Tuesday, April 7, 2009

Saya bukan hakim, rakyat faham krisis politik - Mahathir

"korek..korek..korek.."
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang pagi tadi berkata, rakyat negeri Perak kini sudah memahami tentang krisis politik Perak yang sudah memasuki bulan ketiga.
Sehubungan itu, Dr. Mahathir mengakui beliau pernah memberikan pandangan mengenai isu berkenaan sebelum ini dengan mempersoalkan cara BN mengambil alih kerajaan negeri, tetapi sama ada ia salah ataupun sebaliknya perlu dibuktikan oleh lunas perundangan.
Ketika ditanya mengapa beliau menyokong Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sedangkan sebelum pernah mempertikaikan peralihan kuasa kerajaan negeri Februari lalu, bekas Presiden Umno itu berkata:
"Kita perlu menyokong, sudah tentu melainkan, mereka boleh membuktikan secara perundangan bahawa ia (peralihan kuasa kerajaan negeri itu) adalah salah... oleh itu ia perkara berlainan."
"Bagaimanapun pada masa sekarang nampaknya ia sudah diterima oleh rakyat," kata beliau ketika ditemui wartawan selepas majlis makan tengah hari bersama pegawai kerajaan di Kamal Lodge di sini semalam.
Bekas Perdana Menteri itu terdahulu menyampaikan ucapan kira-kira 40 minit pada Program Memasyarakatkan Seni Budaya di Simpang dekat sini.
Dalam ucapannya itu, beliau meminta rakyat menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Zambry selaku Menteri Besar.
Mengulas lanjut isu itu, Dr. Mahathir memberitahu: "Penjelasan adalah mudah."
"Saya bukan hakim, kemungkinan saya silap (kenyataan sebelum ini)... ia bergantung kepada hakim," jelas beliau lagi.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan zambry.
Ini kali pertama Dr. Mahathir berada di Perak sejak tercetusnya kriris politik.
Malah ini kali pertama Dr. Mahathir, dalam tempoh tahun lalu, turun gelanggang berkempen membantu calon BN.
Dalam ucapannya, Dr. Mahathir turut menyentuh tentang soal derhaka dan tindak-tanduk Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri ketika era beliau.
Dr. Mahathir memberitahu, beliau pernah menaikkan ramai orang termasuk Anwar yang memegang jawatan sehingga sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Bagaimanapun kata beliau, Anwar tidak sabar, sebaliknya telah bertindak mahu "menjatuhkannya".
Malah Dr. Mahathir menyifatkan Anwar, yang dipecat pada September 1998, sebagai orang yang sukar untuk dipercayai.
Misalnya Dr. Mahathir, yang awalnya tidak menyebut nama Anwar tetapi apabila dipaksa oleh kira-kira 5,000 hadirin, akhirnya menyebut "wahai Anwar", sambil berkata, beberapa hari lalu Ketua Umum Pakatan Rakyat itu dikatakan mahu membuat pengumuman kejutan tetapi tidak menjadi.
Ia seperti juga kononnya mahu mengumumkan sesuatu yang besar menjelang 16 September (2008), kata beliau.
Mengenai isu derhaka, Dr. Mahathir memberitahu: "Kalau tidak setuju, tidak mengapa... tapi jangan sampai mohon derhaka."

mStarOnline

No comments:

Post a Comment