Tuesday, June 16, 2009

Lim Dituduh sengaja Cemar Kerajaan Negeri Gerakan Sebelum Ini

Gerakan menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bermotif politik apabila menyuarakan pandangan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew bahawa tidak banyak kemajuan dalam infrastruktur di negeri ini sejak dua dekad yang lalu.

"Niat Lim ialah untuk sengaja mencemar imej kerajaan negeri sebelum ini," kata penolong setiausaha Gerakan, Goh Kheng Sneah, sambil menyifatkannya sebagai satu tindakan tidak bertanggungajawab.

Pulau Pinang ditadbir oleh BN di bawah Gerakan sebelum ia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum 2008.

Dalam satu kenyataan, Goh berkata, mengikut laporan Asia News Channel, Lee telah menegaskan, sekiranya Pulau Pinang mahu menarik pelabur, ia memerlukan infrastruktur dan hubungan komunikasi yang lebih baik dari sekarang.


Laporan itu juga memetik Lee sebagai berkata, bagi memperolehi pembiayaan bagi projek-projek tersebut, kerajaan negeri perlu bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat untuk mendapatkan sokongannya.

Goh bertanya bagaimanakah kerajaan negeri mampu menarik modal asing sebanyak RM10 bilion dalam tempoh 15 bulan lalu, seperti yang didakwa Lim, sekiranya kurang infrastruktur dan rangkaian komunikasi di Pulau Pinang

Menurutnya, pelabur asing datang ke Pulau Pinang sejak dua dekad lalu kerana beberapa faktor, termasuk kemudahan infrastruktur dan rangkaian komunikasi yang baik di negeri.

"Pelabur asing tidak akan datang melabur jumlah wang yang besar di Pulau Pinang, sekiranya negeri itu tidak dapat memenuhi keperluan mereka," katanya.

Sehubungan itu, katanya, tidak boleh dielakkan bahawa infrastruktur, rangkaian komunikasi dan kemudahan lain di negeri itu perlu terus dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pelabur tempatan dan luar negeri.

Oleh itu, kata Goh, ia menjadi tanggungjawab kerajaan negeri sekarang untuk menyelenggara dan seterusnya menambahbaik insfrastruktur dan rangkaian komunikasi di Pulau Pinang.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment