanglah, dahulunya saya pernah jadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan sekarang saya kembali semula ke jawatan itu. Saya tahulah apa yang hendak dibuat sebab kita hendaklah menyakinkan ahli PAS.
Kita telah membuat rumusan dan berbincang mengenai "tahaluf siasi" iaitu kerjasama politik dengan mana-mana pihak. Dia (tahaluf) ada syarat dan batasan. Kita hendak supaya ahli-ahli kita faham.
Keduanya, PAS hendak meyakinkan bahawa orang-orang yang bukan Islam yakin hendak buat betul kena ikut Islam. Islam itu bagus dan tidak menzalimi mereka (bukan Islam). Inilah peranan ulama dalam bab ini dan hendak buat "tahaluf" pun ulama kena buat kertas kerja dan diperbincangkan.
Ianya, bermula sejak di zaman almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor lagi ketika bersama dengan Parti Semangat 46. Kita buat pendekatan tetapi jangan lari dari dasar asal perjuangan PAS.
Kita berpegang kepada firman Allah Taala yang bermaksud; "Allah Ta'ala tidak melarang dan mencegah kita untuk kita membuat baik dan berlaku adil kepada mereka-mereka yang tidak menyerang kita pada agama kita dan tidak merosakkan tanahair kita."
Kita buat baik pun ada batasannya. Rasululah SAW dalam perjanjian Hudaibiyyah dan baginda buat perjanjian dengan puak Quraish. Selepas itu buat ikrar, sesiapa yang hendak masuk kumpulan Muhamad SAW dan kumpulan Quraish.
Sekarang sesiapa yang hendak masuk kumpulan PAS, sila masuk dan bebas menyertai kumpulan lain. Saya rasa mungkin orang Umno pun ada yang tidak lagi mahu bersama dengan parti itu jika diberi pendedahan sebenarnya. Sebab, orang Melayu yang tidak "berparti" pun banyak lagi. Kita boleh berbaik dengan semua orang tetapi bukan menggadai prinsip.
Respon rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) dan DAP terhadap PAS, bagaimana?
Alhamdulillah, sekarang ini. Dalam kita buat Pakatan Rakyat ini PAS sentiasa memperkuatkan kedudukan Pakatan. Bukan PAS cakap sombong tetapi yang buat "pasal" (masalah) pihak lain bukan PAS. Contoh, beberapa kes di Pulau Pinang dan Perak.
Macam mana sikap Ustaz sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat melihat peranan yang dimainkan oleh media arus perdana sekarang?
Kita kena tengok siapa di belakang media itu. Kita tidak bermusuh dengan media dan jika kita "bermusuh" dengan media, PAS tidak untung mana. Jika media sebar keburukkan PAS melampau sangat, orang tidak percaya. Saya mengambil sikap terbuka sama ada radio, tv, surat khabar dan sebagainya. Ia (media) siar atau tidak siar itu dia punya pasal.
Tapi Ustaz, sering kali ucapan dan tindakan pemimpin PAS dilaporkan secara tidak adil. Seolah-olah, media itu cuba "melaga-lagakan" antara pemimpin PAS dengan pemimpin Pakatan Rakyat?
Itu tidak perlu PAS ungkit. Orang ramai akan tahu. Ahli-ahli PAS jika keluar dalam surat khabar isu-isu tertentu, tanya selalu pemimpin. Minta penjelasan dari pemimpin. Jangan kita (ahli) komen terus tapi kita kena tanya dulu penjelasan dari pemimpin tersebut. Kemungkinan dia (media) siar berita tidak betul itu ada.
Bagaimana Ustaz melihat senario politik di Terengganu hari ini? Terdapat perbalahan "dalaman" Umno yang ketara. Adakah ini memberi keuntungan politik kepada PAS?
Umno ini. Dia (Umno) berbalah pun bersifat sementara. Saya rasa tidak ramai orang yang meninggalkan Umno kerana Umno berbalah. Masa berlawan dengan PAS Umno bersatulah. Jadi tidak guna "kekuatan" itu atas perpecahan mereka (Umno).
Nabi SAW pun ajar kita, "Janganlah kita gembira di atas permasalahan yang berlaku di kalangan musuh kita."
Bila musuh kita berpecah, kita suka sahaja dan kita tidak buat apa-apa tindakan. Anggaplah itu hanya sekadar salah satu dari peluang kita untuk menerangkan kepada mereka dan kepada orang ramai kenapa mereka (Umno) berpecah dan berbalah.
Kita (PAS) tidak berlumba-lumba untuk 'dapat' (berebut) benda yang kurang. Harta itu benda yang tidak banyak tetapi kita (PAS) berlumba untuk dapat pahala dari Allah Ta'ala. Pahala benda yang banyak dan tidak kurang.
Nampaknya, orang Melayu Terengganu masih setia dengan Umno. Bagaimana cara untuk mengajak mereka itu menolak Umno-BN dalam pilihan raya akan datang?
Pertama, PAS ajak orang memahami Islam. Orang faham Islam betul-betul dan menghayati ajaran Islam, dia tidak akan bercanggah dengan Islam. Ada pun orang yang tidak "reti" (faham) Islam dan dia rasa dia sudah Islam, dia tak akan faham. Atau pun orang tahu Islam tapi hendak cari lagi "kesempatan"... itu kasihan kepada dialah.
Jika PAS hendak mengempen orang dengan memburuk-burukkan orang mungkin ada orang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Bagi saya menerangkan Islam kepada orang dan dia faham Islam dengan sendirinya dia akan tukar parti.
Tema Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55, "Islam Memimpin Perubahan". Huraian, Ustaz bagaimana?
Ya, Islam itu dari awal lagi sudah memimpin perubahan. Dari zaman Rasulullah SAW, dari orang sembah berhala kepada tidak sembah berhala. Dari orang minum arak kepada tidak minum arak, orang berzina jadi tidak berzina, orang bunuh anak jadi tidak bunuh anak.
Kedatangan Islam membawa banyak perubahan dari kejahilan yang "gelap-gelita" kepada Islam yang selamat. Jika dahulu Islam boleh memimpin perubahan sekarang pun Islam tetap boleh memimpin perubahan.
Jika Islam itu tidak layak memimpin perubahan tentulah Allah Ta'ala menghantar Nabi lain. Tetapi, tidak ada lagi Nabi selepas Muhamad SAW yang membawa ajaran Islam untuk membawa perubahan. Pendekatan mungkin berbeza berbanding dahulu dengan sekarang.
Sejauh manakah peluang PAS untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti?
PAS mempercayai janji Allah SWT. Allah Ta'ala menjanjikan kepada Islam iaitu kemenangan. Firman-Nya yang bermaksud; "Dialah (Allah) yang telah menurunkan Rasul-Nya dengan membawa hidayah dan agama yang sebenar untuk mengatasi yang lain-lain".
Walau pun orang ramai tidak setuju. Contohnya, orang hendak pergi mengundi dengan hasrat asal nak mengundi Barisan (BN) tetapi akhirnya dia (buat keputusan) boleh berubah lagi dengan Allah Ta'ala mengubah hati untuk mengundi PAS.
Sebab, Allah Ta'ala tidak akan mengubah nasib seseorang hamba itu melainkan dia sendiri yang mahukan perubahan itu.
HarakahDaily

No comments:
Post a Comment